segmen mendeko bersama ezy

assalamualaikum

kemain blog aku ni ada segmen bagai.. nama pon blog syok sendiri kan.. sukahati la nak buat segmen macam mana pon asalkan aku bahagia.. 😆

dah bershopping bagai kat kedai eco itu hari, jadi ni la aku nak tunjuk hasilnya.. aku mendeko makmal aje, nak deko rumah, rumah tak beli lagi.. 😄

hasil pertama

pelangi tu je beli kat kedai eco, yang lain lain aku edit sendiri guna microsoft powerpoint.. print lepas tu laminate aje.. tampal atas evo foam (yang ni pon beli kat kedai eco lama dah) lepas tu tampal kat dinding.. jangan tampal guna double side tape.. nanti dinding rosak..

hasil kedua

kepit cactus tu comel yang teramat sebab tu aku beli.. aku kan obses dengan benda comel.. haha.. yang ni sama jugak aku tampal dulu atas evo foam lepas tu baru tampal kat dinding.. ada tali sebenarnya tapi kena paku pulak dinding.. malas pulak nak drill bagai, aku guna cara mudah je.. 😁

aku tampal guna gam ni.. namanya gam polistrin.. dijamin tak merosakkan dinding dan lekatan tahan lama.. 😆

banyak lagi benda nak dideko dalam makmal aku ni.. nanti aku update ok..

bye!
xoxo

6 comments:

  1. tlg deko kan rumah sy sekali hahaha

    ReplyDelete
  2. selamat mendeko sis.. I nak mendeco ape tah kat office i ni. Deco meja kerja sendiri blh la kot.

    ReplyDelete
  3. kreatifnya!! :) salam kenal dari Syaza, follower #866

    ReplyDelete
  4. masuk kedai eco mmg berhantu sbb tak jumpa jln keluar hahaha

    ReplyDelete
  5. rajinnya bt.. hahaha kalau nina smpai ke sudah tak menjadi

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!