resepi : roti pita telur

assalamualaikum

sekarang aku tengah diet, jadi terasa jugak nak try menu eat clean.. tapi tak tau la eat clean ke tidak.. sekadar mencuba ikot tekak sendiri.. haha.. kali ni aku kongsi satu resepi mudah untuk orang orang yang sedang berdiet macam aku ni.. mudah, ringkas dan sangat cepat untuk sediakannya..

bahan bahan
2 keping roti pita wholemeal
2 biji telur
serbuk paprika
salad
unsalted butter

cara cara
1. cairkan unsalted butter, lepastu goreng telur sampai jadi telur hancur.. eh lupa pulak, sebelum tu jangan lupa pukul telur dulu ye..
2. telur yang dah siap masak taburkan dengan serbuk paprika.. gaul sikit sampai sebati..
3. balut telur tadi bersama salad dengan roti pita.. kalau rasa nak lipat je pon boleh.. janji korang kenyang..
4. siap!

*pic from google
ni roti pita yang aku guna

*pic from google
ni pulak serbuk paprika yang aku guna

sebab menu ni simple, jadi mudahla untuk aku sediakan di awal pagi sebelum pergi kerja.. 😁

selamat mencuba!

bye!
xoxo

5 comments:

  1. Simple nya! Tapi kalau Nad buat rasa macam kosong pulak sebab takkan letak salad. Tak makan sayur haha. So macam ada telur je isi dalam tu..

    ReplyDelete
  2. lah... mana gambar roti pita telurnya yg dh siap dik?

    salam kenal...

    ReplyDelete
  3. boleh cuba ni tp skrg allergic dgn telur. gatal2

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!