bawak bekal pergi kerja

assalamualaikum

ikutkan masa zaman sekolah dulu aku antara manusia yang malu nak bawak bekal pergi sekolah.. konon tak gengster la bawak bekal, tapi hakikatnya banyak kebaikan bawak bekal sebenarnya.. yela zaman tu kan zaman tidak matang lagi.. haha..

sekarang dah dapat kesedaran yang sebenarnya bawak bekal tu lagi cool.. datang kerja dengan bekal kat tangan selain handbag tersangkut di bahu, bukan ke itu sangat cool? 😎 serius la orang akan pandang kau dan akan cakap kau seorang yang rajin.. dah la muka cantik, pandai bergaya, rajin pulak tu.. kahkahkah.. melampau sangat ke aku puji diri sendiri?

ni bekal aku minggu lepas.. tehee

bila dah start bawak bekal ni, aku dapat rasa yang aku dah buat satu keputusan bijak demi menjaga kebajikan duit di dalam purse.. ye salah satu kebaikan bawak bekal ni ialah kita dapat berjimat.. kalau sebelum ni aku beli makanan kat kantin satu hari boleh habis RM10 dah.. kalau seminggu tak ke dah habis RM50? 😑 kalau beli barang barang untuk masak bekal pon takde la sampai RM50.. see jimat banyak sangat kan.. *kadang kadang duit sendiri tak habis pon, yang habis duit suami la.. 😂😂😂😂

since aku tengah diet ni memang bagus sangat la kalau dapat masak sendiri.. aku boleh elak penggunaan bahan bahan yang tak sepatutnya.. dan paling penting terjamin kebersihan.. haa gitu.. macam bagi ceramah tentang penjagaan makanan pulak rasanya.. 😆

dulu masa aku kerja dekat klang, tinggal serumah dengan cik hani, tiap tiap hari jugak aku bawak bekal pergi kerja.. masa tu gaji tak seberapa.. nak makan kat kedai hari hari matilanak oi.. jadi bawak bekal jela mampu.. beli barang kongsi dengan cik hani lepas tu masak sama sama.. sweet sangat kan.. rindu pulak zaman tak matang dulu.. haha

korang rasa bawak bekal ni cool ke tak cool?

bye!
xoxo

12 comments:

  1. lagi puas hati bila masak sendiri & dpt bawak bekal. jimat pun iye jugak hehe

    ReplyDelete
  2. Memang cool je bawak bekal sendiri. Tapi masalahnya kadang bangun pagi tak berapa nak awal untuk prepare breakfast tu hehehe. Tu yang terbantut niat nak bawa bekal.

    ReplyDelete
  3. ok je bg akak, mmg dpt berjimat cermat... tp tulah rajin ngn tak je...
    mcm akak ni ikut mood lh nk rajin tu sbb selalunya banyak malas dr rajin hehehhe

    ReplyDelete
  4. sama laaa. start mula2 kerja dh bawa bekal smpai sekarang. sgt jimat

    ReplyDelete
  5. samaa kite pun bwk bekal. selain leh jimat, leh diet sekali.. follow sini #869

    ReplyDelete
  6. aku dari zaman 2012 bawak bekal sbb masa tu keje jauh dr kedai makan. so skrg dh 7 tahun bawak bekal ke tmpat kje,. cuma skrg bekal sendu dan tak meriah sakan. mana dang je sambar jadikan bekal

    ReplyDelete
  7. bawak bekal pi kerja boleh jimatkan belanja kan..zaman kerja dulu rajin bawak bekal sendiri jugak..

    ReplyDelete
  8. Cool! Akak suka bab-bab bawa bekal ni. Kita prepare sendiri food kita, kawal garam, gula dan dapat pastikan apa yang kita makan tu bersih, sihat dan halal :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!