shopping kat kedai eco dan Mr.D.I.Y

assalamualaikum

dah gaji kan? wajib la habiskan duit kat kedai kedai yang sepatutnya selain dari habiskan duit kat mall.. hari jumaat lepas aku ke kedai eco dan jugak mr.diy.. lama tak lama adalah dekat sebulan lebih tak menyinggah kat kedai eco.. rasa macam dah banyak terlepas nak rembat barang barang viral.. 😅

sebelum ke kedai eco, aku singgah mr.diy dulu.. tujuan utama masuk situ nak beli botol air size 3L.. aku sekarang on diet ok.. wajibla beli botol air besar.. haa gitu.. tapi yang aku beli botol air size 2L ajeee.. kisahnya yang 2L lagi cantik dari yang 3L.. aku ni kalau beli barang wajib beli yang comel yang cute yang cantik.. haha.. macam korang jugak nak cari pasangan mesti pilih yang elok.. betul kan? 😁😆😂

hasil menjala~ kengkonon nak beli botol air je kan, sekali terbeli selipar pulak.. 😙

dah settle shooping kat mr.diy, ke kedai eco la pulak kita.. masuk sini pulak bertujuan nak beli barang deco untuk makmal, tapi banyak barang dah habis.. 😔

hasil menjala~ pelangi + klip cactus + blusher + stokin + kerongsang

barang untuk deco makmal dapat 2 benda aje.. nanti hasil deco aku tunjuk kat blog.. sebab sekarang mood mendeco makmal sudah menyerap masuk dalam jiwa aku ni.. haha.. kerongsang kedai eco takde la cikai cikai sangat, tahan lama jugak.. aku dah pernah beli sebelum ni.. stokin kedai eco pon best je pakai.. yang blusher tu sebab cute je aku beli tapi dah try pakai pagi tadi.. memang lawa kaler blusher tu.. 😄

tak berhabis banyak pon.. macam aku cakap tadi la, barang banyak dah habis.. rak banyak kosong.. tunggu jela diorang restock barang.. tu pon sempat ke tak aku grab.. biasa habis je manjang.. stress kejap.. 😩

bye!
xoxo

3 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..

    Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete
  2. lama tak g kedai2 macam ni dgn awok.. kalau dulu g kedai DAISO dgn MR DIY dgn awok mesti ada je benda2 comey kita beli..

    ReplyDelete
  3. kalau pergi eco ngn diy, masuk niat tak nak beli apa2 pun boleh terbeli.. hehe

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!