salam lebaran

assalamualaikum

alhamdulillah.. tahun ni tahun kedua beraya bersama fia anak mommy.. bila raya bersama anak ni lain sikit persiapannya.. lebih kepada anak sebenarnya.. macam aku, kalau nak shopping raya, kena pastikan persiapan anak siap 100% dulu lepas tu baru fikir untuk aku dan suami.. yela kan, raya untuk budak budak.. kita yang dewasa ni raya sekadar raya je..

tahun ni aku pilih tema royal blue.. suami aku memula nak pakai baju melayu recycle je, tapi sebab sayangkan bini dia ni, dia ikutkan aje aku nak bertema royal blue jugak.. haha..

sebab malas nak upload satu satu, aku screenshot je dari IG lepas tu letak kat sini.. jadi, ni la gambar raya kami.. kahkah..

raya pertama - royal blue
raya kedua - mustard
raya ketiga - blueblack
raya keempat - pinkpurple

sakan raya sampai raya keempat bertema bagai.. bukan selalu, setahun sekali je.. tehee.. yang cinonet tu pon sakan jugak sampai 2 pasang baju kurung mommy sediakan.. masa nak try pakai itu hari bukan main menangis macam kena dera taknak pakai baju kurung.. mujur dia nak pakai jugak masa hari raya itu hari.. lega mommy.. takde la rosak mood raya mommy.. haha..

raya kelima duk rumah jela mendobi kain baju.. suami aku pulak dah kerja.. hari ni raya keenam dah kembali ke rutin biasa.. aku kerja, suami aku kerja, sofia duk dengan pengasuh.. =)

itu jela cerita raya aku.. takde yang menarik pon.. tapi yang bestnya masa raya ni la dapat kumpul ramai ramai adik beradik kan.. lepas tu dapat jumpa member member yang dah lama tak jumpa.. so, dah fikir tema untuk raya tahun depan ke? hikhik..

ni saja nak throwback sikit.. gambar raya tahun lepas.. =')
masa ni sofia 7 bulan.. sekarang dah besar.. >,<

bye!
xoxo

5 comments:

  1. perhhhhhh kelasss mommy bertema sampai raya keempat. acik ana yg bujang ni mampu bertema masa raya pertama je tawu tak. hahaha powerlah mommy !

    ReplyDelete
  2. 4 hari yer OOTD.. Sempat lagi nak wish Selamat Hari Raya..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!