melepak la kejap

assalamualaikum

semalam curi masa kejap keluar makan dengan member member baik aku.. memandangkan yang sorang tu bakal meletup tak lama lagi dan akan bercuti selama 3 bulan, kami berlima setuju la untuk keluar makan makan sambil membawang kejap.. nanti rindu la 3 bulan geng tak cukup korum.. 😁

kami sepakat memilih nak makan kat nabila celup tepung.. dekat je dengan tempat kerja aku ni.. memula nak makan kat mr celup tepung station, tutup la pulak.. no choice, nabila celup tepung pon on jela.. kat tempat kerja aku ni tepi pantai, so tak heran la sini bersepah kedai makan yang jual makanan celup tepung.. haha..

sementara tunggu masakan panas sampai, kami wefie wefot dulu..

yang kitorang makan semalam aku listkan kat sini ye..
  • udang celup tepung 15 ekor
  • ikan celup tepung 5 ekor
  • keropok lekor goreng
  • maggi telur
  • maggi telur sotong
  • nasi goreng kerabu
  • nasi goreng ikan masin
jujur cakap kalau nak datang makan sini, elok la tak payah order masakan panas.. semua out! haha.. tapi still boleh telan.. yela tengah lapar mungkin.. kahkah.. kalau celup tepung dengan keropok tu sedap.. 😋

total makan semua tu dalam RM70++ macam tu.. bagi aku takde mahal sangat pon, makan berlima kot, bukan makan sorang.. 😅

kitorang kalau lepak sama sama memang tak cukup 24jam.. ada je benda nak diborakkan, nak digosipkan.. haha.. alhamdulillah, aku selesa berkawan rapat dengan diorang.. sebab kawan kawan aku ni jenis satu kepala, takde mengata belakang, takde jenis muka bertalam talam dan paling penting sentiasa ada masa susah dan senang.. ala rindu pulak dekat cik hani.. 😄

bye!
xoxo

4 comments:

  1. ape saje yg celup tepung memang sedap termasuklah terung goreng celup tepung, asparagus celup tepung.. eh byk lah lagi kan sbbnye kalau kat Cameron Highland tu smua nak dicelup tepung kan deme! hahaha

    ReplyDelete
  2. singgah jalan² sini..bestnya macam picnic lak...

    ReplyDelete
  3. banyak menunya tapi harga masih berbaloi.. best2

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!