idea hadiah hari guru

assalamualaikum

sedia maklum hari guru akan tiba tak lama lagi, pastinya kita sebagai mak mak ni akan fikir pasal hadiah hari guru anak anak kita kan.. kat sini aku kongsikan idea hadiah hari guru yang menjimatkan duit poket kita dan tidak akan membebabkan kewangan kita.. haa gittew ada rupa macam pakar ekonomi pulak..

bahan bahan yang kita perlukan semuanya boleh beli kat kedai eco.. hello CEO Eco Shop, tolong amek aku jadi duta pleaseeee 😎

sekadar pendapat dua puluh sen dari aku, kalau boleh elakkan bagi hadiah macam mug ke, tipuware ke, ketahuila seorang cikgu lebih memerlukan stationery dari semua benda tu.. sebagai contoh aku beli pen merah.. seorang cikgu akan guna pen merah sepanjang tahun.. berbaloi ke tak bagi hadiah camni? sangat berbaloi.. ihiks.. sebagai tambahan aku beli tasbih digital jugak.. takla terkontang kanting pen merah sana sorang sorang.. 😆

kad ucapan tu memang takde kat mana mana cawangan eco shop seluruh malaysia la.. kalau rasa kreatif buatla sendiri.. print atas kertas tebal sikit.. tak mahal pon kertas tu aku beli RM4 something dapat 20 keping.. ala guna pon 5-6 keping ajerrr yang lebih simpanla akan datang nak guna lagi..

beginila hasilnya.. sangat simple dan pastinya tidak membebankan poket kita sebagai parents..

dalam masa nak memenuhi kehendak anak, zaman sekarang perlu sangat sangat fikir kewangan kita sendiri.. jangan sampai membebankan kita.. percayala setiap hadiah dari kita walaupon sekecil kecilnya tetap akan dihargai oleh seorang guru.. 💝

bye!
xoxo

6 comments:

  1. Tq² bagi idea. Memang tengah buntu nak cari hadiah utk cikgu² ni. Tasbih digital tu menarik digandingkan dengan pen merah tu 👍

    ReplyDelete
  2. linda tak tahu lah...sebab anak 4 orang sekolah nie...hihihi...tengok pada permintaan nanti...

    ReplyDelete
  3. hadiah yg simple but useful sgt kan...tq kasi idea

    ReplyDelete
  4. yeayyy hadiah simple tapi sgt bermanfaat utk para guru mmg sempoi cmni! hehe

    ReplyDelete
  5. Idea yang bernas ni untuk mereka yang sedang buntu nak cari hadiah hari guru.

    ReplyDelete
  6. good idea!! tp thn ni, i bg hadiah utk cikgu kelas ajerrrr so satu hadiah utk cikgu ariff, satu lagi utk cikgu razeen, so bolehlah beli yg harga ok sikit sbb budget utk total 2 org guru shj

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!