officially tamat pra sekolah

assalamualaikum

akhir bulan januari itu hari ada majlis apresiasi untuk budak budak pra sekolah 6 tahun.. kalau bahasa kampung kita panggil dah convo.. haa gittew kemain sekarang 6 tahun dah pakai jubah convo.. 😄 aku dulu berpeluh ketiak belajar 3 tahun nak dapat seketul diploma tapi sampai sudah diploma tu tak guna.. menyesal ke belajar? tak menyesal bak kata orang dulu dulu tuntutla ilmu sampai ke negara china.. ptptn pon dah habis bayar, nak menyesal buat apa lagi.. 😜

berbalik kepada cerita budak pra sekolah tadi, maka secara rasminya tamat la sudah pembelajaran anak aku kat pra sekolah.. kejap lagi nak masuk darjah 1 dah, mak kau tak ready lagi.. apa cepat sangat besar ni.. masuk balik dalam perut mommy boleh? 😅

wehhh jelesnya! dulu mommy convo dah la takde topi lepas tu mana dapat belon belon cekelat bagai.. nak convo balikkkkkk tapi taknak sambung belajar dah! 😭

oh by the way, congrats my pretty daughter! akhirnya berjaya harungi segala cabaran dan dugaan di pra sekolah selama 2 tahun dengan penuh drama beratus episod.. semoga sofia terus cemerlang di masa akan datang.. semoga berjaya di dunia dan akhirat.. sentiasa menjadi cantik macam mommy.. eh tiber.. kehkehkeh.. semoga menjadi manusia yang berguna dan banggakan mommy dan papa.. love you so much sayang mom! 😘

bye!
xoxo!

4 comments:

  1. zaman ammi lagilah takde. beratur je semasing ambil sijil dari cikgu tadika dengan muka bercelehet selsema hahaha

    ReplyDelete
  2. tahniahhhhh pia dah tamat pra 6 tahun! nak masuk darjah 1 dah yeayyy~

    ReplyDelete
  3. tahniah Pia.. dah masuk standard 1 dah..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!