rasa tak berguna

assalamualaikum

tengah syok baring sambil scroll tiktok datangla sofia menangis nangis kat aku.. risau jugak kot terjadi perkara perkara tak diingini.. rupanya dia datang meluah perasaan kecewa sebab aku tak bawak dia pergi tengok lampu.. pesta lampu yang berlangsung baru baru ni kat stadium gong badak, ada la aku janji nak bawak dia tapi atas sebab sebab tak dapat dielakkan janji tu tinggal janji.. alahai kesian anak aku.. 😢

aku pujuk dia cakap mommy minta maaf tak dapat bawak sofia.. lain kali mommy bawak.. sebak tengok dia menangis macam tu dengan aku sekali rasa nak menangis.. tetiba aku rasa aku ni mak yang tak berguna.. sekecil hal macam tu pon aku tak dapat nak tunaikan.. nasib baik dia okay je lepas aku cakap aku ada belikan dia purse comel gambar my melody.. termakan pujuk terus tak menangis.. 😅

meluah perasaan kat blog macam tulis status kat facebook.. kehkehkeh.. lantak dia saja aku nak meluah kat korang.. 😜

bye!
xoxo

5 comments:

  1. takpe luahkan aje.. biar jgn terbuku terpendam je dlm hati sorang-sorang eheee~

    ReplyDelete
  2. Kalau diingat²kan mmg byk permintaan anak yg tak tertunai tapi apakan daya, ada masa kita bukan insan yg sempurna.

    ReplyDelete
  3. mommy dia sogokkan hadiah kat sofia bila xdpt bwk sofia jln2.. tak sabar la si sofia tu tunggu purse dia. mmujur anak perempuan, paham la jugak jiwa pempuan yang super sensitive ni. hehe

    ReplyDelete
  4. Ala kesiannya little princess yang seorang tu… sedih dia ya. Kesian pada mommynya juga. Jangan rasa camtu. Akan ada banyak lagi masa dan peluang untuk korang berdua treasure bersama 😊

    ReplyDelete
  5. ok jer self expression..tu pun kira fungsi blog entries jugak

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!