sekadar throwback : year end event! whitegrey 2022 😍

assalamualaikum

macam biasala seorang ezy kalau lama tak update blog, dia throwback jela mana mana kisah yang tertinggal kat belakang.. ini kisah yang terjadi bulan disember itu hari.. mujur jugak tak throwback kisah januari tahun lepas.. kehkehkeh.. event besar macam ni paling dinantikan setiap tahun.. dapat tahu je tema gigih la aku mencari baju.. mula mula tema white silver, lepas tu tukar ke white grey.. mungkin susah nak cari colour yang betul betul silver.. aku dah order tudung silver, redha jela sebab grey dengan silver tak jauh beza pon.. ihiks..

my outfit 💓
blouse : zanzea shopee
tutu skirt : kedai dalam ktcc mall
tudung : tiktok shop
kasut : kedai kasut dan's
handbag kecik : shopee
headband bunga : shopee

pagi kerja macam biasa, event start pukul 2.00 petang.. tengahari tu aku bersiap kat sekolah je lepas settle semua terus gerak ke tempat event di Quinarra Al-Safir Resort.. sampai sampai je dah kecekak kecekak dua tiga ketul ambil gambar OOTD.. lepas tu baru sibuk daftar, masuk dewan.. sementara tunggu kawan kawan lain sampai, duk kecekak kecekak pulak kat photobooth berhampiran pintu masuk dewan.. 😅

my bigboss yang sangat sporting 😊

beramai ramai dengan kawan kawan..

gambar kat photobooth ni banyak sangat tak larat nak letak satu satu.. sejenis yang suka bergambar, dengan sape sape pon yang lalu situ aku ajak bergambar.. kena cipta banyak kenangan, mana tahu nanti dapat tukar sekolah, ada jugak benda nak dikenang.. ihiks.. comel kan aku? eh tibeerrrr..

bila semua dah ada, barula majlis bermula.. sebelum boleh makan, ada sesi potong kek birthday dulu.. tak sangka pulak aku salah seorang yang terpilih untuk naik ke pentas bagi sesi potong kek ni..

lepas potong kek, sesi suap menyuap kek.. maaf ye kawan kawan, kami yang terpilih ni dapat rasmi makan kek dulu.. kehkehkeh

lepas tu baru la boleh makan.. macam biasa sambil sambil makan tu ada sesi penyampaian hadiah dan jugak cabutan bertuah.. cabutan bertuah ni ada tiga pusingan.. pusingan pertama semua dapat, hadiah pon biasa biasa je.. untuk pusingan pertama guna sistem nombor.. nombor yang disebut beratur je kat tepi stage untuk tuntut hadiah.. kaedah macam ni digunakan untuk jimatkan masa ye.. hehe.. pusingan kedua pon semua dapat hadiah tapi hadiah macam wow sikit.. last sekali pusingan ketiga.. yang ni untuk hadiah grand tapi maafla seorang ezy tak pernah bertuah dapat hadiah grand.. menangis kat bucu katil..

makanan semua okay tapi untuk datang makan lagi tu aku rasa tak la kot.. ihiks..

tengah makan pon cantik eh pehal budak ezy ni.. 😝

dapat hadiah main bola jaring walaupon tempat keempat.. 😅

hadiah cabutan bertuah pusing kedua dapat sejadah hasnuri.. alhamdulillah

majlis berakhir dengan perlantikan KKGS yang baru untuk tahun 2023.. aku memang tak terpilih sebab tahun 2021 dah jadi AJK.. mana mungkin kena lantik banyak kali dalam masa terdekat.. tahniah semua yang terpilih.. harapan aku untuk tahun 2023, majlis akhir tahun nanti pastikan makanan tu sedap.. walaupon aku ni makan sikit sibuk bergambar je banyak tapi nak jugak tekak ni merasa makanan yang super sedap.. kehkehkeh..

alhamdulillah.. selesai majlis akhir tahun yang cukup meriah! hadiah pon best best tapi tu la tetap tak dapat hadiah grand.. takde rezeki kau la ezy.. ihiks.. semua sporting ikut tema yang ditetapkan.. macam biasa sebelum masing masing balik sambil kelek hadiah, jom la bergambar barang seketul dua..

LeBESTians 2022

geng staff tapi tak cukup ahli.. 😅

fuhhh lega dapat habiskan entry ni.. bukan senang ye nak ingat kembali apa yang berlaku lepas tu nak karang ayat bagi sedap dibaca.. berjam jugak aku duk melangut siapkan entry ni sambil sambil belek handphone cari idea.. akhirnya siap jugak.. selamat membaca!

bye!
xoxo

7 comments:

  1. seronoknya.. spend time masa2 dgn kwn2 kat event ni.. cik ezy dan bergambar berpisah tiada. Btw, outfit cik ezy cantekkkk

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Seronok berkumpul macam ini.. Tema pun comel je..

    ReplyDelete
  3. Cantik tema.. Semua beli baru ke tu untuk event ni.. hehehe.. Alhamdulillah seronok nampak.. sy pun jarang bertuah time cabutan bertuah. ahaha.. lagi lagi yg grand... Ya.. bergambo banyak tu semestinyaaa.. Kalau ada photobooth... bertambah meriah.. kan

    ReplyDelete
  4. menarik tema majlis ni. alhamdulillah dapat hadiah sejadah. saya google sejadah hasnuri ni cantik designnya.

    ReplyDelete
  5. takpe throwback setahun yg lalu punya moment pon takpe sbb ana haritu mcm tu lah sbb hilang semangat punya pasal masa kes operate mata ayah hehehe

    cantiknya semuaaaaaaaaaaa! hadiah sejadah hasnuri berbaloi juga ezy dpt :)

    ReplyDelete
  6. cantik gak warna putih grey ni..tenang je.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!