sekadar throwback : movie time!

assalamualaikum

si sofia duk berzikir kat telinga mommy nak tengok movie mechamato.. kesian jugak kat anak aku ni, sepanjang hidup lima tahun tak pernah lagi dia masuk panggung dengan mak bapak kandung sendiri.. sebelum ni dia pernah masuk panggung dengan pengasuh dia.. ihiks.. demi anak dara seketul ni mommy tunaikan permintaan dia.. happy la budak tu tapi sebenarnya mommy lagi excited sebab dah lama tak tengok wayang oi! 😆

17 Disember 2022, hampir sebulan yang lalu baru nak update.. maafkan saya.. 😅

gigih tiga beranak ni keluar awal dari rumah di hujung minggu kononnya nak dapatkan tiket awal sekali dah penuh.. tiket untuk pukul 11.45am ada jenuh nak melangut sebab dapat seat depan.. mahu habis movie tengkuk sakit.. kehkehkeh.. so kita amek la yang tengahari pukul 1.25pm.. kebetulan masa tu si robot mechamato ni ada mungkin diorang tengah buat sesi jumpa peminat.. suruh si sofia bergambar, dia tak nak.. katanya takut.. amenda la budak ni takut tak bertempat.. 😆

sudahnya bapak ko jela bergambar tu pon dari jauh.. masa ni mechamato dah bergerak nak balik.. ke nak masuk pangggung? entahla..

sementara nak tunggu waktu tayangan tu, kitorang pusing pusing mall dulu.. lepas tu masuk kedai buku SMO, lepak jela kat situ sambil sambil sofia main kat dalam tu.. nasib baik dalam kedai ada tempat kanak kanak main.. kalau tak mahu mati kutu nak tunggu pukul 1.25pm.. 😅

tanda hadir

movie ni memang best! part kelakar tu anak aku gelak kuat.. aduhla malu mommy, satu panggung dengar suara dia gelak.. kehkehkeh.. sejenis sofia kalau gelak memang padu.. kat rumah pon sampaikan jiran tergelak sekali dengar dia gelak.. 😆 sofia pon behave je dalam tu, dia memang layan betul cerita ni.. tak rugi bawak awak la sofia.. takde merengek ajak balik..

tak perlu promot banyak banyak pasal movie ni sebab aku yakin ramai yang dah tengok.. maklum la update lambat.. kehkehkeh.. movie ni memang terbaik la! siapa siapa yang tak berkesempatan nak tengok kat panggung, boleh la nanti layan kat tv.. okayyyy! 😉

keluar je dari panggung sofia mengadu lapar.. ajak makan dalam mall dia taknak.. katanya nak makan kat luar, nak makan pasta.. kemain selera kau ye anak.. nak western je.. so kitorang decide ke cafe hipstur jela yang berlambak kat terengganu ni.. pilih je mana berkenan..

nah untuk sofia! spageti carbonara.. lapar pulak tengok gambar ni.. 😁

bapaknya pulak order burger.. katanya nak try, aku cubit sikit wahhh sedap!

aku order hotplate.. masa ni perut aku tak berapa selesa, nak makanan yang panas panas je.. air pulak terpaksa order chocolate tak boleh minum kopi risau lagi teruk.. mintak hot chocolate takde.. heran pulak air batu ada air panas takde.. kehkehkeh

permintaan anak ni kadang tak besar mana pon tapi kita je lalai.. anak mintak nak beli mainan kat kedai eco je, tu pon tak boleh nak tunaikan.. aku bercakap untuk diri sendiri tau bukan tuju kat mak mak orang lain.. hehe.. terfikir jugak dalam otak ni, aku anak sorang je tu pon tak boleh nak tunaikan.. sebab tu seboleh bolehnya aku cuba nak penuhi setiap permintaan sofia.. tapi jangan berlebihan.. nanti anak pulak pijak kepala kita.. berpada pada dalam setiap apa yang kita lakukan.. haa gittew.. kadang kadang kena serious talk.. 😝

bye!
xoxo

8 comments:

  1. W'salam.. Fenomena anak-anak kini movie Mechamato.. Nampak ceria raut wajah sofia, dapat pula makan sedap.. :)

    ReplyDelete
  2. sedap-sedap menu selepas tgk wayang :)
    mengenyangkan.

    aida da bwk anak2 gi tgk mechamato juga.
    tapi tu la, aida tido separuh cerita hingga ke penamat ha ha ha...
    aduhai :)

    ReplyDelete
  3. Seronok sofia dah tgk mechamato... dpt mkn sedap pulak tu... next nk tgk cerita apa pulak nnt sofia?

    ReplyDelete
  4. Lps ni blh la pia mintak tgk wayang lg. Sbb pia behave aje

    ReplyDelete
  5. apasal beger spesial tu sangat menggoda

    ReplyDelete
  6. Memang best Mechamato ini.. Terbaiklah ada robot..
    Sha pun pelik bila air sejuk ada, panas tak ada.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. Sy yg dewasa pun tgk cite ni ngn adik yg dh besor tu.. hahahaa.. Syok jugak layan katun kat wayang, kan...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!