merdeka 65 tahun

assalamualaikum

meriah sungguh sambutan kemerdekaan tahun ni ye.. lain macam dia punya aura meresap masuk ke dalam jiwa, terngiang ngiang lagu mentera semerah padi.. kehkehkeh.. aku sambut kat rumah je tengok perbarisan dalam tv.. fuhhh meremang bulu roma tengok perbarisan maklumla dah dua tahun sepi tanpa perarakan kanssss.. seronok sungguh tahun ni! ihiks..


sempena bulan kemerdekaan, mana mana sekolah pon ada sambut hari kemerdekaan termasuk jugak la sekolah aku ni dan sekolah sofia.. masa sambutan bulan kemerdekaan kat sekolah aku, aku busy dengan ujian amali sains tak dapat la nak join.. tapi untuk sekolah sofia, sempatla siapkan anak dara sorang tu masuk pertandingan pakaian beragam.. last minit cari baju nasib baik si akma sudi pinjamkan baju anak dia untuk sofia.. dapatla sofia melaram setahun sekali..

posing dulu sebelum ke sekolah
yang penting ada crown barula diva.. 😆

mommy pon nak posing jugakkkkkk

eh lupa sambutan kemerdekaan kat sekolah sofia hari selasa lepas.. gigih la mommy mintak izin dengan pengetua masuk kerja lambat sikit sebab nak siapkan anak.. nasib baik pengetua okay je.. hihi.. mommy siapkan dia cecantik pakai tudung kemas kemas, nahhh comel kemain anak dara sorang ni.. lepas tu hantar dia pergi sekolah.. sekali sekala mommy hantar pergi sekolah, happy betul dia! 😄

itu jela cerita pasal kemerdekaan, dah lama tak update blog.. entah apa aku taip pon tak tahu.. saja letak gambar anak, buat kenangan dalam blog sebab ni first time sofia join pakaian beragam harusla diabadikan dalam blog kesayangan..

selamat hari merdeka koranggggggggg!

bye!
xoxo

8 comments:

  1. Betul, meriah sangat sambutan Hari Merdeka tahun ni.
    Cantik dia, boleh menang best dress ni :)

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Merdekaaa ❤️🇲🇾 Comelnya anak.. ❤️

    ReplyDelete
  3. lawo pia.. sakan la sambut merdeka dgn kwn2 sekolah pakai baju merdeka

    ReplyDelete
  4. Memang betul tgk dlm tv rasa naik bulu roma walaupun tak tgk cara live.
    Comel je Sofia pakai crown..cantik bajunya..

    ReplyDelete
  5. cantiknya baju merdeka dia. tahun depan buat sepasang tau. mak dengan anak

    ReplyDelete
  6. Ammi gigih bangun pukul 4 lebih gi tengok perbarisan walaupun diakhirnya tak nampak pun orang buat perbarisan sbb perghhhhh dia pun cramplah kat Dataran tu

    ReplyDelete
  7. Comel sungguh puteri seorang ni sambut merdeka :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!