bigbadwolf kembali!

assalamualaikum

aku memang suka buku, menurun kat anak, dia pon suka buku.. dah janji dengan dia nak bawak pergi bigbadwolf.. semalam tunaikan janji, kemain happy budak tu.. dulu pernah bawak dia, masa tu sofia kecik lagi.. tak pandai nak pilih sendiri, semua mommy yang pilihkan.. boleh tengok kat ENTRY NI.. sekarang dah besar dah pandai pilih sendiri buku yang dia nak.. 😅

tanda hadir

bigbadwolf kali ni diorang buat kat parking tingkat empat ktcc mall.. senang je nak cari, bawak masuk kereta dalam ktcc mall naik kat parking atas toleh sebelah kanan terus nampak pintu masuk bigbadwolf.. senang kan direction aku bagi? kehkehkeh.. tanpa membuang masa jom la masuk ke dalam tengok buku apa yang ada..

memula pilih small box aje harganya RM99.90, sampai kat kaunter boleh pulak si papa sofia tukar fikiran dek kerana terpengaruh dengan adik kaunter tu.. dia cakap ala tambah lagi RM20 dapat kotak besar.. makanya amek la big box yang berharga RM119.90.. mommy is redha..

sofia pilih buku bertemakan kartun kartun kegemaran dia contohnya frozen, my little pony dan princess princess seangkatan dengannya.. mommy follow jela asalkan anak mommy happy.. jenuh jugak nak penuhkan satu kotak tu uols.. kalau tak penuhkan betul betul rasa tak berbaloi pulak.. alang alang dah dapat kotak besar, gigih la jugak cari buku.. 😅

buku buku tak tersusun dengan elok dah, faham faham jela perangai rakyat malaysia ni macam mana bukan semua tapi ada segelintir yang macam tu.. dah belek belek main campak je tak reti nak susun elok elok.. kesian jugak tengok pekerja pekerja bigbadwolf, berlecak ketiak nak susun balik buku buku tu semua.. sabar jela dik.. ehek..

done sekotak! fuhhh penattt~

dah settle memborong buku, misi mencari baju raya haji pulak.. baju bapaknya dah settle awal kebetulan itu hari sebelum raya puasa si papa sofia dapat hadiah kurta kawan kawan tempat kerja lama dia bagi.. boleh la buat pakai raya haji nanti.. yang aku dan sofia punya kena jugak cari sepasang sorang.. pusing pusing mall beli je mana yang berkenan di hati.. dah malas nak fikir banyak.. haha..

sofia belanja love untuk kawan kawan mommy semua.. ihiks

hajatnya nak beli tudung, sofia pulak buat perangai ajak balik.. mungkin dah penat + lapar kot.. tu yang lain macam perangai.. so kitorang gerak pergi makan kat pantai airport, okay nanti aku up entry lain pasal makan ni.. lepas makan singgah kedai eco kejap lepas tu gerak balik.. sampai rumah orang yang paling tak sabar nak bukak kotak siapa lagi kalau bukan sofia! 😄

jom unboxing!

tadaa~ 😍😍

bagi aku sendiri la memang berbaloi dengan harga RM119.90 dapat buku banyak macam tu.. buku buku pon herlokkkkk lagi aihhh.. ni kira untuk stok setahun ke macam mana? haha.. puas hati la sofia dapat buku banyak mommy pon tumpang happy.. 😅

bye!
xoxo

10 comments:

  1. wahhhh banyak tuh tapi pueh hati ya, bukunya pun semua nya color dia nampak menarik buat anak tertarik nak baca

    ReplyDelete
  2. comelnya Sofia.. oh memang beli buku untuk Sofia jela ni.. hehehe. selamat membaca

    ReplyDelete
  3. Wow banyaknya buku sofia ya..So colourful..
    Ni klau aunty beli ni aunty yang layan buku2 tu dulu..hehe

    ReplyDelete
  4. Bestnya! Seronok aunty tengok Sofia ada banyak buku!

    ReplyDelete
  5. bila bbw ni nak berkampung di Melaka?
    terasa geram sgt ni dgn box box tu.

    ReplyDelete
  6. byk buku tu...slamat membaca sofia

    ReplyDelete
  7. semoga makin rajin sofia membaca dan jadi budak pandai..

    ReplyDelete
  8. ooohh big badwolf camni caranya, beli ikut size kotak then sumbat je buka tak kira rega as long muat kotak. sini takda tapi sering dgr cuma tak pernah baca camna beli buku kat situ. seronok lah sofia, byk buku tu , sgt2 berbaloi rega rm119

    ReplyDelete
  9. lama tak pi bbw. last sekali pi bbw sebelum covid dulu

    ReplyDelete
  10. aritu pi tapi tak banyak choice untuk saya punya genre..tapi buku bebudak banyak gila

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!