sekadar throwback : aidiladha 2022

assalamualaikum

walaupon aidiladha tak kalut macam aidilfitri tapi aku tetap shopping last minit.. kalut kalut cari baju raya, kalut kalut cari tudung raya.. tak tau la kenapa sibuk nak kalut kalut.. kehkehkeh.. untuk aidiladha aku beli sepasang je baju untuk diri sendiri dan sepasang untuk anak.. untuk bapaknya dah ada, pakai je kurta hadiah daripada rakan sekerja tempat kerja lama dulu..

family potrait 💗
entahla kenapa tak tau dengan sofia tu.. badmood mungkin.. 😅

dengan anak dara seketul ni wajib laaa..
cuba maniskan sikit muka tu sofia.. 😅

raya pertama macam biasa akan busy busy dan buat buat busy kat rumah kakak sulong aku.. kat sana sembelih lembu, lepas tu settlekan daging korban.. kat rumah pulak ada makan makan dengan adik beradik.. kakak ipar aku dua orang tukang masak, aku tukang makan je.. 😆 siap makan, settle semua lepas tu lepak je kat rumah sebab masing masing dah keletihan..

raya kedua pagi pagi lagi dah pecut balik kampung suami yang jaraknya tak la jauh mana.. belah sana ada kenduri sikit.. lepas tu pecut ke kenduri sepupu pulak.. yang nikah masa raya puasa itu hari, belah lelaki baru buat kenduri.. raya dan kenduri memang tak dapat dipisahkan..

sempat bergambar dalam kereta je.. eh nak jugak sedondon haa gittew.. ihiks

kalau kat terengganu, ada sesetengah tempat aidiladha lagi meriah dari aidilfitri.. aku pon tak tau kenapa.. bagi aku raya kena raya dengan meriah.. dan wajib berbaju baru.. kehkehkeh.. patutla suami aku makin hari makin botak kepala dia.. bini asyik fikir nak beli baju baru je walaupon baju dah penuh satu almari.. lepas tu bila nak ke mana mana tetap cakap takde baju.. perempuan memang complicated.. kehkehkeh..

tu jela cerita aidiladha aku.. walaupon dah basi tetap jugak nak coretkan dalam blog kononnya untuk tatapan masa depan yang gemilang.. hehe..

bye!
xoxo

3 comments:

  1. dah nak deepavali mommyyy ooiiii...
    tapi ammi raya haji kat kl je...takat masak2 sikit, pastu pakai je jubah tahun bila ntah pastu abahnya ke surau utk sembelih ammi pun terus tukar uniform dan menjalar depan tv

    ReplyDelete
  2. suka aje baca blog awok walaupun cite dah basi,, sbb suka aje tengok korang sekeluarga comel2 ni.. boleh bayang awok buat buat buzy kat rumah kaklong awok tu

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!