sekadar throwback : majlis pertunangan si anak saudara

assalamualaikum

kadang kadang kalau tak tahu nak update cerita apa, aku buat la sesi throwback ni.. cerita ni memang dah lama sangat masa cuti chinese new year itu hari, kalau makanan dah kira kategori basi tahap empat.. kehkehkeh.. bila dah lama terperam, jalan cerita pon aku tak ingat sangat.. 😅

tanda hadir.. ihiks
berdua dengan sofia je masa ni sebab encik suami ku bekerja..

masa majlis ni kita tak masuk lagi fasa endemik tapi dah boleh merentas negeri.. jadinya adik beradik aku ada yang balik dan dapatla berkumpul kat majlis tunang anak saudara aku ni.. of course la kat rumah kakak kedua aku.. 😄 walaupon tak dapat nak kumpul semua tapi syukur la dapat jumpa yang jauh di mata..

masa entry ni dipublish, anak saudara aku dah selamat jadi isteri orang dah.. majlis kahwin dia masa raya puasa itu hari.. haa pasal majlis tu nanti aku update lain.. memang banyak cerita tertangguh.. tapi akan ku cuba update secara perlahan lahan.. 😆

berseri seri anak saudara i..

nak cerita pasal majlis pon aku dah lupa.. habis tu nak story pasal apa je ni? haha.. cumanya nak cakap alhamdulillah, majlis berjalan lancar seperti yang dirancang.. gambar masa sarung cincin tu aku tak sempat nak snap masa tu rombongan dari pihak lelaki memenuhi ruang.. jadinya tak kuasa la aku nak berhimpit himpit di celahan orang ramai semata mata nak amek gambar..

sofia paling happy dapat jumpa sepupu sepapat dia.. seronok main sampai dah lupa mommy.. 😅

bye!
xoxo

6 comments:

  1. lama x gi makan kenduri kawan ni heheh...

    ReplyDelete
  2. seronok bila ada anak buah ke sepupu ada majlis gini boleh tumpang bergambar dekat pelamin hehehhe

    ReplyDelete
  3. Hehe betul, majlis ginilah dpat berkumpul dengan semua.

    ReplyDelete
  4. simple but nice...yg penting dpt gather2..kan

    ReplyDelete
  5. hi hi hi hi... takpe. janji tempek sini jadik kan kenangan :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!