family day - asfa d'village, kemasik [part one]

assalamualaikum

weekend yang sangat fun la orang kata, berfamily day bersama geng geng staff kat asfa d'village.. walaupon tak semua yang join, tapi yang ada ni pon dah cukup meriah.. kitorang plan dari tahun lepas lagi, alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. aku bagitau siap siap ye, untuk korang yang berminat nak bermalam kat asfa d'village ni kena booking awal awal okay sebabnya always full! kalau full je sokmo korang faham faham sendiri la tempat ni memang awesome.. haa gittew..

pagi jumaat gerak menuju ke pantai kemasik.. awal ye aku gerak kononnya tak nak la orang menunggu kita, sekali kita pulak kena tunggu diorang tapi okay je boleh la aku tiga beranak amek angin pantai dulu.. sofia bukan main happy dapat main kat palyground di kala matahari terpacak kat atas kepala..

muka ketat pehal budak ni.. 😄

dalam pukul 12.30 tengahari macam tu diorang sampai.. kitorang lunch sama sama kat pantai kemasik.. sementara nak tunggu waktu check in pukul 3 petang, ada yang bawak haluan masing masing.. tinggal la aku dengan dua tiga ketul lagi ni menuju ke mesra mall.. sedia maklum kalau hari jumaat semua kedai dan mall tutup ye sampai pukul 2.30 petang tapi kami bernasib baik sebab makcik guard tu bagi masuk.. so melepak la kitorang kat dalam mall sambil sambil sedut angin sejuk dari aircond..

menyempat je mommy mu ni sofia.. 😆

berborak sakan sampai tak sedar waktu berlalu begitu pantas.. sedar sedar je tengok sekeliling orang dah ramai dan kedai kedai kat dalam mall tu pon banyak dah bukak.. so amek kesempatan shopping dulu kejap lepas tu berdesup ke asfa d'village untuk check in.. asfa d'village ni tak jauh pon dari mesra mall.. lebih kurang 10 minit je sampai..

dah dapat bilik masing masing, family potrait dulu untuk kenangan masa depan.. kehkehkeh

sekali tengok macam perumahan je kan tapi ni bilik bilik yang ada.. tak silap aku dalam 20 buah bilik kot.. imagine jela macam rumah panjang.. bilik berderet macam tu.. seronok weh! haha.. parking betul betul depan bilik kita, lepas tu masuk dalam buka pintu belakang fuhhh terus nampak kolam.. bukan anak je teruja, mak budak ni pon sama naik terujanya.. ihiks..

*pic from google
okay dah tak payah imagine.. nah aku belanja gambar culik dari google.. 😜

*pic from google
ni views yang kau dapat bila bukak pintu belakang.. cantik kan.. terbentang kolam depan mata..
maaf gambar kabur.. ni la masalahnya bila aku lupa nak amek gambar sendiri.. maklumla jakuness sikit bila tengok kolam.. 😆
nak senang google je asfa d'village, nahhh bersepah orang review pasal tempat ni.. semua review best best pulak tu.. 

untuk bilik pulak, aku pilih yang ada katil queen.. aku kan tiga beranak je, cukup la tu katil queen sebijik.. gambar bilik pon lupa amek.. apa masalah entah budak ezy ni.. macam mana nak jadi blogger yang berjaya.. kehkehkeh.. itu hari aku banyak update kat instagram story je.. kalau siapa dah follow instagram aku, diorang kira bertuah la tu.. tiberrr..

*pic from google
aku punya bilik macam ni tapi katil tu queen.. yang dalam gambar ni katil single dua bijik..
harga bilik berbeza ikut jenis katil.. 😄

dah settle check in, rehat rehat dulu lepas tu terus terjun dalam kolam.. plan asalnya nak bersukaneka dulu kononnya, tapi budak budak lebih teruja kepada kolam.. ubah plan mandi kolam sampai kecut.. kehkehkeh..

budak paling happy.. 😊

penat mandi kolam, perut pon lapar..
alas perut dulu dengan makanan ringan.. oh ya, dalam ni ada bukak gerai jual makanan ringan ringan macam ni tau.. so boleh la beli..

malam tu ada aktiviti bakar bakar ayam.. tapi yang tu aku update kat part two okay.. dah meleret sangat entry ni.. taip panjang panjang letih jugak.. aku yang menaip pon letih apatah lagi korang yang membaca.. mesti letih jugak.. ihiks.. nanti aku sambung okay..

bye!
xoxo

11 comments:

  1. eh menarik nya tengok bilik terus menghadap pool gitu....

    ReplyDelete
  2. luarannya cantik & kemas.
    nice. dgn pool yg terbentang luas gitu, syok la.
    sambil minum2, perati anak2 swim, kan.

    ReplyDelete
  3. Ini ibu ke anak yg excited nak mandi pool tu, sampai lupa selfie hihi ..
    Cantik nampaknya tempat ni

    ReplyDelete
  4. kat area mana ni ye? dulu selalu gak outstation kat kerteh. Tapi mmg awesome la bukak pintu belakang terus jumpa kolam mandi. bagus gak ada pagar takde la budak2 jatuh dalam kolam time parents kat dalam bilik.

    ReplyDelete
  5. tetiber macam teracun pulak..haishhh..kena masuk dalam list ni nak bawak anak-anak bercuti..

    ReplyDelete
  6. Bestnya dapat jalan jalan. Anak anak memang happy la dapat jalan jalan macam ni..

    ReplyDelete
  7. budak-budak nampak kolam memang excited. eh..seriuslah mall tutup tengahari Jumaat? di KL ni waktu solat tulah mall meriah macam weekend

    ReplyDelete
  8. Boleh consider tempat ni next time. Review pun banyak yang baik-baik :)

    ReplyDelete
  9. bestnya buat family day kat asfa dvillage ni

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!