repair cikbibah dan settle hutang!

assalamualaikum

cerita minggu lepas jugak sehari sebelum melepak kat Nasken Coffee, aku dan suami ke tempat servis perodua untuk repair cikbibah kesayangan aku tu.. dah booking siap siap hari ahad lepas tu kena hantar kereta pagi, petang baru amek balik.. banyak benda nak kena repair biasala cikbibah dah berusia.. ihiks.. disebabkan hal tu, aku apply cuti sesambil merehatkan diri yang dah penat bekerja.. 😄

suami aku follow naik moto aku bawak cikbibah ke tempat servis.. si sofia tinggal kat rumah pengasuh kejap.. settlekan hal cikbibah untuk check in wad, lepas tu merempit ke bank untuk tanyakan baki pinjaman cikbibah.. ikutkan perjanjian habis dalam bulan september.. terdetik hati nak tanya sebab aku tengok statement macam banyak lagi hutang aku.. sedangkan masa PKP 1.0 tu aku tak amek moratorium.. untuk pengesahan baki pinjaman jawabnya ke bank la kita.. hee

elok elok tau cikbibah jangan nakal nakal.. 😅

sampai kat bank awal sangat, pintu bank elok je tutup lagi.. kengkonon nak isi perut dulu cari cari kedai jumpa satu kedai ni tapi fullhouse pulak.. langsung takde meja kosong.. last last aku cakap kat suami takpe la lepas settle hal kat bank baru fikir pasal makan.. aku dah terbiasa dengan intermittent fasting jadi takde masalah kelaparan.. suami aku pulak memang dah siap siap isi perut kat rumah..

sampai kat bank, tunggu bank bukak lepas tu terus ke bahagian loan.. sekali orang bank tu check baki loan tinggal RM244 jeee.. halah halah aku fikirkan ada lagi dalam RM1k.. teheee.. so aku pon cakap nak settlekan jela terus senang lepas ni tak payah fikir nak bayar kereta dah.. dalam setengah jam lebih kurang berurusan dengan pihak bank, alhamdulillah settle semua! tinggal nanti nak amek geran kereta jela..

bila dah settle hutang ni terus rasa ringan kepala.. rasa macam nak menangis pon ada.. over kan? haha.. sekarang tinggal satu hutang lagi belum settle.. PTPTN! 😪 harapnya aku dapat selesaikan hutang PTPTN tu tahun depan.. doakan aku tau korang.. semoga dipermudahkan segala urusan aku.. aamiin..

bye!
xoxo

7 comments:

  1. lega rasa bila dah habis bayar kereta kan...

    ReplyDelete
  2. laaa... RM244 jer, Alhamdulillah, dah settle. Tahniah!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, tahniah Ezy!
    Yes, sangat ringan kepala, bahu semualah bila setelkan hutang ni..
    Comel je namanya cikbibah ye :D

    ReplyDelete
  4. Yeaaaa.. Cik bibah dah settle hutang.. Lps ni ptptn plak.. Semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. selagi tK settle hutang memang rasa tak tenang.. bila tak de hutang rasa macam bebas sangat 😄

    ReplyDelete
  7. tahniah. memang lega bila 1 utang da settle.
    cik bibah aida lama da settle. 5-6 tahun lepas.
    kereta asben pun settle dah 3 thn lepas. memang hooray la kami byk tunai.
    boleh saving plak utk education anak-anak :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!