melawat masjid kristal

assalamualaikum

jumaat lepas dah takde idea nak bawak sofia jalan jalan, lepas lepak kat pantai terus ajak suami pergi taman tamadun islam.. last pergi situ teman suami vaksin tu pon tunggu dalam kereta je.. boleh kata agak lama tak jejak kaki ke situ.. kalau dulu meriah betul kat masjid kristal tu, masa aku pergi tak ramai sangat orang.. mungkin bukan musim cuti sekolah kot kurangla pengunjung.. tapi dulu tak ikut musim asyik ramai je orang.. entahla malas nak fikir.. haha

lupa bawak tripod, nasib baik ada tangga.. bolehla rakam gambar bertiga.. ihiks..

untung jugak la datang sini orang tak ramai.. bebas sikit sofia berlari ke hulur ke hilir.. takde la mommy risau di musim musim covid ni.. huhu.. seronok tengok sofia.. happy je dia amek angin sambil tengok bot lalu lalang..

cantik betul masjid kristal ni kan.. 😊

tengok bot lalu.. hehe
cantiknya permandangan kat sini..
aku dulu outdoor masa kahwin kat sini la..
patutla jadi pilihan pasangan pengantin untuk outdoor sebab cantik sangat views.. 😍

macam macam aktiviti boleh buat kat sini.. berkelah, beriadah, berphotoshoot.. kalau nak merasa makan kat tepi laut sambil ditemani angin sepoi sepoi bahasa, restoran pon ada kat sini.. nak memancing tu tak pasti la boleh ke tidak.. sepanjang duk situ takde pulak aku nampak orang memancing.. 😅

kalau nak pusing pusing atas air, boleh la naik bot yang disediakan.. dulu dulu aku pernah naik sekali best jugak la layan angin atas air.. untuk aktiviti lain, memanah pon ada.. boleh bawak anak anak datang sini confirm diorang happy!

last sebelum balik amek gambar kat sini.. sofia cakap ni istana.. entahla anak aku tu suka berangan jadi princess.. 😆

hujung minggu korang ke mana? bersantai santai kat rumah? berjalan jalan menuju ke kota di tangan penuh bunga di hati penuh cinta.. eh baca je jangan nyanyi! 😝

bye!
xoxo

13 comments:

  1. dah lama tak gi sini. masa kecik2 selalu jugak datang tgk monumen msjid dalam tu

    ReplyDelete
  2. cantik gambar! Last saya ke sini masa sebelum kahwin. Lama betul!

    ReplyDelete
  3. akak biasa lalu tp tak pernah pun singgah ke situ heheheheh

    ReplyDelete
  4. tak pernah sampai masjid ni lagi. cantiknya. dulu viral kot tu yang orang datang dari serata Malaya nak tengok

    ReplyDelete
  5. Cantik, biasan air tu pun warna keemasan nampaknya...

    ReplyDelete
  6. Pernah sampai sini sekali je. Itupun rombongan zaman sekolah dulu. Cantik masjid kristal ni. Ada dengar juga masjid ni ditutup disebabkan kerosakan dalam masjid. Masjid ni pun tak benarkan orang solat katanya salah kiblat dan ada bumbung bocor. Mungkin dalam proses renovation kot. Boleh jalan jalan kat luar okay jugak kan.

    ReplyDelete
  7. Cantik.. Tak pernah sampai lagi kat sini. Dah lama tak balik Terengganu..

    ReplyDelete
  8. hujung minggu selalu tak ada rancangan khas ikut last minit plan

    ReplyDelete
  9. pernah singgah masjid kristal ni ..lama dh tu pun masa tu outstation keje kt ganu

    ReplyDelete
  10. Cantik betul masjid kristal ni. Akak belum pernah sampai lagi.

    ReplyDelete
  11. Minggu depan inshaallah nk ke terengganu. Boleh la singgah sini lagi

    ReplyDelete
  12. Bila lah boleh jalan ganu ni.. cantik masjid ni

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!