farewell akma

assalamualaikum

tau akma dapat tukar masa dia tengah buat umrah.. sedih memang sedih walaupon kitorang bukan lagi satu sekolah tapi happy jugak untuk dia.. sebab takde la dia terpaksa berulang alik jauh dari sekolah ke rumah.. kalau dulu dapat jugak jumpa sesekali, kitorang masih satu daerah.. tapi sekarang dah payah nak jumpa.. akma dah masuk daerah lain..

bila dapat tau je berita pertukaran akma, kitorang seramai tujuh orang berpakat nak bagi hadiah kat dia.. aku tolong orderkan.. kebetulan pulak itu hari dia ada majlis dekat sutra beach resort, jadinya berdesup la aku ke sana semata mata nak serahkan hadiah kat dia.. gigih kan? ihiks.. yela kalau tak bagi hari tu, agak agak bila lagi nak bagi? lambertttt lagi nak jumpa..

angkut anak sekali.. umi pon aku angkut sekali ada tunggu dalam kereta..😄
selamat bertugas di tempat baru bff.. 😘

nak dijadikan rezeki, tengah duk berborak dengan akma ada la cikgu ni datang.. dia kelek hadiah banyak banyak.. si akma ni duk membodek nak periuk.. sekali cikgu tu bagi kuali kat aku jugak.. tak pasal pasal dapat hadiah kat majlis orang.. haha.. majlis tu sebenarnya majlis perpisahan untuk cikgu cikgu dan staff yang dapat tukar.. aku tak boleh la nak join sebab majlis tu bukan sekolah aku punya.. 😅

untuk akma, (walaupon dia tak baca pon blog aku 😝) selamat maju jaya, semoga bahagia di tempat baru.. walaupon kita jarang sekali dapat bersua muka lepas ni, tapi kita tetap boleh bergosip dalam whatsapp group.. haha.. jangan lupakan i kat sini ye.. love u bff!

bye!
xoxo 

6 comments:

  1. Best ni, orang lain punya farewell, kita pun dapat hadiah.. .rezeki alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. Selamat bertugas di tempat baru Akma. Dalam rezeki Akma, terselit rezeki Ezy juga. Alhamdulillah..rezeki jangan ditolak.

    ReplyDelete
  3. Bertemu dan berpisah adalah adat dalam kehidupan kita, tapi persahabatan tetap terjalin hingga ke akhirnya... Selamat maju jaya pada Akma dan awak jugak..

    ReplyDelete
  4. Sy harap awk plak dpt tkr ke daerah k. Tgnu plak

    ReplyDelete
  5. sesungguhnya rezeki x pernah salah alamatnya :)

    bab member dpt transfer ni memang sedih.
    da best, kena pindah hu hu hu hu hu...
    tak mudah cari geng sekepala.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!