sofia dah sekolah!

assalamualaikum

buka blog je eh eh dah nak habis bulan tiga rupanya.. hikhik.. esok lusa dah nak puasa lepas tu raya.. sakan raya tahun ni, insyaAllah.. tiada lagi sekatan, bulan april nanti masuk la kita ke fasa endemik.. dah ready ke kita? ready ke tak ready, redah jela.. pandai pandai kita semua jaga diri masing masing ye..

anak aku si sofia dah lima tahun huu dah besar.. aku pilih pra sekolah untuk dia.. sebelum first day sekolah itu hari, memang setiap hari aku ingatkan dia yang dia kena pergi sekolah.. jumpa cikgu, jumpa kawan kawan baru.. boleh main, boleh belajar.. alhamdulillah hari pertama sekolah dia sangat excited, happy dan aku pulak yang emosi tiba tiba.. haha

comelnya anak mommy.. 😍

hari pertama dia masuk pra, aku apply cuti rehat.. dah janji dengan dia nanti mommy hantar dan amek sofia.. tapi untuk hari pertama jela, hari berikutnya papa dia hantar dan pengasuhnya amek.. terpaksa la macam tu sebab mommy kerja jauh dari sekolah dia..

nak cari keperluan sekolah dia itu hari pon agak kelam kabut sebabnya awal bulan kitorang tiga beranak kena covid, lepas habis kuarantin baru cari barang sekolah anak.. last minit shopping, capai jela apa yang ada.. nasib baik semua cukup cumanya tudung dia aku tak puas hati.. awning tak on point.. last last aku order kat shopee.. baru puas hati! haha.. tu pon berkira kan? aku ni sejenis mak yang nak anaknya nampak kemas je.. 😅

setakat dua minggu sesi persekolahan sofia baik baik je.. kejut bangun pagi pon dia ceria.. punya la seronok dia sekolah, sampaikan hari minggu pon nangis nak pergi sekolah.. pehal la anak aku ni rajin sangat.. 😂

semoga sofia rajin sampai bila bila ye.. belajar pandai pandai biar jadi manusia yang berguna.. semoga diterangkan hati sofia untuk menimba ilmu.. mommy sayang sofia.. 😘

bye!
xoxo

8 comments:

  1. Yeay..Sofia dah school...congratulation sofia...

    ReplyDelete
  2. bagus ni dia jenis tak takut dan suka jumpa kawan-kawan, bersemangat

    ReplyDelete
  3. Alololo comel nya dia.... selamat gi school sofia :)

    ReplyDelete
  4. Wah, seronoknya Sofia dah sekolah! Enjoy yourself little princess!

    ReplyDelete
  5. Seronokkan pergi sekolah Sofia :)
    Alhamdulillah tak meragam, good girl dia...

    ReplyDelete
  6. Pia rajin. Tak mcm mommy dia. Hahaha.
    Mommy dia kuat tembo lari dr sekolah. Hehehe.

    Semoga cemerlang pia. Dan jd anak baik

    ReplyDelete
  7. ALA COMELNYA DIA! Selamat menyambut ramadhan :)

    ReplyDelete
  8. Dah masuk sekolah dah dia. Good girl Sofia pergi sekolah behave je. Belajar rajin rajin je Sofia.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!