organize my snowcap

assalamualaikum

selain hobi mengumpul baju penuh satu almari, hobi aku jugak mengumpul snowcap.. snowcap yang paling best aku guna sekarang ni ialah snowcap souk.. dia punya best tu memang tak boleh bawak bincang.. kehkehkeh.. *tiberrr

ni la dia masalah orang perempuan.. kepala ada satu tapi snowcap ada banyak.. 😂
aku beli dengan cikgu kat sekolah aku ni je dan ada jugak 2-3 helai aku beli kat shopee masa PKP itu hari.. 😄

bila dah banyak macam ni, of course la kena organize elok elok kan.. so entry kali ni aku nak tunjuk macam mana cara aku simpan koleksi snowcap aku.. simple je pon just letak dalam bekas plastik yang aku beli dekat mr.diy je.. tapi tetap jugak nak gebang kat korang.. 😆

tadaA~ ok tak? 😎

bekas plastik tu hargnya cuma RM2 dan aku rasa bekas plastik ni sangat berbaloi untuk dibeli.. selain boleh letak snowcap, boleh jugak guna untuk letak barang barang mekap.. dan aku memang puas hati beli bekas plastik ni sebab ngam ngam muat snowcap aku.. ekeke.. walaupon harganya cuma RM2 tapi ok la.. berbaloi baloi.. cepat terjah mr.diy, beli bekas tu banyak banyak.. 😅

bila dah letak dalam bekas macam tu, aku masukkan je dalam almari.. takde la snowcap aku bersepah sepah.. sangat praktikal dan senang untuk diuruskan maksud aku boleh bawak keluar masuk dari dalam almari dengan mudah.. entahla aku pon tak faham apa aku tulis.. 😂

bye!
xoxo

13 comments:

  1. akak dulu rajin jugak beli macam-macam color, tapi sebab akak cuma suka pakai 2 color jadi akak dah kurangkan beli... cumanya ada lah 3 ke 4 helai color sama je hehehe

    ReplyDelete
  2. sy pulak kaum hawa yg hanya rajin makan ja hahaha
    beli2 brg x kira la baju ka brg dapur ka memang kurang hehe

    ReplyDelete
  3. i olls pon suka pakai inner snowcap hantu ni tp beli color hitam je 2 pcs + color brown 1 sbb color lain mcm tak reti nak match dgn tudung =P

    ReplyDelete
  4. kami ada 2-3 helai anak telekung. Tu pun warna gelap semua. Aku pakai anak telekung yg separuh. yang full dah lama tak pakai, so tak selesa

    ReplyDelete
  5. Snowcap saya tak pakai banyak warna. Beli hitam saja setakat ni, kalau beli warna lain sah tak akan pakai sebab tak reti nak match warna

    ReplyDelete
  6. shida pn ade byk tp xleh lwan ezy la..byk giler hahaa..colorfull plak tuh :p

    ReplyDelete
  7. banyaknya koleksi! Kita ada 3 je hahaha jarang pakai yang ni sebab lagi selesa pakai anak tudung biasa

    ReplyDelete
  8. Banyak betul ni. Memang ada satu kepala tapi tak kan nak pakai yang sama setiap hari kan. Kenalah ada lebih boleh gilir gilir pakai. Ada banyak tu normal. Tapi koleksi Fiza warna yang gelap je. tak colourful macam Ezy. Okay juga banyak colour senang nak disesuaipadankan dengan tudung. Tak payah pening pening gitu. Tak pernah ada yang ni. Belum pernah beli lagi. Nanti boleh cuba yang ni pulak.

    ReplyDelete
  9. woah, banyak tu...tu pon nampak mcm satu jenama je semua, hehe. saya selalu beli warna2 netural je

    ReplyDelete
  10. byk nya snowcap, warna warni. pratikal simpan camtu cuma mungkin mkn space sikit kan

    ReplyDelete
  11. bekas ni rm2 je ? wahh murah betul.
    sbb skrng tngh in mood nak kemas benda2 kecil jadi perlukan bekas.. cuma saya prefer yang ada penutup sekali..

    ReplyDelete
  12. Wah, macam-macam warna koleksi Ezy!

    ReplyDelete
  13. Boleh geng dgn nina.. warna tudung mesti match dgn snowcap 😂😂

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!