DIY mask extender

assalamualaikum

seminggu tak muncul kat blog tu perkara biasa bagi blogger suam suam kuku + pemalas macam aku ni.. haha.. nak kata busy, ada la jugak busy dengan eksperimen tapi tak la busy sampai tak boleh bukak laptop.. entahla mungkin kehilangan mood nak mengadap blog.. kena cari balik mood yang hilang tu.. 😄

di musim covid-19 ni aksesori paling top sekarang ialah mask extender.. macam macam bentuk ada dan aku pon tak ketinggalan nak jugak beraksesori dengan mask extender.. dah nama pon perempuan, mask extender harusla kena cantik cantik.. perempuan dan kecantikan tak boleh dipisahkan.. harap kaum lelaki mengerti! kehkehkeh

ni la rupa mask extender aku.. comel je kan.. 😁

mask extender aku ni limited edition memang takde jual kat mana mana.. kemain kan mask extender je pon.. haha.. benda alah ni aku DIY je guna getah rambut kedai eco dan butang baju rembat umi punya.. jimat je kan bermodalkan RM2.10 je.. 😆

cara cara buat senang je, getah rambut aku potong jadikan bentuk panjang macam tu lepas tu jahit butang kat hujung sana dan jugak hujung sini.. senang je ni kalau aku tak explain pon korang boleh buat.. proses DIY mask extender aku lupa amek gambar.. excited sangat balik rumah terus start jahit.. tak nyempat nyempat.. 😂

bye!
xoxo

11 comments:

  1. comel.... murah pun iya, macam-macam yang kita boleh buat sendiri kan

    ReplyDelete
  2. comel.. kretif pulak tu..
    kita pun plan nak buat jgk.
    tp idea tak datang.
    hahaha

    ReplyDelete
  3. Comel... Yang penting jimat bajet. Tergantung kat kepala dah tentu2 cantek kan

    ReplyDelete
  4. ish ish ish kalau dah creative cantekkkk aje hasilnye ha hehehe

    ReplyDelete
  5. kreatif ezy, kak ana belum ada lagi ni, kena cari gak ni kan :)

    ReplyDelete
  6. Menarik ezy. boleh shida cuba juga nnt..nak beli semua yg sama je..kita buat style ezy..lain dr yg lain hahaaa

    ReplyDelete
  7. kreatifnya..lawa uiii..kite pemalas tahap gaban..lepas tu kendekut..jawab dia ikat pakai getah ikat plastik tu je..hahaha

    ReplyDelete
  8. Kreatif, bolehlah tiruvasi idea ezy nanti. kita tak ada mask extender lagi. pakai mask jenis ikat tu.

    ReplyDelete
  9. creativenya! Malas nak buat atau beli mask extender ni sebab takut nanti hilang tak pun terbuang sekali dengan mask hahaha

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!