sepatutnya aku update entry ni hari ahad lagi dah tapi disebabkan aku busy dari hari ahad tu sampai la semalam, makanya terbitlah entry ni di hari selasa nan indah.. busy apa? haa nanti aku update.. ada la sedikit projek makmal guna barang yang aku beli kat kedai eco ni haaa.. jom layan haul aku~
banyak jugak aku memborong rupanya.. rasa macam sikit, mesti ada saka mengekor ni.. kehkehkeh
box ni aku berkenan sangat sebabnya penutup tu colour kuning menepati tema makmal aku ni la.. dan aku beli untuk letak stock stationery..
penyangkut tu untuk letak tuala kecik lap muka.. aku dah lekat kat dinding memang helok kejadiaanya cuma malas nak amek gambar tunjuk kat korang.. 😅
door stopper tu tak berfungsi langsung untuk pintu makmal.. 😒 mungkin berfungsi untuk pintu korang.. dah rugi RM2.10~
bunga bunga cinta, dedaunan berjuntai dan jugak span semua ni untuk projek makmal aku.. nanti aku update.. kalau korang tak sabar sangat nak tau projek apa haaa jemput follow ig aku.. aku dah update kat ig : https://www.instagram.com/ezy.fia/
last sekali pasu pasu comel ni.. untuk letak bunga dan dedaunan tu la.. hee
itu jela untuk haul kali ni harap korang enjoy dengan entry aku yang tak seberapa ni.. eh lupa nak cakap sebelum korang tanya aku boleh claim ke tak dengan sekolah, sini aku jawab siap siap.. aku memang tak claim anggap jela ni amal jariah dari aku.. kehkehkeh.. dah tak jadi sedekah sebab duk heboh kat blog.. soalan ni banyak sangat orang tanya jadi aku jawab jela.. 😂
bila aku happy buat sesuatu aku tak rasa terbeban.. jadi aku nak cakap memang aku happy buat semua ni..
bye!
xoxo
yang bekas macam boxes tu menarik la.. saya mmg tengah cari compartment macam tu.. nak simpan benda2 kecil. nanti pergi Eco la mencari..
ReplyDeleteCantek u diy pokok berjuntai dan deko makmal u. I tgk kat IG
ReplyDeleteSebenarnya i nampak u enjoys je jadi pembantu makmal, compared with your previous job. U enjoys boleh DIY, boleh hias cantek makmal, boleh bantu cikgu dengan urusan makmal. Berbanding kalau kerja yang direct melayan customer, layan bos kerek. Abaikan mana2 staff yang mengampu lebih, yang berdengki2.. Just do your work. I Always support u sisturrrrrrrr!
biasa masuk kedai mcm..ala 2 hengget je 2 hengget je. sekali masa nak membayar tu hambikkkk
ReplyDeletecomel pasu tu hehehe
ReplyDeletesama la ngan bunga yg Ayu beli utk opis Ayu.
ReplyDeletekadang kita seronok-seronok nak hias bukan nak mintak untuk dibayar... janji kita happy kan
ReplyDeleteakak kalau ke eco mesti cari macam-macam jenis bakul dan pasu bunga, tengah naik syeh nanam bunga itu asik cari pasu je...
Comel la hasil pokok diy tu.. intai kat ig
ReplyDeleteKalau masuk kedai eco ni.. bahaya sebab nk beli satu barang pun jadi banyak barang
suka masuk Ecashop tapi sentiasa crowded huhu jenuh bebaris panjang
ReplyDeleteBanyak membeli. dah siap decor decor bersama ezy boleh tengok nanti :)
ReplyDeleteBox tutup kuning tu comel.
ReplyDeleteMemang berhantu haha... jrg la tak beli mcm2
ReplyDelete