sekadar throwback : pengalaman kena covid

assalamualaikum

jaga SOP macam mana sekalipun kalau Allah kata jadi maka jadilah! awal bulan lepas kami tiga beranak diuji dengan penyakit berjangkit yang dah menghuni di negara kita sejak 2020.. untuk tahun 2022 kami tewas tapi tak bermakna kami kalah.. eh tiber! 😆

bermula dengan sofia tiba tiba tak sihat lepas maghrib.. dia nampak letih dan badan dia panas.. time tu jugak aku test dia.. memang laju naik dua line.. bila anak positif, aku memang kena positifkan diri jugak dah tak sempat nak jaga jarak dengan anak.. 24jam memang dia nak aku je! so masa tu aku fikir takpe la kalau lepas ni aku pun positif.. aku redha je..

sebelum officially positive covid, sempat la bawak dia balik kampung papa lepas tu pergi mendobi, beli mainan, makan makan.. 😅
masa ni dia sihat je kitorang pun tak tau dia dah bawak virus tu.. huhu
alhamdulillah abah dan mak mertua aku negatif walaupon ada kontak dengan sofia..

bila sofia dah positif, update segala dalam mysejahtera tapi aku tak bergejala dan tak payah kuarantin.. terpaksa ambil cuti untuk jaga anak.. nak dijadikan cerita esoknya aku start sakit badan dan sakit kepala.. memang rasa tak larat sangat, malam tu test laju jugak naik dua line.. suami aku pun dah start sakit tekak dan dia pon positif jugak! aku usaha taknak bagi berjangkit dengan suami sebab dia kena kerja tapi kena redha jela.. terima dengan hati terbuka.. bermula la episod kuarantin tiga beranak..

kat dalam rumah tu ada kakak dan umi aku, alhamdulillah diorang negatif.. memang sehabis usaha taknak bagi berjangkit kat diorang.. paling risiko umi aku la walaupon dia dah lengkap vaksin + booster tapi tetap jugak kena berjaga jaga sebab umi warga emas yang patut kita lindungi.. haa gittew! ihiks

alhamdulillah syukur sangat gejala yang kitorang amali tak teruk.. sofia demam sehari je tapi dua tiga hari jugak dia tak selera makan.. aku pulak selera macam bela saka 24jam nak makan je walaupon sakit kepala sikit dan sakit tekak.. mujur jugak takde batuk batuk.. suami aku sakit tekak sikit dan ada batuk batuk tapi tak berpanjangan.. segala macam petua kami ikut, segala mak nenek vitamin kami makan.. nak cepat baik punya pasal.. 😆

hari kelima semua dah sihat seperti biasa dan sofia pon kembali aktif.. tunggu hari nak habiskan kuarantin je lepas tu dah boleh tengok dunia luar! haha.. hasil daripada kena kuarantin berat aku naik la jugak 1.6kg.. hancussss segala diet tapi syukur jugak la masih punya selera makan.. 😄

bergambar kenangan tanda dah completed HSO.. 😊

budak paling happy dapat jejak kaki kat pantai..

habis kuarantin je bawak sofia tengok dunia luar.. amek angin kat pantai sambil makan makan.. seronok sangat dia sampai taknak balik.. nanti lain kali kita tidur je kat pantai ye.. 😆

sepanjang kuarantin, ramai yang mendoakan kami dan ramai yang hulurkan bantuan.. terima kasih sangat sangat kat family, sepupu sepapat dan kawan kawan yang sudi bertanya khabar dan bagi makanan kat kami.. terharu sangat.. syukur alhamdulillah dikelilingi orang yang baik baik.. 💕

panjang sikit karangan dalam entry ni, sekadar throwback untuk kenangan akan datang.. kalau boleh taknak dah kena covid, seksa woiiii.. cukupla sekali.. huhu.. so korang, jaga diri masing masing okay!

bye!
xoxo

14 comments:

  1. Syukur alhamdulillah...semoga terus sembuh sampai bila- bila..sebab adik SA yang bongsu dah positive lagi untuk kali ke 2....jahat Covid 19 ni

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, semua dah kembali sihat.

    ReplyDelete
  3. itulah dah 2 tahun lebih cuba elak tapi akan terkena jugak kan... nasibla omicron ni tak seteruk varian delta dulu

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah sihat belaka doh..
    Nasib baik umi xapa2. Sbb dia berisiko tinggi

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah dah sembuh erk..

    ReplyDelete
  6. Allahuakbar...Paling dok elak terjadi. Syukurlah tak ada simptom teruk dan dah sihat semuanya. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Dah sihat sepenuhnya.. kes pun masih tinggi tapi dah endemik masing masing kena jaga diri dan alert.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah kalian bertiga dah sembuh. Mujurlah tak teruk sangat simptom yang dialami. Jaga diri baik-baik, ezy.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.... syukurkan...akakpun sama tak teruk sangat simptom masa kena dulu

    ReplyDelete
  10. ammi tengah melayan covidlah ni..
    tambah alhamdulillah takde teruk sangat. hari ke2 demam agak teruk tapi selera makan tetap ada (bila nak kurus kalau gini). deria bau/rasa semua ada. tekak je perit

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah... semoga lepas ni tak ada simptom2 yg boleh mengganggu kesihatan pd masa hadapan...

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah...sihat dah. moga terus sihat key

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!