persiapan raya

assalamualaikum

pejam celik pejam celik dah masuk 15 ramadhan hari ni.. kalau bab raya ni aku antara orang yang paling excited! tak kisah la samada raya puasa ataupon raya haji.. aku memang excited.. tambah lagi dah kurus sikit ni, lagi la semangat nak cari baju raya.. maklumla dah ada size.. dulu susah nak jumpa size comel harga murah.. nangis bucu katil..

cakap pasal persiapan raya, untuk diri sendiri dah hampir selesai tingal lagi sikit nak topap mana yang kurang.. untuk suami paling senang.. dia ikot je tema yang aku dah tetapkan.. nampak di situ aku queen control.. kahkahkah.. dia tak banyak songeh.. untuk anak lagi sehelai dua kena cari baju dia.. persiapan macam nak raya sebulan kan? haa itulah aku.. 😙

tema raya untuk tahun ni ialah peach.. asalnya nak tema merah tapi disebabkan anak dara aku sekarang terlebih diva dia sendiri pilih baju dia colour peach.. maka berhuhu la mommy.. takhta queen control terlucut dengan sendirinya.. mommy kalah dengan anak dara sorang tu.. 😅

kuih raya dah tempah awal awal nanti pick up dan bayar je.. duit raya pulak wajib kena sediakan.. yang tu setelkan dengan abang aku.. tiap tiap tahun pon dia bahagian setelkan duit raya.. haha.. lain lain takde benda nak setelkan sangat sebab aku beraya rumah umi aku.. masih belum ada rezeki nak berhari raya di rumah sendiri.. doakan untuk aku okay..

tu jela sembang pasal raya.. tunggu raya nanti aku up ootd raya.. haa gitteww!

bye!
xoxo

No comments: