berpuasa sambil berdiet

assalamualaikum

dah nekad puasa kali ni aku nak diet betol betol sampaila boleh capai berat macam tahun lepas.. kisahnya raya tahun lepas aku dapat berat 71kg.. lepas tu diet kelaut berat aku naik ke 78kg.. ye berkilo kilo perginya.. nasib baik tak capai angka 8 balik woi.. penat diet dulu takkan senang senang je nak bagi gemok balik? huu menyesal pon tak guna jom la diet bersungguh sungguh..

sepanjang bulan ramadhan aku amalkan intermittent fasting 23jam dan jugak one meal a day (OMAD).. masa sahur aku hanya minum kopi kosong ataupon air masak sahaja.. boleh tahan ke sis kalau sahur macam tu je? boleh sis.. sebab perot dah terbiasa macam tu.. kalau rasa tak mampu jangan cuba sis.. diet ikot kemampuan diri sendiri ye sis.. bukan ikot orang.. hasil seminggu berpuasa sambil berdiet ni aku lost 1.6kg.. alhamdulillah.. 😊 oh lupa diet yang aku amalkan sepanjang bulan ramadhan ni diet suku suku separuh.. aajommm tengok menu iftar aku..

menu 1 ramadhan : wrap telur berulamkan salad + tomato + jambu air
air limau kasturi takde dalam gambar

menu 2 ramadhan : spageti carbonara tomyam tapau dari gerai tepi jalan, balik rumah add on salad + tomato.. kat belakang tu air sunmelon blend dengan susu lowfat

menu 3 ramadhan : kueyteow goreng telur mata makan dengan salad + tomato ceri.. air smoothie sunmelon sedap gilosss.. sugar free..

menu 4 ramadhan : nasi goreng telur mata berulamkan salad dan tembikai.. air latte yang takde gula..

menu 5 ramadhan : fettucini goreng ayam bakar berulamkan salad + tomato.. jambu air
air tembikai tak masuk dalam gambar..

menu 6 ramadhan : mee petak lupa nama masak blackpepper.. mangga..
air susu pisang dutchlady sedap yang teramat sedap..

menu 7 ramadhan : nasi putih berlaukkan butter chicken + taugeh masak lemak dan ulam tomato ceri.. anggur..
air susu pisang coklat..

takde la gempak mana pon menu aku.. sekadar termampu aku sediakan je.. menu menu ni aku je makan.. suami dengan anak aku makan benda lain sebab diorang tak diet.. kena explain siap siap takot kena kecam.. eh tiberrr.. haha

doakan semoga aku terus istiqomah.. 😁

bye!
xoxo

7 comments:

  1. Semoga berjaya turunkan berat badan. Aamiin.

    ReplyDelete
  2. ciayok2!!! semoga mencapai berat yang di idamkan

    ReplyDelete
  3. dalam pada bizi, sempat jugak ezy diet & sediakan menu simple & yummy. hermm bila nak mula diet entah ni T__T

    ReplyDelete
  4. betul2 nk diet ni heheee ^_^
    shida pun smbil2 juga nk diet tp xla heavy sgt..biasa2 je hehee

    ReplyDelete
  5. Chaiyuk² Ezy. Sedap sedap uii menu diet Ezy. Macamni seronok lah diet di bulan puasa.

    ReplyDelete
  6. Betul tu. Nak diet ikut kesesuaian diri kita. Jangan semberono ikut diet orang 😊

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!