beli handbag baru

assalamualaikum

kalau handbag murah pakai tak dan lama mesti akan rosak.. haa tu la yang jadi kat handbag murah aku.. tapi kira ok la bertahan jugak la dekat setahun.. kehkehkeh.. yela nak beli handbag mahal tak mampu, pakai jela handbag murah.. nasib baik handbag comel.. 😁

disebabkan handbag tu dah rosak, gigih la aku duk survey handbag murah lagi.. survey kat shopee tapi nak beli macam teragak agak je.. risau nanti dapat handbag tak secantik dalam gambar.. lepas tu duk survey kat kedai kedai, takde yang berkenan di hati.. last sekali terbeli handbag kat mydin je.. nampak sangat aku suka mydin.. dulu pon beli handbag kat mydin.. mydin boleh amek aku jadi duta kot.. 😂

handbag baru yang berharga RM49.90 sahaja

aku tertarik dengan handbag ni sebab utamanya colour cantik.. zaman sekarang takde dah orang pakai handbag ikot colour baju.. so bila pilih handbag colour macam ni takde istilah tak boleh nak match dengan mana mana baju.. zaman sekarang orang main redah je tapi tetap nampak cantik.. haaa gittew.. ni style aku la.. kalau korang punya pendapat sendiri aku tak halang.. haha

puas hati beli handbag ni sebab tak rasa berat dan handbag ni pon takde la besar sangat dan tak kecik sangat.. boleh la muat segala harta karun aku.. ekeke.. dan yang pasti cantik di mata aku, bila tergantung kat bahu nak berjalan tu rasa yakin.. sampai macam tu sekali aku punya feeling pasal handbag ni.. punya la nak buktikan kat korang aku puas hati walaupon hangbag ni murah.. 😂 macam la orang kisah sangat pasal semua benda tu kan.. haha

bye!
xoxo

8 comments:

  1. i pun sibuk juga survey handbad ni, beg lama dah terkoyak sikit..haha

    ReplyDelete
  2. wah... cantek. i loikeeeee beg kuning gini. comey. aku biasa beli beg kat kedai2 aksesori macam kedai MYONE SHOP. Beg lawa2..

    ReplyDelete
  3. zie pun beli handbag murah je dekat shopee. zie akan cari yang prefered and tengok review dulu. kalau murah sangat, kebanyakkan review yang zie baca cakap ada NG kotor. so, pilih harga yang berpatutan. just 2 minggu la tunggu sebab barang pre order. hehehe

    ReplyDelete
  4. betul , pilih je handbag yang senang masuk dengan smua baju . Hahahah kalau mak saya byk beg tapi pakainya satu juga .

    ReplyDelete
  5. Wanita dan handbag tak dapat dipisahkan

    ReplyDelete
  6. comel color dan bentuk, sesuai dengan hani

    ReplyDelete
  7. fuyooo , handbeg baru . sama macam saya kak , pakai je handbeg takde jenama n murah. Asalkan berganti handbeg . Btw , saya suke handbeg macam nie lagi dari handbeg branded , berat . Baru isi barang sikit dan nak rebehhh bahu . Hahahah :)

    ReplyDelete
  8. lain macam feeling dia tu. Dengan bag kita tampil lebih yakin gitu kan. kalau beli beg suka gak beli yang warna senang nak match.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!