selamat hari raya aidilfitri

assalamualaikum

dah masuk lima syawal ye? aku pon dah start kerja ni tapi esok lusa cuti lagi.. hari ahad kembali sunday blues.. begitu la sampai ke sudah.. 😁 disebabkan aku dah masuk kerja jadi peluang untuk update blog secara pukal adalah tinggi.. line internet ok, anak pon duduk dengan pengasuh jadi memang tak akan kacau mommy nak ngadap laptop dah..apa lagi alasan yang aku ada untuk tidak update blog? kehkehkeh.. terpanjang pulak mukadimah..

masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua followers blog picisan aku ni.. maaf zahir batin andai ada terkasar bahasa dan terguris hati.. so macam mana raya di rumah korang? meriah? seronok? raya aku mesti la meriah.. duk rumah ke luar rumah ke tak pernah tak meriah.. 😄 walaupon raya kita tak seperti tahun tahun sebelum ni tapi tu bukan alasan untuk kita tidak memeriahkan suasana hari raya.. cipta la sendiri kemeriahan tu.. yang jauh boleh video call.. yang dekat jangan lupa jaga jarak.. 🤣

nah aku belanja sekeping gambar raya untuk tatapan korang..
tema tahun ni dark blue sebab dah malas nak fikir.. ni pon last minute buat keputusan.. haha.. bukan main pilih tema je pon macam nak buat satu keputusan besar yang boleh mempengaruhi masa depan.. 😆

disebabkan raya kali ni tak boleh nak raya sangat jadi aku ziarah raya keluarga terdekat je.. selebihnya aku bergambar sakan macam nak pecah handphone.. haha.. tapi tak pe la harap tahun depan kita boleh sambut raya dengan lagi meriah.. berkorban sikit tahun ni demi keselamatan kita semua okay.. 😉 sama sama la kita berdoa semoga keadaan akan kembali seperti biasa..

selamat hari raya korang!

bye!
xoxo

8 comments:

  1. salam aidilfitri maaf zahir batin., kipidap stayhome ;p

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya sis:)semoga dalam rahmat Allah selalu..aamin

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya ezy. cantik color tema baju thn ni.
    raya saya pun meriah juga, makan tidur makan tidur. takda pergi mana pun, adik beradik yg dtg ke rumah

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya ezy. Terubat rindu pd makmal ye. Hehe

    ReplyDelete
  5. Selamat menyambut raya dalam suasana PKPB

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!