OOTD mur mur #6 - edisi raya

assalamualaikum

sepatutnya aku kena buat satu entry berkaitan persiapan raya tapi disebabkan aku dah terupdate pasal raya dalam entry lepas jadi aku wujudkan entry ni untuk aku cerita pasal baju raya aku.. dah lama segmen ni tak berjalan ye.. aku ada je beli baju baju baru untuk diOOTDkan tapi gitu la blog pon tak terupdate, segmen ni terkubur kejap 😅

untuk raya pertama :

patotla aku takde job, nak posing pon tak reti.. macam ni boleh? 😁
tudung alhumaira beli kat butik naelofar hijab
baju kurung moden ni beli dengan member sendiri.. harganya dalam RM65 lebih kurang..
channel telegram dia : https://t.me/Bajukasuthandbagmurah
korang kalau berminat nak beli baju macam aku tu boleh join channel telegram dia ok 😊

untuk raya kedua :

OOTD dengan anak.. dia nak enterframe jugak takpe mommy is redha jela.. haha
tudung aku pakai mana ada je yang penting harganya cuma RM10..
baju beli kat shopee je.. ramai cakap baju ni cantik aku bangga jugak la kembang hidung 24jam..
kedai dia kat shopee : https://shopee.com.my/zoearissa
harga baju aku ni RM59 sahaja.. murah je uols.. kalau nak beli jugak boleh la terjah kedai dia ok.. 😄

kebiasaannya tiap tiap tahun aku akan sediakan paling cikai pon lima pasang baju untuk raya.. kenapa banyak sangat? haa sebab baju baju tu semua nanti aku boleh pakai untuk pergi kerja.. kerjaya aku ni memang memerlukan aku berpakaian sopan dan santun seperti baju kurung, baju kebaya dan baju yang seangkatan dengannya.. jadi takde la membazir aku beli baju raya banyak banyak pon.. 😁

untuk tahun ni pon lima pasang jugak.. dua pasang dah tunjuk seperti di atas.. lagi dua pasang baju aku akan tunjuk kat entry lain sebab taknak entry ni panjang sangat nanti korang bosan baca bebelan aku.. dan paling sadis baju lagi sepasang aku beli salah size.. tak muat nak pakai.. aku kena diet lagi baru boleh pakai baju tu.. 😂

oh sebelum terlupa handbag comel tu aku beli kat kedai aksesori biasa je harganya cuma RM65.. walaupon takde jenama yang penting handbag aku comel macam aku! 😆

bye!
xoxo

8 comments:

  1. Selamat Hari Raya Sis..
    Sy nak juga otd tapi tempat nak ootd tak lawa hahaha..

    ReplyDelete
  2. kak ezyyyyyy. hahaha. sorry baru datang. ya Allah dah besar anak. lamanya kita tak contact huwaaa

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya, maaf zahir batin.
    cantiks je baju raya!!

    ReplyDelete
  4. Woah byk bajuncantik Raya ni

    ReplyDelete
  5. lawa lawa bajunya. sesuailah OOTD pun.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!