malaysia memilih dan malaysia masih menunggu

assalamualaikum

memori yang jarang jarang sekali dapat harusla digebangkan di semua platform media sosial.. lima tahun lepas menunggu keputusan pilihanraya sampai ke tengahmalam membawak ke pagi.. tahun ni punya pilihanraya lain macam.. dah masuk hari keempat masih belum tahu siapa yang jadi perdana menteri.. inai di jari pon dah pudar.. sikit hari lagi nak hilang.. malasyia masih menunggu.. 😆 siapa pon yang bakal menjadi perdana menteri, harapnya dapat laksanakan tugas dengan baik dan amanah.. haa gittew mukadimah..

hari mengundi tu, umpama hari raya meriah sangat ke sana ke sini kenderaan bergerak.. pagi gerak balik kampung suami dulu.. suami mengundi di daerah lain, aku mengundi di daerah lain.. nasib baik masih dalam negeri yang sama.. kalau lain lain negeri jenuh jugak tu..

dia dah calit jari, kita belum lagi..

selesai je suami memangkah, gerak ke rumah abah mertua.. konon konon nak rilex santai dulu sebelum balik mengundi kat kampung aku pulak.. sekali abah mertua takde kat rumah.. krik krik jela kami tiga beranak dalam kereta.. kehkehkeh.. lepas tu terus gerak balik jela jawabnya..

lepas zohor suami bawak ke pusat mengundi.. biasanya waktu waktu macam ni barisan dah tak panjang.. so tak perlu nak mengunggu lama demi nak memangkah yang memerlukan masa seminit dua.. aku dapat pusat mengundi kat sekolah aku dulu.. seronok kemain mengimbau kenangan sambil sambil berjalan menuju ke bilik mengundi.. aku dengan kakak aku, yang memang sama pusat mengundi cumanya dia saluran 4 aku saluran 5.. sampai sampai je orang tak ramai, zup zap 10 minit siap..

dah boleh gebang kat semua orang.. "woiiii aku dah calit jari ni! lihatla duniaaaaaaaa~"

lepas tu amek peluang bergambar kat pintu masuk sekolah.. haishhh rindu.. 😊
tingkatan satu sampai tingkatan lima timba ilmu kat sini.. sekarang nama sekolah pon dah tukar..

bukan selalu dapat memori macam ni.. rakam la selagi boleh.. esok esok kalau rindu boleh belek gambar boleh tengok video.. nak tunggu lagi lima tahun lambat lagi.. nanti saluran pon dah tukar maklumla umor makin meningkat.. tapi jiwa tetap muda.. kehkehkeh.. mengundi sudah, menunggu dengan sabar je siapa perdana menteri kita yang ke 10.. doakan yang baik baik untuk malaysia tercinta..

bye!
xoxo

13 comments:

  1. Dan masih lg menunggu ni... hihihi... tahniah sebab dh tunaikan kewajipan kpd negara

    ReplyDelete
  2. kita tengok hari ini apa lah keputusannya ya, harap yang baik-baik saja

    ReplyDelete
  3. seronok kan dapat jejak kaki balik ke sekolah lama sambil mengimbau kenangan hehe

    ReplyDelete
  4. X sabar nak tgu pengumuman, siapa bakal PM malaysia yg baru kan

    ReplyDelete
  5. masih menanti :(
    aduhai Malaysia ku.
    BN umum berkecuali plak.

    ReplyDelete
  6. dari malaysia memilih jadi malaysia menunggu haha ramai betul mengimbau kenangan dekat tempat mengundi.

    ReplyDelete
  7. Semoga Allah gantika takdir yang tidak baik kepada takdir yang lebih baik untuk Malaysia tercinta

    ReplyDelete
  8. selamat sudah mengundi.. hehe tunggu 5 tahun pulak

    ReplyDelete
  9. lama penantian kita tunggu pm baru kan alhamdulillah dh setel

    ReplyDelete
  10. ok skrg dah 06 Dec dan sudah pun ada hehehe

    ReplyDelete
  11. Jenuh menunggu sampai jadi malas.. hahaha..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!