cuti CNY 2020

assalamualaikum

payah jugak nak letak tajuk entry ye.. jenuh taip padam taip padam nak bagi tajuk gempak sikit.. baru la orang tertarik nak baca entry kita.. kalau tajuk pon sendu, aku sendiri pon malas nak klik.. kehkehkeh.. cuti chinese new year aku takde melancong ke mana pon just duk diam diam kat negeri sendiri sambil santai santai dengan family tambah lagi si adik bongsu aku balik kampung jadi meriah sikit nak jalan jalan.. 😁

sabtu pagi tu sempat aku ke KTCC mall kejap biasa la mall baru bukak aku pon sibuk nak memeriahkan majlis jugak.. jakun sikit kan kat terengganu baru nak ada mall.. 😂 takde yang menarik pon sebab banyak lagi kedai dalam tu tak bukak.. aku masuk pacific je tu pon shopping buah sikit.. petang tu bawak adik bongsu aku ke drawbrigde dia sibuk nak bergambar dengan suami dia kat situ.. aku layan jela..

anak anak duk diam diam dalam kereta panas sangat kot, mama dan mommy nak bergambar.. 😄

dah settle sesi bergambar dengan panas ceng ceng tu, kitorang gerak ke pantai tok jembal.. asalnya nak makan celup tepung tapi biasa la orang ramai musim cuti jadi makan je laksa sarang yang boleh tahan glamour jugak tu..

ni la rupa laksa sarang.. sarang tu sebenarnya telur dadar je tapi macam sarang.. haa gitu la lebih kurang.. rasa macam laksa penang biasa je viral sebab sarang tu jela kot.. boleh la kalo korang nak try jugak.. 😁

😍

esoknya pulak kitorang ke kenduri kawen anak kepada sepupu aku sebelah arwah abah.. haa gitu.. gerak ramai ramai ke kenduri kawen baru la meriah.. takde la ramai sangat tiga buah kereta je pon kalau semua adik beradik aku join mau lapan kereta jadinya.. 😆 meriah sangat woo adik beradik ramai tapi tu la nak kumpul semua bukan senang.. kalau yang sulung ada, yang tengah pulak ada komitmen lain.. sampai sudah tak dapat kumpul sekali.. 😅

ni je gambar kat kenduri yang ada tu pon adik bongsu yang amekkan.. boleh la dari takde.. masa ni suami aku hilang dari radar.. 😅 
besar dah anak mommy.. 😍

takde gambar kat pelamin sebab i is segan sikit nak huha huha kat pelamin orang yela sepupu sebelah arwah abah ni aku tak berapa rapat sangat.. 😅 kalau sepupu rapat tak jemput pon aku orang pertama yang nak bergambar kat pelamin.. sejenis gila gambar macam ni la.. 😆 dah siap makan semua gerak ke rumah kakak aku pulak area situ situ jugak.. anak saudara aku sambut birthday.. kalau bab makan ni rugi tolak rezeki.. 😁

birthday girl.. anak saudara lagi tinggi dari mak saudara.. 😑
happy birthday ira! semoga murah rezeki dan diberi kesihatan yang baik.. 😘

nak jugak laki bini ni.. bagi chance la sekali sekala.. ekeke.. anak aku tengah busy main dah tak kisah dah dengan mommy papa dia.. 😏

semalam adik bongsu aku dah gerak balik ke sarang, aku pulak amek peluang balik kejap rumah abah mertua.. sambil sambil tu shopping baju anak, shopping barang sendiri.. nanti aku update lain ok.. macam biasa la aku kalau shopping mesti akan gebang kat blog.. haha..

bye!
xoxo

17 comments:

  1. Teringin nk ke drawbridge tuuuu..

    ReplyDelete
  2. Oh laksa sarang tu drpd telur ya.. baru tahu...

    ReplyDelete
  3. laksa sarang ada kt ganu juga ye..yg femes kt ipoh sana...sedappp...aritu akak p ganu juga tp tk sempat singgah kt area drawbrigde

    ReplyDelete
  4. nampak sedaplah laksa sarang tu... nak try jugakkkk

    ReplyDelete
  5. sanggup dek nk ngambik gambo lawo dalam panas pun layan yek... ramai jugak yang buat kenduri time CNY kan... tapi tulah kalau dapat bukan kat tengah bandar selamat lah...

    tak pernah try lagi laksa sarang tu

    ReplyDelete
  6. Sejak ada drawbridge ni, belum sempat down town KT lagi.

    ReplyDelete
  7. Belum ada rezeki lagi nak ke drawbridge.
    Oh, Ezy...laksa tu nampak mengancam sangat!

    ReplyDelete
  8. first time tgk laksa sarang, menarik presentation dia, telur cam sarang.
    yang bergambar dalam panas tu, hehee..sanggup eh 😁😁

    ReplyDelete
  9. aaa samalah sebenarnya x brkenan sngt nak p gmbr kat atas pelamin orang tu. unlessss kalo betul2 rapat oo bff ke apa ke.. kalo yg yashe2 ni xpela hehe..

    ReplyDelete
  10. Gambar pertama : Biar panas asal bergaya.

    ReplyDelete
  11. Rindu terengganu. Sekarang dah menetap dekat negeri sendiri. Dulu selalu jugak makan laksa sarang. Sekarang hanya tinggal kenangan huhu

    ReplyDelete
  12. Pengisian aktiviti yang best2 ketika cuti.

    ReplyDelete
  13. Tahu takpe, jenuh fikir tajuk letop. Last last letak je mana yg sesuai. Tak pernah makan laksa sarang camtu. nampak sedap

    ReplyDelete
  14. bila tengok drawbridge ttbe rindu ganu plak hahaha

    ReplyDelete
  15. Tak pernah tahu ada laksa sarang nih!
    Menarik jugak nampak sarang tu

    ReplyDelete
  16. tak penah lagimama makan sarang tu

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!