Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

happy birthday si manis mommy!

assalamualaikum

11/11/2017 tepat jam 6.56 pagi, lahirla puteri kesayangan mommy seketul sofia.. ngam ngam lepas subuh dia keluar.. mommy sakit nak beranakkan dia daripada malam bawak ke subuh hening.. kalau nak cerita pasal sakit, haishhh tak tergambar dengan kata kata.. masih terasa sampai sekarang.. 😅

masuk je bulan november, sofia hari hari duk tanya bila birthday dia.. tak sabar gamaknya nak tiup lilin.. jumaat lepas sambut la jugak birthday dia secara kecil kecilan.. sambut tiga beranak kat rumah.. plan asal nak sambut kat pantai, ada belon belon lepas tu picnic sikit tapi apakan daya masuk musim tengkujuh hujan je manjang.. takpe la nak, kat rumah pon boleh tiup lilin.. 😁

pilih kek secret recipe sedap dimakan.. ihiks.. dia request nak kek kartun little pony, tapi mommy tak tau nak cari kat mana, kalau nak tempah siapa la nak layan tempahan last minit.. sudahnya makan jela kek secret recipe ni.. sedap semuanya! anak makan sikit je, mommy makan banyak.. 😂

bertiga 💗
sofia tanya, mommy takde orang datang ke sambut birthday sofia? memang takde sebab mommy tak buat majlis pon.. kehkehkeh.. aduhla anak, doakan mommy murah rezeki ye nanti kita buat birthday party.. 😛

si manis mommy.. 😘
simple celebration for my girl..
harap sofia gembira hendaknya.. 

selamat ulang tahun yang kelima anak solehah mommy, penyejuk hati mommy dan papa.. semoga menjadi manusia yang berguna dan menyenangkan hati semua orang.. semoga berjaya dunia dan akhirat.. mommy love you so much! 😘

p/s : ku busy dua tiga menjak ni.. huhu..

bye!
xoxo

cukup umur 37 tahun

assalamualaikum

lahirnya seorang wanita cantik pada 12 september 1985.. wanita cantik itu ialah seketul ezy, pemilik blog ini.. lahir lahir je dah cantik, syukur alhamdulillah.. 😆 syok betul dapat puji diri sendiri.. nak harapkan dapat pujian dari mulut orang lain, tak tau bila nak dapat.. 😛

disebabkan busy dengan program sekolah selama dua hari, terpaksa la update entry pasal birthday diri sendiri lewat dua hari.. takpe la kan asalkan aku update, korang boleh wish birthday aku beramai ramai.. aku dambakan kasih sayang secubit dua dari korang.. tolong wish okay kat ruangan komen di bawah.. eh tiber.. 😂

gambar cukup umur 37 tahun.. ihiks..

sempena birthday aku hari isnin lepas, dapat suprise dari dak yana dan dak akma.. nanti la kot aku update lain.. lepas tu dapat suprise seketul kek dari suami sendiri.. eee comel suami aku! balik balik kerja hulur kek kat kita.. 😅

seketul kek yang menggembirakan hati kecilku..
nanti nak claim hadiah lain dengan suami.. 😉

ucapan untuk diri sendiri : semoga baik baik je untuk aku di tahun tahun akan datang.. ingat ye ezy, umur sekadar angka.. kehkehkeh.. ayat nak sedapkan hati lagi tiga tahun nak masuk siri empat.. 😅

bye!
xoxo

07/05 - happy birthday suami!

assalamualaikum

kek ni ditaja oleh kakak aku.. ihiks..
sambut sekali dengan adik ipar sebab birthday diorang dekat dekat je pon..

nak dijadikan cerita, hari jumaat lepas ada majlis kahwin anak saudara aku kat rumah kakak aku la.. kat situ semua sanak saudara aku berkumpul, plan jela nak sambut birthday suami dan adik ipar sekali.. tapi disebabkan semua busy, just ambil gambar dan potong kek saja.. yela tuan rumah sibuk melayan tetamu kau rasa siapa nak layan sambut birthday bagai? 😆

ini la dinamakan sambut birthday di majlis kahwin orang..
pasal majlis kahwin ni nanti aku up entry lain.. hee

dah settle potong kek hari jumaat, kitorang tiga beranak sambut lagi birthday suami hari sabtu pulak kat mall je.. makan makan kat kenny rogers lepas tu balik.. makan makan tu pon suami aku belanja.. birthday dia, lepas tu dia pulak kena perabis duit.. boleh gitu? 😂 ala takpe, orang cakap kalau berbelanja untuk anak isteri nanti lagi murah rezeki.. semoga melimpah ruah rezeki buat suamiku.. ihiks..

dua beranak ni banyak happy dapat makan sedap papa belanja.. 😄

DEAR MY HUSBAND, YOU ARE THE ONLY REASON FOR WHOM THIS LIFE IS FULL OF LAUGHTER.. IF I THANK YOU THEN IT WOULD NOT BE ENOUGH, I WANT TO WISH YOU A VERY HAPPY BIRTHDAY  THE KING OF MY HEART.. 💕💕

bye!
xoxo

sekadar throwback : sambut birthday atas air

assalamualaikum

cerita bulan lepas baru berkesempatan nak update.. memula plan nak sambut birthday sofia kat tepi pantai.. kononnya nak berkelah dengan adik aku.. itu hari bila sempadan negeri dah bukak, adik aku amek peluang balik kampung.. dah plan elok elok, sekali dah sampai kat kampung tak jadi pulak.. sudahnya sambut birthday sofia atas houseboat je..

dia nak jadi princess.. bolehla nak.. eee comel!

aku tak bermalam pon atas houseboat ni sebab esoknya suami aku kerja.. pergi pagi, balik petang.. boleh ke macam tu? boleh je kalau houseboat tu abang ipar aku punya.. kehkehkeh.. seronok la sekali sekala dapat berkumpul ramai ramai macam ni.. adik beradik aku lapan orang, dua orang tak dapat join atas sebab sebab tak dapat dielakkan.. tapi takpe, enjoy je!

semangat nak tiup lilin.. haha

menu makan tengahari aku lupa amek gambar, yang penting semuanya sedap sedap.. dah nampak makanan sedap pedulikan pasal diet.. rugi la tak makan.. haha.. lepas siap makan baru la sesi tiup lilin dan potong kek untuk sofia.. lepas tu bergambar dua tiga empat lima enam ratus, lepas tu aku gerak balik.. letih tapi seronok.. kalau dapat bermalam atas houseboat lagi seronok.. tapi apakan daya, demi mencari sesuap nasi aku redha.. 😅

love you anak mommy.. 😘

tahun depan nak sambut birthday sofia kat mana pulak? atas awan? atas pokok? 😆 walaupon birthday dah lepas tetap nak wish, semoga anak mommy menjadi anak yang solehah dan menyenangkan hati semua orang.. 😊

bye!
xoxo

11.11.2021~ sofia turns 4!

assalamualaikum

kebusyan semenjak dua menjak tiga menjak dengan macam macam benda nak kena settlekan.. hal kat tempat kerja, hal kat rumah.. baru sempat nak mengadap blog sekejap.. kononla nak update macam macam kenangan, last last blog terabai.. kehkehkeh.. dasar blogger sembang lebat gajah pon boleh terbang.. 😆

happy birthday princess mommy!
love you so much.. 😘

rasa macam baru beranakkan budak kecik ni, sedar sedar dah masuk empat tahun.. tahun depan nak sekolah dah anak mommy sorang ni.. tiberrr mak dia sebak.. 😅 semoga membesar dengan sihat ye sayang.. dan semoga menjadi anak yang solehah..

banyak benda nak update, kisah sambut birthday sofia atas houseboat pon tak sempat lagi nak update.. insyaAllah nanti dah settlekan semua hal, aku akan rajin update segala entry yang tertangguh.. hehe.. doakan aku tak malas ye! 😆

bye!
xoxo

bunga orkid dan coklat

assalamualaikum

aku fikirkan drama birthday ku disambut tujuh hari tujuh malam dah berakhir tapi dalam diam diam ada sambungan lagi satu episod.. okay ni betol betol janji, ni episod last tapi kalau ada lagi orang nak suprisekan aku silakan! nama pon suprise kita tak jangka berapa episod akan ditayangkan.. haa gitteww.. 😜

tadaa~ dapat suprise daripada seorang sahabat nun jauh di pahang.. 😊

kawan aku ni ada bisnes kecik kecik jual bunga orkid dan dia jugak ada buat suprise delivery macam ni.. tak kisah la COD ataupon by pos.. so aku request kat dia nak by pos sebab nak suprisekan cik hani sempena birthday dia itu hari.. deal punya deal okay jadi! tapi disebabkan dia kena kuarantin ada close contact dengan kawan sekerja dia makanya lambatla sikit cik hani dapat suprise tu..

aku pon tak expect la aku dapat bunga orkid ni sekali! cehsss.. pandai dia suprisekan aku.. aku dapat parcel ni hari sabtu.. tak perasan pulak abang courier hantar pukul berapa bukak pintu rumah je dah tercongok parcel atas tangga.. dengan muka blur aku bukak parcel tu bila nampak pokok orkid dan coklat terus bulat mata.. eceh dah mata sepet ada hati nak bulat bagai.. 😂

sofia menangis nak hadiah jugak, terpaksa la mommy bagi kat dia coklat tu.. 😅

walaupon aku tak suka bunga, tapi orkid ni menawan hati aku betol la.. cantik sangat lahai pandai kawan ni pilih warna.. dia tau je kan aku suka colour macam ala ala pink purple gittew.. 😁

aku kenal dia masa sama sama nak interview untuk kerja pembantu makmal.. sementara nak masuk bilik interview tu sempat beramah mesra dengan dia.. ingatkan sampai situ je kitorang kenal, tapi tak sangka kitorang berjaya dapat kerja lepas tu jumpa kat hotel tanjung vista untuk lapor diri.. makanya terjalin la hubungan persahabatan kitorang sampai sekarang.. walaupon dia kat kuantan aku kat kuala terengganu tapi jarak tak memisahkan kita.. kehkehkeh..

untuk sahabat yang bernama nira (walaupon dia tak baca blog aku tapi lantakla aku nak update jugak 😝), semoga awak sentiasa dimurahkan rezeki dan bisnes awak semakin maju.. terima kasih sudi bersahabat dengan saya yang serba kekurangan ni.. 😘

ada yang berminat dengan orkid kawan aku ni? meh sembang tepi.. nyempat promot.. 😂

bye!
xoxo

happy birthday my mom!

assalamualaikum

agak busy sikit sejak dua menjak tiga menjak ni.. maaf tak sempat nak blogwalk.. semalam ada buat makan makan sikit kat rumah sempena birthday umi.. ikotkan hati aku nak sambut empat beranak je dengan sebijik kek tapi abang aku la siap kirim duit, katanya buat la makan makan sikit untuk birthday umi.. dah ada yang nak sponsor aku on sajeee.. ihiks

pagi semalam sebelum keluar pergi beli kek.. comel sangat lahai anak mommy.. 😘

tugas aku hanya belikan sebijik kek untuk birthday umi.. masak masak pulak aku serahkan kat kakak ipar aku sebab dia terer masak aku terer makan.. menu semalam nasi ayam so delicious! sampingan puding roti anak saudara aku yang buat.. menu tak meriah sangat jemputan pon ada la dua tiga ketul manusia.. 😅

abang aku suruh beli kek secret recipe.. mementang dia tukang sponsor suka hati dia je arah aku gitu gini.. 😝 so aku belikan kek pilihan hati sendiri kek laici rose.. sedap! 😋

sesi potong kek.. selaku tukang beli kek harusla kena ada gambar aku.. 😆

the only one adik umi yang ada.. adik beradik umi yang lain dah takde.. 😢

happy birthday umi.. semoga umi diberi kesihatan yang baik.. dan dimurahkan rezeki selalu.. nanti dapat berkumpul adik beradik umi la orang paling gembira.. sabar ye sikit je lagi boleh rentas negeri.. hehe..

bye!
xoxo

eh eh ada suprise lagi

assalamualaikum

okay janji ni last episod drama birthday ku disambut tujuh hari tujuh malam.. pagi semalam tengah lepak kat meja makan tiba dengar bunyi pin pin pin motosikal abang posmen.. amboii tak reti sabar ke bang? kehkehkeh.. dalam hati duk fikir parcel apa benda la pulak ni bila masa aku order barang.. punya la terkejut dapat parcel sampaikan abang posmen tu tanya aku masih terpinga pinga.. dalam hati mesti abang posmen bermonolog yang bukan bukan pasal aku.. eh tiberrr.. 😝

dapat kotak cantik.. ihiks.. masih lagi tertanya tanya siapa la yang bagi aku hadiah ni..

buka je kotak wahh berseri seri wajah i dapat tudung.. rupanya ni suprise daripada makteam aku.. ehe

tahun lepas dia bagi aku sepasang baju kurung.. ponnnnn buat suprise jugak tiba tiba dapat parcel.. tahun ni dia bagi tudung kekaboo pulak dua helai.. Ya Allah.. beruntungnya aku dikelilingi sahabat yang baik baik.. pinjam bahu jap nak nangis terharu..

kitorang kenal kat instagram je.. asalnya follow memollow atas sebab kitorang sama sama pembantu makmal.. lepas tu dia start jual hasnuri.. aku pon jadi regular customer dia.. tak lama lepas tu dia tarik aku jadi dropship bawah dia.. makanya terjalin la sebuah ikatan persahabatan di alam maya.. 😄 kitorang tak pernah bersua muka lagi walaupon bertugas di daerah yang sama dan duduk di negeri yang sama.. 😅

thank you so much my makteam yang sangat comel! comel sangat awak ni buat suprise kat kita.. kehkehkeh.. semoga makteam sentiasa dimurahkan rezeki.. aamiin.. 💗

bye!
xoxo

oh supriseeeee~!!

assalamualaikum

siapa je tak gembira kalau dapat suprise nak nak lagi daripada yang tersayang.. terasa diri ini amat dihargai.. aku terima dua kali kejutan daripada bestfriends aku.. pertama terkejut dapat itik.. kedua terkejut dapat brownies tower dan bouquet coklat.. maunya tak terharu.. syukur alhamdulillah dikelilingi orang yang baik baik.. 💗

thanks loma dan liana (baca : akma dan yana) 😘

first time dapat hadiah itik colour purple sis agak jakun ye.. ihiks.. sengih sampai ke malam

diorang plan nak bagi kejutan kat aku pada hari kejadian iaitu masa birthday aku la.. akma siap request kat j&t kononnya hantar parcel itik ni hari ahad (12/9/2021) tapi si abang j&t tu hantar hari jumaat (10/9/2021).. kemungkinan la abang j&t tak perasaan ada nota kat parcel.. jadinya aku terkejut awal sebelum hari kejadian.. dan diorang pon terkejut aku dah dapat hadiah birthday.. 😆

***

pada hari birthday aku tu (12/9/2021) ada sorang kakak ni call aku bagitau nak hantar barang.. aku pulak duk ingat barang dari shopee.. sempat je shopping kat shopee.. 😆 dalam pada duk fikir barang shopee tu tak sangka pulak kakak tu hantar hadiah birthday.. paling tak expected suprise ni daripada budak berdua tu sebab diorang dah bagi itik.. 😅

pandai la budak bertuah tu berpura pura tak tahu padahal masa aku duk berwhatsapp dengan kakak suprise tu aku duk berwhatsapp jugak dengan diorang.. cehs! menjadi la diorang kenakan aku ye! 😄

wakilkan kat sofia je masuk frame sebab mommy tak menepati syarat syarat nak masuk sekali dalam gambar.. kehkeh
sofia pon menyengih duk kata dia punya.. tu mommy punya okayyy jangan mengada! 😝

itu hari ada gurau gurau dengan yana suruh dia buatkan brownies tower untuk aku.. sekali bebetul dapat tapi dia tempah la tak sempat katanya nak buat sendiri.. ni pon dah cukup terharu.. sobs..

GOOD FRIENDS ARE HARD TO FIND,
HARDER TO LEAVE,
AND IMPOSIBBLE TO FORGET.. 💗

bye!
xoxo

belon dan coklat

assalamualaikum

walaupon pre-birthday dah dapat hadiah tapi semalam aku tetap mintak hadiah kat suami.. atleast belikan aku bouquet coklat ada belon pon dah okay.. mengada kan? biarla setahun sekali je pon mintak diraikan.. kehkeh.. aku tak dapat jawapan yang pasti dari suami aku.. dia beli ke tidak ke malas nak fikir.. dah la semalam dia kerja.. sabar jela aku mereput kat rumah di hari lahir sendiri.. 😅

mereput kat rumah pon dapat kejutan jugak dari BFF.. entah la dua kali terkejut aku, akma dengan yana punya kerja.. nanti aku update kat entry lain.. sekarang nak cerita pasal hadiah dari suami dulu.. ihiks.. petang semalam suami call cakap nak balik amek kereta.. aku tertanya tanya jugak nak buat apa dengan kereta.. dia pergi kerja selama ni pon naik motor aje.. rupanya nak bawak balik hadiah untuk aku.. kembang setaman la hati ni.. 😆

yippy! dapat jugak belon dan coklat.. si pony tu sah sah untuk anak..

balik kerja suami aku kelek benda alah ni.. walaupon tak suprise sebab dia nak bagitau awal masa amek kereta tu tapi aku tak kisah.. tetap happy.. sengih sampai ke saat entry ni ditaip.. ye ye aku memang macam ni.. mengada sikit.. 😝

thank you encik suami.. walaupon takde ucapan yang sweet sweet, ni pon dah cukup gembirakan hati isterimu.. 😚

suami aku memang tak romantik orangnya tapi dia tetap usaha tunaikan segala permintaan isterinya selagi dia mampu.. kalau mintak dia belikan rumah sebijik bayar cash memang takde la dia layan.. agak agak la nak mintak hadiah pon.. haha..

berbaloi jugak seharian mereput kat rumah semalam dapat suprise dari BFF dan jugak hadiah ni dari suami.. ihiks.. jangan marah ye dua tiga hari ni asyik update pasal birthday je.. setahun sekali je kawan kawan.. raikan diri sendiri.. 😅

bye!
xoxo

officially 36 years old

assalamualaikum


***

it's my birtday today.. another year added to my life and i wish it would be a great and memorable year to me.. 💗💗

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!

p/s : 36 tu sekadar angka.. i maintain muda okayy.. kahkah

bye!
xoxo

sambut birthday secara menumpang di majlis orang

assalamualaikum

anak saudara aku ada jemput ke rumah dia hari ni sempena birthday anak sulong dia dan jugak nak meraikan anniversary dia.. memandangkan birthday aku dan umi di bulan september yang indah ni jugak, apa kata kitorang join sambut sekali.. haa senang kerja sis.. sekali harung je kan lagi pon sekadar suka suka.. celebrate kecik kecik anak beranak je pon.. 😄

kek ni sedap tapi muak.. 😁

singgah kat kedai harolds dalam mydin mall je sebelum gerak ke rumah kakak aku.. tak banyak pilihan kek kat kedai ni.. nampak oreo cheese cake paling sedap beli jela.. yang ni size kecik tujuh inci kot, harganya RM55..

sampai sampai je terus bergambar.. 😅
pakat pakat pakai baju hasnuri yang i jual.. thank you korang sudi support i.. kehkeh

menu majlis tadi :
nasi goreng
ayam goreng spicy
keropok
kek
kuih muih
air sunquick

majlis yang simple je cukupla untuk meraikan anak beranak yang dah lama tak bersua muka ni.. alhamdulillah kenyang perot sis membantai nasi goreng yang sangat sedap dan jugak kuih muih yang mabeles.. 😅

family potrait 😍
sofia nak main tapi mommy ajak bergambar.. stress muka budak tu.. 😆

tak berapa nak senyum tapi sempat buat peace.. 😅

siap siap makan lepas tu gerak balik.. tak lama pon kat rumah kakak aku.. nampak langit dah gelap sangat macam nak hujan.. itu yang cepat cepat nak balik risau ribut ke hape tengah jalan.. alhamdulillah hujan je lebat takde ribut bagai.. selamat sampai rumah..

lepas tu kan sampai sampai je kat rumah ada nampak parcel atas tangga.. aku fikirkan tu parcel dari hasnuri sebab ada order baju semalam.. rupanya suprise dari BFFs.. hadoiii! terharu sis sampai berair mata.. nanti aku update lain pasal tu.. ehe..

bye!
xoxo

hadiah pre-birthday

assalamualaikum

bulan september ni bulan favourite aku sebab ni bulan kelahiran aku.. aku suka mintak hadiah macam macam kat suami.. dalam banyak banyak yang aku mintak tu ada la satu dia layan.. haha.. tapi takpe asalkan aku dapat hadiah.. nak dijadikan cerita aku mintak minyak wangi, dia pon order la.. ingatkan order sebotol je sekali dapat dua botol.. kalau macam ni nak mintak sokmo sokmo la.. 😆

favourite aku minyak wangi de'xandra aje.. 😁
dua dua ni memang wangiii! sis suka.. thank you encik suami.. semoga murah rezeki.. lain kali belanja lagi.. kihkih

ni baru hadiah pre-birthday okayyy.. agak agak nanti hadiah birthday nak mintak apa benda pulak ye? jam dah pernah bagi tapi jam aku rosak dah.. dasarr.. 😂 mintak duit jela senang kan lepas tu beli sendiri hadiah yang aku nak.. lagi seronok macam tu.. 😆

bye!
xoxo

happy birthday umi! 💗

assalamualaikum

23/9 adalah hari umi dilahirkan.. balik kerja semalam singgah beli kek lepas tu celebrate simple simple je sebab faham faham jela golongan veteran bukan macam kita kalau birthday je terkinja kinja nak celebrate.. haa aku la tu.. 😆 sambut awal sehari sebab semalam suami aku tak kerja dan hari ni dia kerja sampai malam.. seronok la sikit suami aku ada sekali kan..

kek ni umi suka makan sebab tak manis sangat.. kek gebu dan rasa memang sedap! 😋

budak ni paling teruja kalau pasal kek.. tapi makan kek sikit.. lebihnya nak potong nak tiup lilin.. 😅
tunggu birthday awak bulan 11 nanti ye sayang..

tengah fikir nak bagi hadiah apa kat umi ni ye.. hari tu umi ada sebut dia nak periuk yang non stick tu.. sebab kuali non stick dah ada.. nanti aku nak survey survey dulu.. elok la esok dah gaji boleh cari periuk untuk umi.. haha..

happy birthday umi! semoga umi diberi kesihatan yang baik.. sayang umi ketat ketat.. 😘

bye!
xoxo

kejutan demi kejutan

assalamualaikum

hai korang~ terima kasih atas ucapan dan doa kalian semua di entry yang lepas.. mintak maaf dan mintak ampun kalau aku tak singgah kat blog korang.. nanti aku slow slow blogwalk okay.. tak habis lagi story pasal birthday ni.. so aku sambung kat entry ni pulak.. harap korang tak jemu.. hikhikhik

kejutan pertama dari bffs~

diorang suprisekan aku awal dua hari sebelum birthday aku.. dak akma call ajak minum kat kedai.. dia cakap kebetulan ada kerja kat situ so ajak la aku minum minum sambil borak kat kedai tu.. aku tak terfikir pulak ni plan diorang.. bukan main lagi selfie nak jeleskan bebudak lain kononnya aku lepak dengan akma.. sekali diorang datang suprisekan aku.. hampeh.. 😂

nama glamour i mekhil.. 😌

thank you uols.. 💗😘

kejutan kedua dari suami~

sebelum birthday aku tu dah dapat kek.. suami bagi kek awal sebab esoknya dia kerja sampai malam.. takde nya adegan tiup lilin potong kek walaupon kek sepotong je kalau dia dah balik kerja lewat malam.. aku ok je asalkan dapat kek dan dapat hadiah.. hadiah dapat ngam ngam hari sabtu.. aku mintak dia belikan baju kurung hasnuri je.. hadiah tak perlu mahal mahal asalkan dapat happykan aku cukup la.. 😊

tapiiiiii tak sangka pulak aku bangun tidur nak mandi pagi ahad tu tengok tengok ada novel sebijik atas meja.. siap ada kad ucapan lagi.. memang terkejut betol aku.. amboiiii dah pandai suprisekan isteri ye sekarang? 😂 novel tu memang dah lama aku nak tapi dia asyik cakap novel tu abis stock.. kecewa je.. rupanya dia dah simpan lama tapi nak suprisekan aku.. terharu jugak.. hihikkk.. love you la encik suami.. 😘

kejutan terakhir dari kakak makmal

dapat bouquet coklat.. happynyaaaaa~ 😍

kakak makmal ni memang selalu buat bouquet coklat kalau ada cikgu cikgu tempah.. aku saja je gurau gurau mintak satu sempena birthday aku.. tak sangka pulak dapat betol betol.. bukan main lagi suruh aku pergi kat kereta dia amek barang.. rupanya ni la barangnya! 😆

walaupon aku masih baru lagi kat sekolah ni tapi memang betol betol tak sangka dapat suprise macam ni.. nampak simple je kan tapi betol betol buat aku happy.. terima kasih kakak comel.. 😘

mahal ke murah tu bukan ukuran.. yang penting orang sekeliling tahu nak hargai kita.. dan aku memang cukup cukup terharu kalau dapat suprise macam ni.. tak perlu mewah.. tak perlu berhabis duit banyak.. dapat coklat seketul pon dah cukup buat aku happy.. 😆

bye!
xoxo

officially 35 years old

assalamualaikum

dua tiga entry ni asyik cerita pasal birthday je kan? nanti aku update story lain yang banyak sangat tertunggak.. bagi aku bertenang kejap.. eh macam orang kisah sangat.. 😂 12 september 2020 genap la umur aku 35 tahun.. sis dah tua uols tapi jiwa tetap muda.. haa gittew..

thank you encik suami hadiahkan sepotong kek lychee rose untuk isteri beliau ni..
sedap jugak kek ni.. 😋

thank you jugak encik suami sebab sudi layan isteri beliau berootd di kala matahari terpacak di atas kepala..
saja la letak gambar ni sebab nampak comel.. 😆

aku ni asyik suprisekan orang je, sekali aku kena suprise hari khamis itu hari.. cerita ni nanti aku update lain supaya entry tak panjang melampau..

happy birthday to me~ doakan aku diberi kesihatan yang baik dan sentiasa murah rezeki ye.. hihikkkk

bye!
xoxo

suprise birthday untuk geng rapat

assalamualaikum

aku memang suka happykan kawan kawan aku.. bila kawan kawan aku happy aku pon rasa bahagia.. cara paling mudah nak happykan kawan kawan ni dengan suprisekan diorang masa birthday diorang.. tapi untuk geng rapat aku jela.. yang tak rapat tu tak tau la.. happyla korang dengan cara tersendiri.. 😂

1. suprise untuk dak sima

memperkenalkan inilah dak sima.. haha.. tiberrr.. dia ni geng pembantu makmal aku jugak.. sekali posting dengan aku masa kat SMKP.. ada beberapa kejadian yang tak dapat aku nak ceritakan kat sini, kitorang jadi rapat.. tapi tak lama lepas tu aku dapat tukar.. 😅

birthday dia bulan 6 itu hari tapi saja la kan nak suprisekan dia di bulan 7.. hari last aku berkhidmat kat SMKP.. barula orang kata ada kenangan terindah gitu.. haha.. pagi hari aku kejutkan dia dengan kek dan coklat.. dia boleh tanya apeni apeni.. birthday sape ni.. haaa tau terkejut.. 😂 alhamdulillah dia happy walaupon simple je.. dan aku pon happy! harap persahabatan kita kekal sampai bila bila ok? i love you 😘

2. suprise untuk dak mira dan kakya

untuk suprisekan dua orang budak ni bukan senang.. macam macam dah aku fikir cara nak sambut birthday diorang.. disebabkan birthday diorang tarikhnya dekat dekat so aku, yana dan akma plan nak suprisekan diorang sekali jela senang.. memandangkan aku dah tukar sekolah, jadi agak susah la nak plan betul betul.. tapi alhamdulillah yang tersuprise ialah kakya.. aku tengok mira biasa je tak tau la dia terkejut ke tak.. 😆

sedap kek ni.. 😋

hari kejadian tu, aku pecut ke SMKP la kejap masa rehat tu.. nasib baik la sekolah baru dengan sekolah lama tak jauh sangat.. adalah dalam 20minit je perjalanan.. so kitorang makan makan je kat pondok berhampiran kantin sekolah.. nak lepak lama lama tak dapat sebab aku kejar masa nak masuk kerja balik.. dapat spend time kejap dengan geng rapat ni pon buat aku happy dah.. insyaAllah lain kali kita lepak lepak lagi ok.. 😘



nak jugak bergambar kat sini walaupon tengah panas.. 😂

geng laki 3 orang takde dalam gambar.. biasalah orang laki payah sikit nak ajak bergambar kalau ajak makan laju jela diorang.. haha.. kalau tahun lepas konsepnya siapa punya birthday dia kena belanja tapi untuk tahun ni tukar konsep.. masing masing dah tersuprise.. tema kek dan coklat je.. unik tak geng kitorang? tak dibuat orang lagi ni.. yang lagi best tahun ni bertambah sorang ahli.. makin meriah.. 😆

walaupon aku dah pindah sekolah, harap hubungan kita kekal rapat camni ok.. aku taknak hubungan kita lenyap macam tu je.. aku sayang korang semua.. 💗

bye!
xoxo

suprise birthday untuk yana

assalamualaikum

hai korang.. masih ingatkah siapa saya? ye saya la blogger yang sekejap tenggelam sekejap timbul.. kehkehkeh.. sibuk dengan pelbagai urusan duniawi.. sampai terlupa sekejap hal blogging.. 😆

hari ni birthday bff i iaitu si yana.. so dah plan untuk suprisekan dia dari minggu lepas lagi dah.. agak mencabar sebenarnya nak suprisekan dia, first sekali takot terkantoi.. lagi satu si yana ni sejenis yang susah sikit nak tengok fon, kalau call dia memang payah nak berjawab.. jadi kitorang call siapa siapa je yang ada di bilik guru untuk bagitau dia suruh turun tengok tengokkan kereta dia.. nasib baik dia turun jugak tapi hampir kantoi sebab ada cikgu bagitau nak kek.. nasib baik lagi jugak dia tak perasan sangat.. 😂

bila dia dah turun tengok kereta tu, aku dengan si akma berlari lari pergi amek kek dan jugak bouquet coklat.. kat dataran perhimpunan tu jugak si yana kena kejutan dari kitorang.. haha.. hampir menangis jugak budak tu kami kerjakan.. 😆 alhamdulillah.. menjadi plan kitorang..

birthday girl sis liana gojes.. 😘

we love you yana 💗
jangan sedih sedih ok i nak pindah sekolah ni.. haha
lagi sorang bff tukang amek gambar.. 😆

aku gubah khas untuk yana.. walaupon agak kucar kacir hasil tangan aku tapi ok jela.. haha.. spesel untuk bff gituuu~

untuk yana, selamat hari lahir.. semoga diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki.. aminnnn.. walaupon i duk sekolah lain nanti harap hubungan kita kekal selamanya ok.. 😘

bye!
xoxo

celebrate birthday yang tertangguh sebab PKP

assalamualaikum

dah plan lama dengan yana nak suprisekan akma masa birthday dia.. tapi sebab PKP tak dapat nak buat, kitorang just ucap kat group whatsapp je.. minggu lepas datang idea nak buat jugak suprise untuk akma walaupon birthday dia dah lama berlalu.. so aku plan dengan yana hari first sekolah nak suprisekan akma.. alhamdulillah plan kitorang menjadi, terkejut jugak budak tu tetiba dapat coklat dan kek.. blur je muka dia, yela birthday dia dah lepas tak sangka dapat jugak hadiah.. haha

sedap kek ni! pakat makan ramai ramai kejap je habis.. 😆

yana tolong settlekan kek, aku pulak buat bouquet chocolate.. gigih sangat okay gubah sendiri walaupon aku ni tak berbakat untuk acara gubah menggubah.. kengkonon sweet sangat buat sendiri special untuk BFF.. haa gitteww~

ni hasilnya~ boleh la kan.. huhu.. riben tu mintak kat cikgu PSS sebab aku lupa nak beli riben.. 😅

happy belated birthday akma.. 😘

kami 😊
aku pakai baju baru mur mur je.. nanti aku update pasal baju tu ok.. hee

simple je celebrate birthday akma.. yang plan semua ni aku dengan yana je yang lain memang tak tahu pape.. jadi takde persiapan tempat bagai la.. bukan akma je tersuprise, orang lain pon tersuprise sekali.. kehkehkeh.. BFF happy aku pon happy.. alhamdulillah..

bulan tujuh birthday si yana pulak aku kena fikir dari sekarang nak suprisekan dia.. kena bijak mengatur rancangan.. kalau tak nanti suprise tak jadi.. 😆

bye!
xoxo