Showing posts with label farewell. Show all posts
Showing posts with label farewell. Show all posts

farewell akma

assalamualaikum

tau akma dapat tukar masa dia tengah buat umrah.. sedih memang sedih walaupon kitorang bukan lagi satu sekolah tapi happy jugak untuk dia.. sebab takde la dia terpaksa berulang alik jauh dari sekolah ke rumah.. kalau dulu dapat jugak jumpa sesekali, kitorang masih satu daerah.. tapi sekarang dah payah nak jumpa.. akma dah masuk daerah lain..

bila dapat tau je berita pertukaran akma, kitorang seramai tujuh orang berpakat nak bagi hadiah kat dia.. aku tolong orderkan.. kebetulan pulak itu hari dia ada majlis dekat sutra beach resort, jadinya berdesup la aku ke sana semata mata nak serahkan hadiah kat dia.. gigih kan? ihiks.. yela kalau tak bagi hari tu, agak agak bila lagi nak bagi? lambertttt lagi nak jumpa..

angkut anak sekali.. umi pon aku angkut sekali ada tunggu dalam kereta..😄
selamat bertugas di tempat baru bff.. 😘

nak dijadikan rezeki, tengah duk berborak dengan akma ada la cikgu ni datang.. dia kelek hadiah banyak banyak.. si akma ni duk membodek nak periuk.. sekali cikgu tu bagi kuali kat aku jugak.. tak pasal pasal dapat hadiah kat majlis orang.. haha.. majlis tu sebenarnya majlis perpisahan untuk cikgu cikgu dan staff yang dapat tukar.. aku tak boleh la nak join sebab majlis tu bukan sekolah aku punya.. 😅

untuk akma, (walaupon dia tak baca pon blog aku 😝) selamat maju jaya, semoga bahagia di tempat baru.. walaupon kita jarang sekali dapat bersua muka lepas ni, tapi kita tetap boleh bergosip dalam whatsapp group.. haha.. jangan lupakan i kat sini ye.. love u bff!

bye!
xoxo 

virtual farewell ceremony

assalamualaikum

tajuk dalam bahasa inggeris baru nampak gempak sikit kan.. kalau orang tengok pon macam bagus budak ni walhal biasa biasa je minah kampung baru nak up.. 😆 lama tak story pasal geng gg aku ni kan.. kurang beraktiviti dengan geng sekarang ni macam mana nak story.. salah sorang geng kami dapat tukar masa bulan julai itu hari.. disebabkan kesibukan masing masing jadinya malam tadi baru dapat buat majlis untuk dia yang tukar tu..

kemain siap banner lagi.. kau hado? majlis untuk kita kita je pon tapi alang alang buat biar padu.. 😅

alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupon sorang ahli tak dapat nak join.. kecewa sikit tapi takpe kita faham je.. aku dan dak akma yang plan majlis ni memula rasa tak yakin diorang semua akan join.. kitorang redah jela buat dulu kalau takde yang join redha je.. tapi tak sangka semua bagi komitmen walaupon bukan majlis rasmi.. boleh tak nak menangis sebab terharu? sobs..

aturcara majlis :
ucapan alu aluan dak akma
ucapan yang diraikan
ucapan semua ahli (last sekali dak akma tak dapat bagi ucapan sebab dia dah sebak 😅)
tayangan video
sesi bergambar

masa tayangan video tu memang rasa sebak je.. yela banyak kenangan kot antara kitorang ni.. lepas ni memang susah dah nak jumpa, nak lepak lepak.. walaupon majlis simple dan santai tapi percayala sangat memberi kesan kat kitorang semua..

tak dapat bersua muka tapi boleh berjumpa di alam maya.. haa gittew 😄
thank you semua.. korang memang sporting!

hadiah perpisahan.. pakat pakat duit, dak akma yang tolong settlekan..
hadiah ni kitorang serahkan kat geng laki untuk sampaikan..

geng aku ni sebenarnya geng tempat kerja kat sekolah dulu.. sekolah baru takde geng pon.. haha.. walaupon aku dah tukar tempat kerja, kitorang still lagi berhubung.. aku harap hubungan persahabatan kitorang ni kekal sampai bila bila.. susah nak cari geng yang faham kita, yang satu kepala dengan kita.. ibaratnya kitorang ni saling melengkapi.. masing masing ada kelebihan dan ada kekurangan.. 😊

sesi bergambar 😅

bye!
xoxo

farewell ceremony

 assalamualaikum

diorang raikan aku sempena pertukaran aku ke sekolah baru empat hari berturut turut.. fuhh terharu mujur tak mengalirkan airmata je.. hehe.. rasa sebak jugak la sebab rupanya ramai yang sayang aku.. tak kurang jugak ada sorang dua yang dengki tu kita abaikan toxic people.. tak mendatangkan keuntungan untuk kita pon.. 😆

26/7/2020 (AHAD) - POTLUCK KECIK KECIK KAT PPKI

aku nak story pon ingat ingat lupa je ni, tapi sis cuba okay.. kitorang pakat buat potluck kecik kecik je tapi meriah jugak dengan makanan.. alhamdulillah.. majlis berjalan lancar walaupon simple je.. sesi bergambar tak payah cakap la, kalau guna kodak rasanya dah sepuluh kali tukar kodak dah.. haha

dapat kek dari akma.. 😊

thanks geng PPKI untuk majlis potluck dan hadiah ni.. 💗

27/7/2020 (ISNIN) - OUTING WITH GENG GG

pagi tu aku pergi lapor diri dulu kat sekolah baru, petang tu kitorang geng gg keluar lepak kat kedai makan mr.celup tepung station.. dah lama sebenarnya geng gg ni tak lepak sebab PKP dan jugak kekangan masa.. so amek peluang ni borak lama lama sambil makan sampai kenyang.. 😆

sayang korang ketat ketat 😘

kami geng gg 😁
bukan senang nak amek gambar cukup semua ahli ni.. jarang jarang sekali terjadi.. haha

28/7/2020 (SELASA) - POTLUCK SEKOLAH & MAJLIS PERPISAHAN

dah jadi adat dan kebiasaan kat sekolah kalau ada cikgu ataupon staff yang bertukar akan buat jamuan potluck dan majlis perpisahan untuk yang dapat tukar.. aku pon diorang raikan jugak.. yela ramai orang sayang kan? tiberrr.. 😂

ni je gambar yang ada.. boleh la kan? tengah sibuk makan tak sempat nak bergambar.. 😆

29/7/2020 (RABU) - MAKAN MAKAN ODEN KAT PPKI (LAST DAY AT SMKP)

sebab dah hari last kan diorang cakap jom la makan oden.. aku on je.. hari hari terakhir kat SMKP aku malas nak buat kerja dah.. excited kononnya nak ke sekolah baru.. tapi dalam hati sedih jugak nak tinggalkan  kawan kawan baik.. huuu

rindu korang wehhhhh~ 😭

sayang korang semua 😘

bye korang.. hihik~

gambar ada banyak sangat tapi tak termampu aku nak letak dalam blog ni semua nanti entry jadi panjang meleret tak best pulak kan.. kalau rasa nak tengok gambar gambar aku yang comel jemput la follow IG aku : ezy.fia ok nyempat je promot.. kahkahkah

jutaan terima kasih buat semua yang sudi meraikan aku walaupon aku ni insan biasa yang tak punya apa apa.. kehkehkeh.. tak terbalas jasa dan kebaikan korang semua.. ada jodoh kita jumpa lagi.. buat geng gg dan dak sima~ harap persahabatan kita kekal selamanya.. 💗

bye!
xoxo

jamuan perpisahan

assalamualaikum

semalam ada sikit jamuan perpisahan kat bilik guru untuk raikan cikgu cikgu yang dapat tukar.. dan aku masih mereput di sekolah ni tak tau la bila pulak giliran aku nak tukar.. 😭 *tiberrr nak sedih.. ok berbalik kepada jamuan tadi, maka rosakla diet aku untuk semalam.. hari ni pon diet akan rosak jugak sebab ada lagi jamuan.. yang hari ni punya majlis nanti aku update lain..

ni la cikgu cikgu yang dapat tukar tu.. kak wan dan jugak nor.. yang si yana tu sibuk jugak nak menyelit pantang nampak camera.. 😆
ada sebab kukuh kenapa diorang dapat tukar.. alhamdulillah rezeki mereka.. 😊

acah acah big hug~
dan macam biasa aku, yana dan akma memang giler bergambar.. mana mana ada je muka kitorang.. 😂

selamat maju jaya dan selamat bertugas di tempat baru buat kak wan dan jugak nor.. sedih la lepas ni tak boleh nak menggedik dah dengan diorang.. diorang tak gedik aku je yang gedik.. kikiki.. semoga kalian bahagia di sekolah baru.. jangan lupakan aku di sini.. 😢 *beriya bagi ucapan takde nya diorang baca blog picisan aku ni.. haha

gambar makanan lupa amek sebab sibuk nak makan lepas tu sibuk nak bergambar.. menu semalam nasi putih, gulai kuning ikan tongkol, sambal belacan, pengat ubi, pengat durian, kuih muih dan macam macam lagi la.. tapi aku makan sikit je sebab masih sedar diri yang aku ni tengah berusaha untuk nipiskan badan.. 😆

bye!
xoxo