Showing posts with label mengopi. Show all posts
Showing posts with label mengopi. Show all posts

santai santai di J.CO Donut & Coffee

assalamualaikum

semalam lepas ambil sofia kat tuisyen terus ke KTCC mall sebab ada sedikit urusan kat situ.. dah settle segala urusan perut pon memanggil manggil mintak diisi tapi taknak makan berat berat sebab balik rumah baru nak makan nasi.. so makan jela donut dulu sambil mengopi.. ihiks..

dua ketul donut buat raso raso

aku suka gila donut kat jco ni tau sebab tak manis sangat dan gebu gebas.. makan sebijik tak cukup tapi mengenangkan diri ni tak kurus kurus cukup la sekadar makan setengah je.. yang pink tu macam biasa la kepunyaan princess.. anak aku kan semua benda nak pink.. bukan ke tu perangai aku? kehkehkeh.. macam tengok diri sendiri.. kfine!

sampingan seketul croissant.. ihiks

alang alang tu order sekali butter croissant pon buat raso raso.. sedap betul nikmat dunia.. πŸ˜† order air lemon tea untuk si sofia, latte pulak untuk suami kongsi dengan aku.. melepak je tiga beranak kat situ sambil perhati orang lalu lalang.. dah settle makan kitorang gerak balik..

dulu aku tau dunkin donut dan big apple je.. tapi sejak sejak bff aku perkenalkan jco ni terus tak pandang lain dah.. kemain kau ye ezy.. haha.. tapi serius jco ni paling sedap!

bye!
xoxo

cafe hunting!

assalamualaikum

kadang kadang apply cuti bukan nak pergi mana sangat, lebih kepada nak berehat dan santai santai dengan family.. amek peluang hari cuti untuk settlekan beberapa perkara lepas tu ajak suami dan anak lepak cafe.. reward diri dengan makan sedap sedap.. sesekali takpe macam ni kalau hari hari botak jugak kepala.. haha

pilihan kami untuk itu hari, pastelmonomy! erk sebenarnya pilihan aku, suami layankan je.. kehkehkeh

kebetulan tengah scroll tiktok lalu pulak video cafe ni kat FYP aku lepas tu nampak sedap je apa kata kita try jela kan alang alang dah tengok.. ihiks.. terima kasih encik suami sentiasa memenuhi kehendak isterimu ini walaupon aku bersungut itu dan ini.. biasala perempuan bab makan je pon nak cari gaduh.. πŸ˜‚

sementara tengah que nak mengoder tu kan boleh la cuci mata tengok segala mak nenek pastry ni.. πŸ˜‹

dan sini jugak.. πŸ˜‹

aiskrim matcha chibana.. chibana ni owner dia isaac osman tau.. masa khairul aming datang sini idokla kami rajin nak beratur.. ramai sangat umat manusia weh..

anak aku merengek nak aiskrim, tapi dia tak pernah rasa pon aiskrim matcha tapi nak jugak.. faham tak perangai budak budak ni kan kalau nampak aiskrim laju je mintak.. so bapaknya belikan untuk dia tapi tu la rasa sikit lepas tu taknak.. siapa kena habiskan? mestila maknya, bapaknya rasa sikit lepas tu taknak😏 aku sendiri pon tak mampu nak habiskan sebab tak kena dengan tekak.. aku bukan penggemar matcha.. ihiks..

so inilah lunch kitorang..
sweet potato fries, spageti carbonara chicken, salted egg chicken with rice
teh O ais limau, latte ais

ikut tekak aku semua sedap dan boleh repeat lagi insyaAllah.. banyak lagi menu lain yang ada.. pastry dan kek tu pon aku tak rasa lagi.. ni alasan kukuh untuk pergi lagi bulan depan kan? kehkehkeh.. alhamdulillah untuk rezeki yang Allah SWT bagi.. dapat hadiahkan diri sendiri dengan makanan sedap.. ni pon dah cukup membahagiakan.. 😊

tak lupa jugak untuk mencuba makanan viral ni.. soft cookies cicah susu!
pernah je makan soft cookies tapi tak tau pulak lagi sedap kalau cicah susu ais.. korang wajib try okay! haha

bye!
xoxo

sekadar throwback : movie time!

assalamualaikum

si sofia duk berzikir kat telinga mommy nak tengok movie mechamato.. kesian jugak kat anak aku ni, sepanjang hidup lima tahun tak pernah lagi dia masuk panggung dengan mak bapak kandung sendiri.. sebelum ni dia pernah masuk panggung dengan pengasuh dia.. ihiks.. demi anak dara seketul ni mommy tunaikan permintaan dia.. happy la budak tu tapi sebenarnya mommy lagi excited sebab dah lama tak tengok wayang oi! πŸ˜†

17 Disember 2022, hampir sebulan yang lalu baru nak update.. maafkan saya.. πŸ˜…

gigih tiga beranak ni keluar awal dari rumah di hujung minggu kononnya nak dapatkan tiket awal sekali dah penuh.. tiket untuk pukul 11.45am ada jenuh nak melangut sebab dapat seat depan.. mahu habis movie tengkuk sakit.. kehkehkeh.. so kita amek la yang tengahari pukul 1.25pm.. kebetulan masa tu si robot mechamato ni ada mungkin diorang tengah buat sesi jumpa peminat.. suruh si sofia bergambar, dia tak nak.. katanya takut.. amenda la budak ni takut tak bertempat.. πŸ˜†

sudahnya bapak ko jela bergambar tu pon dari jauh.. masa ni mechamato dah bergerak nak balik.. ke nak masuk pangggung? entahla..

sementara nak tunggu waktu tayangan tu, kitorang pusing pusing mall dulu.. lepas tu masuk kedai buku SMO, lepak jela kat situ sambil sambil sofia main kat dalam tu.. nasib baik dalam kedai ada tempat kanak kanak main.. kalau tak mahu mati kutu nak tunggu pukul 1.25pm.. πŸ˜…

tanda hadir

movie ni memang best! part kelakar tu anak aku gelak kuat.. aduhla malu mommy, satu panggung dengar suara dia gelak.. kehkehkeh.. sejenis sofia kalau gelak memang padu.. kat rumah pon sampaikan jiran tergelak sekali dengar dia gelak.. πŸ˜† sofia pon behave je dalam tu, dia memang layan betul cerita ni.. tak rugi bawak awak la sofia.. takde merengek ajak balik..

tak perlu promot banyak banyak pasal movie ni sebab aku yakin ramai yang dah tengok.. maklum la update lambat.. kehkehkeh.. movie ni memang terbaik la! siapa siapa yang tak berkesempatan nak tengok kat panggung, boleh la nanti layan kat tv.. okayyyy! πŸ˜‰

keluar je dari panggung sofia mengadu lapar.. ajak makan dalam mall dia taknak.. katanya nak makan kat luar, nak makan pasta.. kemain selera kau ye anak.. nak western je.. so kitorang decide ke cafe hipstur jela yang berlambak kat terengganu ni.. pilih je mana berkenan..

nah untuk sofia! spageti carbonara.. lapar pulak tengok gambar ni.. 😁

bapaknya pulak order burger.. katanya nak try, aku cubit sikit wahhh sedap!

aku order hotplate.. masa ni perut aku tak berapa selesa, nak makanan yang panas panas je.. air pulak terpaksa order chocolate tak boleh minum kopi risau lagi teruk.. mintak hot chocolate takde.. heran pulak air batu ada air panas takde.. kehkehkeh

permintaan anak ni kadang tak besar mana pon tapi kita je lalai.. anak mintak nak beli mainan kat kedai eco je, tu pon tak boleh nak tunaikan.. aku bercakap untuk diri sendiri tau bukan tuju kat mak mak orang lain.. hehe.. terfikir jugak dalam otak ni, aku anak sorang je tu pon tak boleh nak tunaikan.. sebab tu seboleh bolehnya aku cuba nak penuhi setiap permintaan sofia.. tapi jangan berlebihan.. nanti anak pulak pijak kepala kita.. berpada pada dalam setiap apa yang kita lakukan.. haa gittew.. kadang kadang kena serious talk.. 😝

bye!
xoxo

kopi satu : rumah tapi cafe?

assalamualaikum

khamis minggu lepas aku puasa.. petang tu macam malas nak masak untuk berbuka, ajakla suami ke cafe kopi satu yang terletak di durian burung, kuala terengganu.. itu hari tekak macam nak makan makanan western sikit.. tetiba tekak mengada ngada kan, padahal boleh je masak nasi kat rumah lepas tu goreng telur.. tekak jugak yang salah dasar pemalas tak sedar diri.. kehkehkeh

kopi satu ni sangat unik sebabnya cafe berbentuk sebuah rumah kampung yang sangat la cantik menarik dan tertarik untuk disinggah.. tahun lepas tak silap, ke awal tahun ni entah lupa pulak.. aku pernah mengopi kat kopi satu ni dengan adik aku.. masa tu dah boleh rentas negeri, dia balik kampung katanya nak mengopi kat cafe hipstur.. aku bawak la ke kopi satu..

*pic from google : credit to owner
ini la dia cafe kopi satu.. cantik sangat kan?
memang tenang jela mata memandang..
tenanggggg ributttt jiwaaaaa - baca je jangan nyanyi πŸ˜›

waktu operasi cafe kopi satu

masuk je kat dalam cafe ni ada kaunter pertanyaan eh kaunter order makanan la.. ihiks..
letak sofia sebagai model..

selain masakan berasaskan pasta, ada jugak menu nasi lemak.. kalau rasa nak makan makanan yang tak berat, boleh la order donut ke, croissant ke dan macam macam lagi dessert yang ada.. minuman pulak mesti la ada kopi.. dah nama pon kopi satu.. gittewww.. tapi jangan risau, kalau bukan peminat kopi korang boleh order air lain contohnya air coklat.. pandai pandaila jeling menu yang terpampang besar kat atas tu.. πŸ˜„

nampak comel pulak kopi ni ye..

disebabkan aku puasa, jadi tapau jela makanan.. sesambil tunggu order siap, mata melilau tengok keadaan dalam cafe.. sungguh menggamit memori.. tangan laju snap gambar dua tiga ketul.. walaupon pernah berkunjung ke cafe ni, tapi mata tetap tak puas nak tengok sekeliling.. boleh bayang tak macam mana perasaan sukanya aku kat cafe ni? πŸ˜†

ibaratnya datang rumah orang nak beraya tapi tengah mengopi.. haa gittew.. haha

order dah siap jom la pulang..
aku order pasta creamy tomyam, salted caramel vanilla, chocolate hazelnut dan banana latte.. alhamdulillah semuanya sedap sedap..

kat terengganu ni memang banyak sangat cafe cafe menarik untuk disinggah.. tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan tapi tu la.. tak terkejar aku nak singgah semuanya.. πŸ˜† mana yang sempat, kita terjah.. nanti nanti kita singgah cafe lain pulak..

bye!
xoxo

mengopi di Nasken Coffee

assalamualaikum

cuti sempena hari Agong baru baru ni berkesempatan jugak aku singgah mengopi kat Nasken Coffee.. dah lama si nasken ni bertapak kat terengganu, aku baru nak merasa.. itu hari tekak tiba tiba nak merasa kopi yang sedap sedap.. cakap kat suami, terus dia bawak pergi ktcc mall.. haa kat situ la ada Nasken Coffee ni..

aku punya biscoff latte, si suami order caramel latte dan untuk sofia aku orderkan air chocolate..

pandan gula melaka mille crepe.. sedap!
dah masuk dalam mulut dua tiga suap baru teringat nak amek gambar.. πŸ˜†
order satu slice je kongsi tiga orang makan.. hee

so far memang puas hati mengopi kat sini.. suasana kedai yang sangat okay bagi aku.. banyak lagi menu lain yang ada seingat aku ada nasi lemak kot πŸ˜… lepas tu ada pasta.. aku lupa sebab mata aku duk pandang kek je.. tak amek port sangat pasal menu lain.. haha

happy la dia dapat air chocolate sedap..

masa aku singgah tu tak ramai sangat orang.. tu yang jadi seronok mengopi sambil bercerita.. yang banyak story mestila si sofia.. pasal kereta la, pasal kawan kawan sekolah la, pasal pokok la.. mommy dengar je.. πŸ˜„

total untuk tiga jenis air dan seketul kek dalam RM53 macam tu rasanya.. bagi aku mahal la sikit tapi enjoy je mengopi.. ihiks.. sekali sekala boleh kot reward diri dan family makan kat sini.. 😊

bye!
xoxo

jalan jalan isi perut

assalamualaikum

hari jumaat memang digunakan sepenuhnya untuk bawak my diva sofia jalan jalan.. hari hari lain susah sikit sebab papa kerja.. jumaat itu hari bawak la dia jalan jalan tengok pantai, cari kopi mommy, cari makanan dan jugak tengok kuda.. happy sangat sofia dapat tengok kuda walaupon dari jauh je.. ihiks

destinasi pertama : kopi payong.. mommy yang mengidam anak tekak nak try kopi ni.. haha
lokasi kopi payong ni berhampiran je dengan kopi dan kudap..

kopi payong ni betul betul tepi pantai, sesambil tunggu kopi siap boleh la lepak lepak sambil hirup angin laut.. rasa mengantok je bila angin pantai tu menyapa muka.. wahhh gitteww.. πŸ˜† kalau rasa nak mengunyah boleh la order waffle.. makanan pon hadoo tapi tak pasti pulak selain waffle apa lagi yang ada.. aku duk fokus kat kopi je.. 😁

wefie la sementara tunggu kopi.. hehe

i punya hazelnut latte.. yang ni rasanya kaw sikit.. sedap tapi kopi dan kudap lagi kena dengan tekak i la.. hehe..
sofia punya air milo dan suami i punya air cadbury.. takde dalam gambar.. πŸ˜…

destinasi kedua : bakeri jalanan

anak saudara aku ada la mention aku pasal ni kat facebook.. nampak menarik untuk diterjah kebetulan lalu nampak gerainya buka.. singgah la beli roti roti yang ada.. bakeri jalanan ni terletak berhampiran balai polis gong badak betul betul tepi bus stop.. senang je nak cari sebab tepi jalan je.. masa aku singgah tu banyak roti dah habis.. so beli je apa yang ada.. 😊

apa benda entah namanya ni.. lupa pulak..
rasanya sedap sangat roti pon gebu gebas.. memang tak menyesal beli lain kali boleh repeat lagi..

sambil sambil makan dalam kereta, minum kopi bagai bawak la sofia pusing pusing.. singgah kat pantai kejap dia nak main bubble.. gambar takde sebab aku tunggu dalam kereta je.. malas pulak nak turun.. haha.. lepas tu gerak ke tempat kuda, terengganu equestrian resort (TER).. memang selalu kat situ jela bawak sofia tengok kuda..

destinasi terakhir : terengganu equestrian resort (TER)
nak bergambar dengan kuda katanya bolehla ni walaupon nampak bayang bayang kuda je kat belakang.. πŸ˜†

bertiga.. πŸ’—

suka pergi TER ni sebab tak ramai orang.. takde la kena bersesak sesak semata mata nak tengok kuda.. lagi satu tempatnya sangat sangat lapang dan views pon cantik.. nak amek gambar berdas das pon takpe.. gambar cantik, puas hati.. kehkehkeh.. ada jugak yang datang bawak anak anak naik kuda.. santai santai dengan family seronok layan hujung minggu macam ni kan..

alang alang dah boleh rentas negeri ni kan, jemput la datang bercuti kat terengganu.. banyakkkkkk sangat tempat menarik.. hee.. menyempat je aku promot negeri sendiri.. 😜

p/s : sorry tak sempat nak blogwalking lagi..

bye!
xoxo

try kopi rollie cafe

assalamualaikum

ada satu gerai kat stesen minyak shell kat kawasan aku ni namanya rollie cafe.. aku tak tau la owner dia ni ada cafe ke macam mana, yang aku tau aku tertarik nak mencuba kopi kat gerai tu.. sejak sejak diet pantang nampak kopi semua aku nak cuba.. tak salah kan support local bisnes.. haa gitteww.. kemon la local pon setaraf dengan produk luar okay.. hah tiber! πŸ˜†

haa ni la gerainya.. menarik bukan?
tu suami aku.. jangan tengok lama lama.. 😝

hazelnut latte.. rasanya not bad la sedap jugak.. ni kali kedua try, yang first aritu aku beli vanilla latte pon sedap jugak!

siapa peminat kopi? meh geng dengan sis! walaupon sis bukan kategori coffee lovers tegar tapi boleh la geng kan? ihiks.. so next kat mana lagi nak menerai kopi ni ek? nanti hujung minggu kita cari port.. kehkehkeh..

bye!
xoxo

menikmati kopi dari kedai viral

assalamualaikum

setiap hari jumaat adalah hari jalan jalan untuk family kecik aku.. selain dari hari jumaat, duduk rumah je memandangkan papa sofia busy kerja.. walaupon kerja biasa biasa je tapi tetap busy.. mommy pulak sejenis malas nak drive jadi agak kesian kat anak aku.. haha.. semalam kitorang menjelajah ke batu rakit untuk beli kopi dari kedai viral iaitu kedai kopi dan kudap.. pernah dengar? tak pernah? tak cukup viral lagi ke hah? *tiberr..

*pic from facebook rizal_hakim (gambar asal : Kopi & Kudap/ Wan NH/ Norkumala Mohamed)
ni rupa kedai tu, rare kan? comel je kedainya.. 

*pic from facebook rizal_hakim (gambar asal : Kopi & Kudap/ Wan NH/ Norkumala Mohamed)
terletak kat tepi jalan aje memang senang nak jumpa.. kalau tak jumpa jugak waze jela.. haha

*pic from facebook rizal_hakim (gambar asal : Kopi & Kudap/ Wan NH/ Norkumala Mohamed)
kat tepi kedai ni ada tempat melepak.. sesambil tunggu kopi siap korang berOOTD la kat sini berdas das.. pemandangan pon cantik je dengan pokok kelapa di sana sini..

*pic from facebook rizal_hakim (gambar asal : Kopi & Kudap/ Wan NH/ Norkumala Mohamed)
menu yang ada kat kedai ni.. boleh la cuba mana yang berkenan kat tekak korang..

semalam aku pergi orang ramai jugak beratur.. tak sempat nak snap gambar guna handphone sendiri.. terpaksa pinjam gambar dari facebook.. mintak halal ye tuan punya gambar.. ihiks.. aku tak turun pon tunggu dalam kereta je dengan sofia.. untuk menu kopi yang lain memang aku tak tahu la apa yang ada.. suami aku beli expresso latte tanpa gula je untuk aku.. harga pon boleh tahan dan seriusla sangat sedap! lain kali boleh try lagi.. boleh beli kudap kudap pulak.. 😁

kena dengan tekak sis.. suka! 😍

lepas hajat nak merasa kopi kat sini alhamdulillah.. sebelum ni aku pernah pergi dua kali tapi takde rezeki nak merasa kedai tutup pulak.. semalam nampak kedai buka terus bercahaya muka aku.. tiberr nak bercahaya pehal.. kehkeh.. lepas tu kitorang gerak ke mydin mall nak top up sikit barang dapur.. sebelum tu singgah kat tepi pantai jap amek gambar lapan ratus das..

my little family.. πŸ˜„
cukup la letak gambar seketul je.. lain lain aku nak post kat instagram.. jemput la follow.. followers sis tak ramai kat instagram.. sedih.. πŸ˜‚ k k k bye!

Lokasi πŸ“ 
Kg.Tanjung Batu Rakit 
Dropped pin

Waktu Operasi 
4.00 ptg - 7.00 ptg 
Tutup hari Isnin

bye!
xoxo