deko bajet lagi guna barang barang kedai eco

assalamualaikum

aku rasa kedai eco patot wujudkan kad keahlian dan lepas tu ahli ahli kedai eco boleh kutip point setiap kali shopping kat kedai eco.. lepas tu nanti boleh tebus point dengan hadiah hadiah menarik.. dan aku antara manusia terawal yang akan register sebagai ahli kedai eco.. 😂 takpon diorang amek jela aku ni sebagai duta eco kan senang.. aku pelanggan tetap diorang tau..

untuk entry kali ni aku nak tunjuk sikit hasil deko aku tak seberapa.. almaklomla aku ni tak kreatif tapi tetap jugak nak mendeko.. dah minat nak buat macam mana.. cantik tak cantik tolak tepi janji hati aku ni puas.. jom tengok hasilnya..

tadaA~ comel tak?

semua perkara di atas adalah hasil rembatan di kedai eco.. percaya ke tidak? tolongla percaya aku ni pelanggan tetap kedai eco kot.. *tiberrrr.. dah lama siap sebenarnya tapi aku duk cari daun berjuntai juntai tu baru jumpa.. deko lain tu guna yang sedia ada je cumanya daun berjuntai tu la baru beli.. dah dua kali ulang pasal daun berjuntai ni.. 😆 walaupon tak kreatif, hasil tangan aku ni tetap nampak vogue kan? yela siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri.. 😏

untuk makluman korang la kan, kotak kotak tu aku tampal kat dinding guna eva sheet dan gam polistrin je.. aku tak pakai tebuk tebuk lubang ke guna double tape ke sebab akan rosakkan dinding je nanti terutama sekali kesan double tape tu la.. sumpah stress tengok.. haha.. nak drill pon aku takde alat malas nak pinjam dengan orang nanti banyak songeh, jadi aku cari alternatif lain yang penting sekali takkan rosakkan dinding.. 😊

eva sheet aku tampal kat belakang kotak kotak biarkan kering satu hari lepas tu tampal kat dinding guna gam polistrin biarkan kering satu hari, lepas tu baru letak deko deko okayyyy..

ni rupa eva sheet dan gam polistrin tu.. ponnnnnn ada kat kedai eco jugak.. ekeke..

tapiiiiiiii yang aku cerita ni untuk benda benda yang ringan jela jangan kau pergi tampal benda berat kat dinding tak lekat lepas tu maki aku pulak dalam hati cakap boleh tampal guna gam polistrin tapi menipu tak lekat pon.. haaa padan muka baca takde titik.. kahkahkah.. ok gurau je.. ingat ye kawan kawan, ni sesuai untuk benda benda yang ringan je.. 😁

deko macam ni simple je sesuai untuk aku yang memang sukakan benda simple tapi comel.. korang boleh try samada kat rumah ataupon kat tempat kerja atau mana mana sekali pon tempat korang nak mendeko termasuk la rumah jiran.. kot la terlebih rajin nak mendeko sekali untuk jiran.. kehkehkeh.. nanti kalau ada idea mendeko lagi menarik aku share okay..

bye!
xoxo

13 comments:

  1. Waalaikumussalam. Ha tu la kan, awat la eco takda buat kad ahli kan. Confirm ramai pemegang kad ahli dia 😂

    ReplyDelete
  2. alaaaa bestnye ezy boleh tampal-tampal gitu je kat dinding. melekat elok pulak tu ha. nanti lah nak try jugak guna hehe

    ReplyDelete
  3. comelnyaaa, nampak wall tak kosong. Ada deco-deco heheheh :p

    ReplyDelete
  4. comel.. jangan pulak g tampal hati yang patah guna gam polisterin. ..hahaha..

    ReplyDelete
  5. ala..area umah sis tak ada kedai ECO..kalau tak, hari2 singgah..ada je menda nak beli.

    ReplyDelete
  6. macam-macam ada dekat kedai ECO nie..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!