Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

random aktiviti cuti CNY!

assalamualaikum

banyak aktiviti jugak cuti sekolah sempena chinese new year itu hari.. kebetulan pulak dapat gaji awal + dapat bonus.. syukur alhamdulillah.. bawakla sofia pergi shopping kat mall.. memang cadangnya nak habiskan sikit duit bonus untuk beli baju dia.. memandangkan baju aku je banyak, kesian jugak kat anak dara sorang tu.. kehkehkeh.. dasar mommy tak sedar diri.. 😆

lepas tu bawakla kakak aku yang baru balik dari selangor pergi makan makan.. tau je aku dapat bonus sibuk jugak nak mengepaw.. takpe la sekali sekala belanja makan, jangan mintak hari hari botak kepala aku.. 😝 bawak dia ke cafe jiwa kopi & bingsu.. anak aku pulak sibuk nak makan kfc, so sebelum ke cafe tapaukan kfc dulu untuk dia..

sedapnya mengopi

dah kenyang dia makan kfc dalam kereta, mintak nak rainbow cake pulak.. 
dia memang obses dengan rainbow 😏

next day pulak adik aku dari selangor balik.. petang tu ajak cari makan.. bawak la ke pantai teluk ketapang.. tapi agak kurang bernasib baik sebab banyak gerai dah tutup.. masa tu dah petang sangat dah pun.. lepas tu bawakla pulak ke pulau warisan.. kat situ memang syurga makanan.. cakap je nak makan apa, semua ada.. memborong la makanan kat situ..

the cousins
budak berdua ni kadang baik kadang bergaduh..

the next next next day pulak ada kenduri.. pagi tu ke kenduri dulu lepas tu ajak suami aku pusing pusing bandar.. kebetulan ada barang aku nak beli kat kedai buku.. lepas tu adik aku whatsapp ajak ke rumah kakak aku pulak kat bukit payung.. melepak la kat sana sambil bergosip anak beranak..

mak-mak-anak sepupu

dah penat bergosip, adik aku ajak pulak ke bandar baru kuala nerus.. maklumla dia kan jakun kat kampung sendiri.. tu la sibuk je ajak aku ke situ ke sini.. kehkehkeh.. jarang jarang dia balik kampung so kita layankan jela.. paling happy budak budak la, dapat main jumpa sedara mara.. kita yang dah tua ni tumpang happy sekali.. haa gitu.. 😃

mak-mak-pak-anak sepupu

kemain ramai umat manusia kat bandar baru kuala nerus ni.. dulu masa mula mula tempat ni buka, ada la manusia dua tiga ketul.. sendu jangan cakap la.. sekarang bukan main meriah.. macam macam gerai jualan ada.. tempat baru nak membangun, elok jugak kita tolong majukan tempat ni.. kehkehkeh.. memasing dah penat sorang sorang buat perangai, haa jom la kita balik..

gambar tak banyak, ni je yang ada.. aku rasa itu hari bukan main posing sakan.. ni mesti adik aku delete.. dengki betul tengok gambar aku cantik, gambar dia buruk.. itu yang laju laju dia delete.. cehsssss!

bye!
xoxo

sekadar throwback : movie time!

assalamualaikum

si sofia duk berzikir kat telinga mommy nak tengok movie mechamato.. kesian jugak kat anak aku ni, sepanjang hidup lima tahun tak pernah lagi dia masuk panggung dengan mak bapak kandung sendiri.. sebelum ni dia pernah masuk panggung dengan pengasuh dia.. ihiks.. demi anak dara seketul ni mommy tunaikan permintaan dia.. happy la budak tu tapi sebenarnya mommy lagi excited sebab dah lama tak tengok wayang oi! 😆

17 Disember 2022, hampir sebulan yang lalu baru nak update.. maafkan saya.. 😅

gigih tiga beranak ni keluar awal dari rumah di hujung minggu kononnya nak dapatkan tiket awal sekali dah penuh.. tiket untuk pukul 11.45am ada jenuh nak melangut sebab dapat seat depan.. mahu habis movie tengkuk sakit.. kehkehkeh.. so kita amek la yang tengahari pukul 1.25pm.. kebetulan masa tu si robot mechamato ni ada mungkin diorang tengah buat sesi jumpa peminat.. suruh si sofia bergambar, dia tak nak.. katanya takut.. amenda la budak ni takut tak bertempat.. 😆

sudahnya bapak ko jela bergambar tu pon dari jauh.. masa ni mechamato dah bergerak nak balik.. ke nak masuk pangggung? entahla..

sementara nak tunggu waktu tayangan tu, kitorang pusing pusing mall dulu.. lepas tu masuk kedai buku SMO, lepak jela kat situ sambil sambil sofia main kat dalam tu.. nasib baik dalam kedai ada tempat kanak kanak main.. kalau tak mahu mati kutu nak tunggu pukul 1.25pm.. 😅

tanda hadir

movie ni memang best! part kelakar tu anak aku gelak kuat.. aduhla malu mommy, satu panggung dengar suara dia gelak.. kehkehkeh.. sejenis sofia kalau gelak memang padu.. kat rumah pon sampaikan jiran tergelak sekali dengar dia gelak.. 😆 sofia pon behave je dalam tu, dia memang layan betul cerita ni.. tak rugi bawak awak la sofia.. takde merengek ajak balik..

tak perlu promot banyak banyak pasal movie ni sebab aku yakin ramai yang dah tengok.. maklum la update lambat.. kehkehkeh.. movie ni memang terbaik la! siapa siapa yang tak berkesempatan nak tengok kat panggung, boleh la nanti layan kat tv.. okayyyy! 😉

keluar je dari panggung sofia mengadu lapar.. ajak makan dalam mall dia taknak.. katanya nak makan kat luar, nak makan pasta.. kemain selera kau ye anak.. nak western je.. so kitorang decide ke cafe hipstur jela yang berlambak kat terengganu ni.. pilih je mana berkenan..

nah untuk sofia! spageti carbonara.. lapar pulak tengok gambar ni.. 😁

bapaknya pulak order burger.. katanya nak try, aku cubit sikit wahhh sedap!

aku order hotplate.. masa ni perut aku tak berapa selesa, nak makanan yang panas panas je.. air pulak terpaksa order chocolate tak boleh minum kopi risau lagi teruk.. mintak hot chocolate takde.. heran pulak air batu ada air panas takde.. kehkehkeh

permintaan anak ni kadang tak besar mana pon tapi kita je lalai.. anak mintak nak beli mainan kat kedai eco je, tu pon tak boleh nak tunaikan.. aku bercakap untuk diri sendiri tau bukan tuju kat mak mak orang lain.. hehe.. terfikir jugak dalam otak ni, aku anak sorang je tu pon tak boleh nak tunaikan.. sebab tu seboleh bolehnya aku cuba nak penuhi setiap permintaan sofia.. tapi jangan berlebihan.. nanti anak pulak pijak kepala kita.. berpada pada dalam setiap apa yang kita lakukan.. haa gittew.. kadang kadang kena serious talk.. 😝

bye!
xoxo

sofia naik kereta polis? 😨

assalamualaikum

tajuk entry bikin suspen aje kan.. kehkehkeh.. jumaat lepas hajatnya nak balik kampung suami jenguk ayah dan mak mertua tapi sekali tak jadi sebabnya abang sulong suami yang duduk kat kemaman ada balik.. kebetulan pulak abang ipar aku katanya nak jalan jalan kat bandar.. so kitorang pakat pakat jumpa jela kat KTCC Mall.. sementara tunggu ketibaan diorang, kami jalan jalan dulu dalam mall tu.. sofia pulak request nak naik kereta polis.. papa dia cakap haa jom la.. gembira la si kecik tu! 😁

berdua dengan papa..
mommy tunggu kat luar pagar sambil sambil merakam apa yang patut.. 😄

dah dapat naik kereta polis seround okay dah tu.. happy sampai ke malam.. tunaikan hajat dia dulu barulah kitorang dapat bertenang.. kehkehkeh.. lepas tu family abang ipar aku dah sampai sekali dengan ayah dan mak mertua.. takde la ke mana pon just bersua muka sambil makan makan.. kitorang jumpa tak lama sebab masa tu dah petang sangat..

sebab tengok sepupu sepupu dia makan aiskrim, dia pon nak jugak..
lepas tu mengadu sejuk, ajak balik.. 😆

jawabnya hujung minggu ni pulak gerak balik kampung.. alang alang ke sana berhajat jugak aku nak culik pokok keladi mak mertua seketul dua.. geram pulak tengok keladi cantik cantik.. kehkehkeh..

bye!
xoxo

menyinggah ke pesta makanan thailand

assalamualaikum

scroll tiktok duk lalu lalang video pasal pesta makanan thailand yang bertempat di batu buruk.. ejah sikit dengan suami ajak ke sana.. nasib baik suami aku jenis follow je.. berani ke tak follow? nanti bini dia merajuk, bini dia pujuk diri sendiri.. suami aku bukan reti pujuk pon, nak merajuk sangat padan muka aku.. kehkehkeh

baru baru ni kontroversi jugak la pesta makanan thailand ni sebabnya netizen cakap harga mahal lepas tu peniaga peniaga tak pulak pamerkan harga kat menu masing masing.. kena serbu dengan pihak atasan, ada pulak peniaga larikan diri.. aduhai macam macam.. tapi kontroversi ke tak, aku tetap jugak menyinggah kat situ.. 😅

mula mula sekali beli pulut mangga.. sedap ni cukup lemak cukup manis cukup segala rasa

lepas tu try pulak pankek ala ala krabi yang ada pisang kat dalam.. sedap jugak tapi manis coklat tu tahap potong kaki.. 😆

aiskrim ni nampak menarik dalam tiktok, so kita try.. ni boleh bagi 10 bintang!

pusing pusing, terjumpa crepe ni nampak menarik jugak very colourful.. ihiks.. so beli la dua.. seketul RM5 lepas tu menyesal beli tak sedap dan mahal.. kalau gini, baik beli crepe yang jual kat vendor vendor je lagi sedap.. huhu

banyak lagi makanan makanan yang ada tapi tak la aku nak beli semua.. satu menu harganya RM10 matila nak kalau nak borong semua.. 😅 beli dua tiga jenis ni pon rasa dah menyesal sangat.. kehkehkeh.. oh ya sebelum gerak balik sempat jugak la beli kerabu kaki ayam tapi mahal nak mati.. semangkuk RM15.. disebabkan diorang tak pamer harga tu la aku main beli je.. menyesal pon tak guna nasib baik kerabu kaki ayam tu sedap..

berbaloi ke tidak menyinggah kat pesta makanan thailand ni? aku nak cakap tak berbaloi, tapi makanan sedap.. nak cakap berbaloi macam tak berbaloi sebab harga mahal.. entah la, tepuk dada tanya selera.. ehe

bye!
xoxo

eh eh jom heboh!

assalamualaikum

event besar macam jom heboh agak lama tak menjengah ke bumi terengganu.. seingat aku la last pergi jom heboh masa tengah sarat mengandungkan si sofia.. gigih sungguh masa tu bawak perut tapi tak sempat round sampai habis dah ajak suami balik sebab penat.. 😅 niat hati nak pergi hari jumaat tapi hujan tambah lagi dengan jem nak masuk pon tak boleh so bawak diri ke mall jela.. sofia cakap hujan tak payah pergi jom heboh, kita pergi ktcc je sofia nak beli mainan.. ktcc kan ada atap.. baiklah nak.. baiklah.. bab bercakap serah je kat kamu, kamu menang.. 😆

amboiii happy la tu dapat ngepaw papa

hujan kat luar, dalam mall kena aircond, elok sangat la isi perut dengan hot plate ni.. so yummy! lama betul tak makan.. 😋

hari sabtu pulak jadual penuh dengan kenduri sana sini.. harapan nak ke jom heboh agak malap.. tapi teruskan jela hidup dengan penuh ketenangan.. kehkehkeh.. siap siap pagi sabtu tu, terus ke bandar memenuhi jemputan majlis kahwin kawan kepada encik suami.. lepas tu terus ke besut ada majlis kesyukuran kat rumah kakak ipar..

matchy matchy dengan anak dara 😘

perjalanan dari bandar kuala terengganu ke besut lebih kurang dua jam lebih ye.. elok kenyang dah lapar balik bila sampai kat sana.. 😅 kat sana jumpa sedara mara ramai jadinya agak lama la berborak.. agak agak dah penat makan dan bersembang baru gerak balik.. dalam kereta sofia dah berzikir nak pergi jom heboh.. katanya nak bergambar dengan spiderman la, robot la.. tak sampai hati nak hampakan dia, terjah jugak la jom heboh lewat petang tu..

tanda hadir

nasib baik hujan manja manja je boleh la melayan budak ni nak sangat pergi jom heboh.. dia ingat macam taman permainan kot.. haha.. sofia tercari cari mana spiderman, batang hidung spiderman tak nampak.. agaknya spiderman dah balik kot yang jumpa maskot rabbit lepas tu robot transformer.. tercapai jugak cita cita sofia nak bergambar dengan maskot.. tak dapat spiderman, rabbit pon jadila.. hihik..

bukti bergambar dengan rabbit 😛

dah puas hati sofia dapat bergambar dengan rabbit, baru la kitorang boleh pusing dengan tenang dalam tu.. tapi disebabkan ramai sangat orang, penuh sesak dekat booth makanan tu, kitorang beli mana yang sempat jela.. dapat la merasa air vanilla supreme dari booth ngopi kuantan dan jugak beli crepe durian lupa nama kedai tapi sedap! 😆

RM10

RM13

tak lama pon kitorang pusing dalam tu, sofia pon dah penat.. gerak balik jela takde beriya sangat kitorang nak tunggu sampai malam.. 😅 walaupon kejap tapi okay la dapat penuhi permintaan sofia nak bergambar dengan maskot.. budak budak tiktok cakap "ejah sikit buat rasa rasa" kehkehkeh..

langit pon dah gelap

kalau orang kampung tanya, pergi ke tak jom heboh.. boleh la dengan bangganya jawab mestila pergi! walaupon sekejap.. 😜 tapi tu la, tak pulak aku terserempak dengan artis ke, tiktokers famous ke, instafamous ke.. kalau tak boleh jugak ajak berselfie seketul dua.. boleh tayang kat instastory.. boleh eksyen dengan kawan kawan.. tapi nan hadoooo! 😆

bye!
xoxo

kisah weekend

assalamualaikum

minggu lepas minggu yang agak teruk aku rasa sebabnya sofia demam on off.. pagi dia okay sangat sangat ceria nak pergi sekolah tapi petang je dia mula tak sihat, kurang aktif, badan dia tiba tiba panas.. mujurla suhu dia tak tinggi sangat tapi hati seorang ibu tetap risaukan anak dia.. khamis terpaksa cutikan dia walaupon dia nampak sihat, malam tu bawak pergi klinik.. doctor cakap kena on antibiotik dan alhamdulillah takde yang serius.. selera makan dia okay dan dia pon takde la melepek 24jam..

sofia sejenis yang tak suka makan ubat.. dari kecik lagi tiap kali suap ubat dia akan muntahkan balik.. mommy is redha jela dengan budak ni sorang.. tapi sebab nak kena habiskan antibiotik, mommy kena guna cara halus.. mommy cakap kalau dapat habiskan ubat nanti mommy bagi hadiah.. walaupon tetap kena berperang masa makan ubat tapi dia berjaya habiskan.. goodjob anak mommy! itu yang dia tuntut hadiah.. 😅

wajib OOTD sebelum keluar ye? ihiks ikut perangai mommy sangat.. 😛

bawak dia keluar hari jumaat sebab nak tuntut hadiah tu la, lepas tu request nak pakai tudung merdeka sebab hari malaysia.. jiwa patriotik la anak oi.. haha.. mommy siapkan dia cantik cantik macam mommy, happy bukan main dia..

cadangnya nak lepak kat qween's cafe sambil borak borak tapi lepas dapat hadiah ada budak tu tidur pulak dalam kereta.. mungkin mengantuk sangat lepas makan ubat.. terpaksa la suamiku tapaukan je makanan, lepas tu baru fikir nak lepak kat mana.. pusing punya pusing last last lepak dalam kereta je kat tepi pantai.. sofia dah bangun, dah isi perut semua, dia mintak nak pergi taman.. layankan jela budak baru baik demam ni..

sampai kat taman pon dah hampir senja.. boleh la lepak kejap sambil bergambar sedas dua..
mommy sibuk nak ajak dia bergambar, sofia pulak sibuk nak main stroller baru beli.. muka ketat je.. kehkehkeh

dalam banyak banyak mainan kat mr.diy tu, sofia pilih nak hadiah stroller.. asalkan awak happy, boleh jela nakkkk.. itu yang excited kemain nak pergi taman nak tolak stroller.. kekonon tengah tolak baby ye.. lepas pusing pusing taman kejap sambil amek angin, kitorang nak gerak pergi tengok kereta berhias kat batu buruk.. tapi tak kesampaian sebab jalan jem teruk.. stuck dalam jem lebih kurang satu jam lebih.. letih tak payah cakap la.. so kitorang balik je.. sofia merengek jugak nak tengok kereta berhias nasib baik dapat pujuk.. takde rezeki kali ni, insyaAllah lain kali pergi lagi.. 😄

"bahagia dengan cara masing masing, tak perlu bandingkan hidup kita dengan hidup orang lain"

bye!
xoxo

family day - asfa d'village, kemasik [part two]

assalamualaikum

sambungan dari PART ONE

lepas maghrib malam tu dalam pukul 8.00 kitorang start aktiviti bakar bakar ayam.. aku bahagian fotografi kononnya sibuk mengabadikan kenangan dalam camera handphone.. kehkehkeh.. acah acah terer sangat amek gambar cantik cantik..

geng bapak bapak bahagian bakar ayam..

geng mak mak macam biasala sibuk mengwefie.. 😆
nampak kelibat sofia belakang, tak kisah dah kat mommy sibuk main dengan kawan kawan.. 😅

masa duk sibuk bakar bakar ayam tu, kilat guruh bukan main meriah.. tak sempat nak bakar ayam semua, hujan turun selebat lebatnya.. makan makan la kitorang dalam hujan di bawah kanopi.. ihiks.. kitorang bakar ayam je, nasi goreng pihak asfa dah sediakan.. siap menjamu selera, kembali ke bilik masing masing.. rehat dan tidur!

keesokkan harinya, pukul 8 pagi kitorang breakfast dulu.. breakfast pon disediakan oleh pihak asfa.. siap breakfast, kitorang mulakan aktiviti sukaneka.. masa ni berperang jugak dengan budak budak sebab diorang lagi teruja nak mandi kolam.. 😅

antara aktiviti sukaneka yang sempat buat :
1. rebut kerusi untuk anak anak
2. rebut kerusi untuk mak mak
3. rebut kerusi untuk bapak bapak
4. lari berpasangan
5. makan biskut

acara makan biskut geng jejaka

acara makan biskut geng wanita

yeaa sofia dapat hadiah rebut kerusi walaupon kalah awal awal lagi.. haha

gambar sukaneka tak banyak, aku banyak amek video je tapi enjoy betul, banyak gelak dan paling penting semua sporting.. walaupon family kitorang semua first time jumpa tapi boleh ngam.. kiranya tercapai la objektif family day ni kan untuk mengeratkan silaturahim.. kehkehkeh.. dah settle acara sukaneka, apalagi jom terjun kolammm! 😆

thank you papa sebab jaga sofia.. bagi chance kat mommy enjoy mandi kolam dengan kawan kawan.. 😛

macam cover majalah mangga dulu dulu.. trademark diorang photoshoot dalam kolam..
siapa geng 80an - 90an mesti tau.. 😆

happy!

enjoy!

dah penat berendam masing masing bukan main kelaparan.. ada lebihan ayam malam tadi, mintak tolong pihak asfa gorengkan.. so boleh isi perut lepas enjoy dalam air.. ihiks.. dah kenyang, masing masing bersiap untuk check out.. rasa tak puas je dua hari satu malam.. macam taknak balik je.. haha.. tapi apa boleh buat, kerja menanti.. kena kembali ke rutin asal..

alhamdulillah berakhir sudah family day untuk geng staff.. mak bapak happy, anak anak pon happy.. insyaAllah ada rezeki boleh buat lagi.. mana tau lepas ni ramai lagi yang nak join.. lagi ramai lagi meriah.. hehe.. sebelum pulang ke destinasi masing masing, bergambar secara berjemaah dulu.. ni acara wajib! boleh upload kat socmed lain, eksen dengan kawan kawan yang tak join tu.. haha

thank you semua! 💜

😊😊

bye!
xoxo

family day - asfa d'village, kemasik [part one]

assalamualaikum

weekend yang sangat fun la orang kata, berfamily day bersama geng geng staff kat asfa d'village.. walaupon tak semua yang join, tapi yang ada ni pon dah cukup meriah.. kitorang plan dari tahun lepas lagi, alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. aku bagitau siap siap ye, untuk korang yang berminat nak bermalam kat asfa d'village ni kena booking awal awal okay sebabnya always full! kalau full je sokmo korang faham faham sendiri la tempat ni memang awesome.. haa gittew..

pagi jumaat gerak menuju ke pantai kemasik.. awal ye aku gerak kononnya tak nak la orang menunggu kita, sekali kita pulak kena tunggu diorang tapi okay je boleh la aku tiga beranak amek angin pantai dulu.. sofia bukan main happy dapat main kat palyground di kala matahari terpacak kat atas kepala..

muka ketat pehal budak ni.. 😄

dalam pukul 12.30 tengahari macam tu diorang sampai.. kitorang lunch sama sama kat pantai kemasik.. sementara nak tunggu waktu check in pukul 3 petang, ada yang bawak haluan masing masing.. tinggal la aku dengan dua tiga ketul lagi ni menuju ke mesra mall.. sedia maklum kalau hari jumaat semua kedai dan mall tutup ye sampai pukul 2.30 petang tapi kami bernasib baik sebab makcik guard tu bagi masuk.. so melepak la kitorang kat dalam mall sambil sambil sedut angin sejuk dari aircond..

menyempat je mommy mu ni sofia.. 😆

berborak sakan sampai tak sedar waktu berlalu begitu pantas.. sedar sedar je tengok sekeliling orang dah ramai dan kedai kedai kat dalam mall tu pon banyak dah bukak.. so amek kesempatan shopping dulu kejap lepas tu berdesup ke asfa d'village untuk check in.. asfa d'village ni tak jauh pon dari mesra mall.. lebih kurang 10 minit je sampai..

dah dapat bilik masing masing, family potrait dulu untuk kenangan masa depan.. kehkehkeh

sekali tengok macam perumahan je kan tapi ni bilik bilik yang ada.. tak silap aku dalam 20 buah bilik kot.. imagine jela macam rumah panjang.. bilik berderet macam tu.. seronok weh! haha.. parking betul betul depan bilik kita, lepas tu masuk dalam buka pintu belakang fuhhh terus nampak kolam.. bukan anak je teruja, mak budak ni pon sama naik terujanya.. ihiks..

*pic from google
okay dah tak payah imagine.. nah aku belanja gambar culik dari google.. 😜

*pic from google
ni views yang kau dapat bila bukak pintu belakang.. cantik kan.. terbentang kolam depan mata..
maaf gambar kabur.. ni la masalahnya bila aku lupa nak amek gambar sendiri.. maklumla jakuness sikit bila tengok kolam.. 😆
nak senang google je asfa d'village, nahhh bersepah orang review pasal tempat ni.. semua review best best pulak tu.. 

untuk bilik pulak, aku pilih yang ada katil queen.. aku kan tiga beranak je, cukup la tu katil queen sebijik.. gambar bilik pon lupa amek.. apa masalah entah budak ezy ni.. macam mana nak jadi blogger yang berjaya.. kehkehkeh.. itu hari aku banyak update kat instagram story je.. kalau siapa dah follow instagram aku, diorang kira bertuah la tu.. tiberrr..

*pic from google
aku punya bilik macam ni tapi katil tu queen.. yang dalam gambar ni katil single dua bijik..
harga bilik berbeza ikut jenis katil.. 😄

dah settle check in, rehat rehat dulu lepas tu terus terjun dalam kolam.. plan asalnya nak bersukaneka dulu kononnya, tapi budak budak lebih teruja kepada kolam.. ubah plan mandi kolam sampai kecut.. kehkehkeh..

budak paling happy.. 😊

penat mandi kolam, perut pon lapar..
alas perut dulu dengan makanan ringan.. oh ya, dalam ni ada bukak gerai jual makanan ringan ringan macam ni tau.. so boleh la beli..

malam tu ada aktiviti bakar bakar ayam.. tapi yang tu aku update kat part two okay.. dah meleret sangat entry ni.. taip panjang panjang letih jugak.. aku yang menaip pon letih apatah lagi korang yang membaca.. mesti letih jugak.. ihiks.. nanti aku sambung okay..

bye!
xoxo

mengopi di Nasken Coffee

assalamualaikum

cuti sempena hari Agong baru baru ni berkesempatan jugak aku singgah mengopi kat Nasken Coffee.. dah lama si nasken ni bertapak kat terengganu, aku baru nak merasa.. itu hari tekak tiba tiba nak merasa kopi yang sedap sedap.. cakap kat suami, terus dia bawak pergi ktcc mall.. haa kat situ la ada Nasken Coffee ni..

aku punya biscoff latte, si suami order caramel latte dan untuk sofia aku orderkan air chocolate..

pandan gula melaka mille crepe.. sedap!
dah masuk dalam mulut dua tiga suap baru teringat nak amek gambar.. 😆
order satu slice je kongsi tiga orang makan.. hee

so far memang puas hati mengopi kat sini.. suasana kedai yang sangat okay bagi aku.. banyak lagi menu lain yang ada seingat aku ada nasi lemak kot 😅 lepas tu ada pasta.. aku lupa sebab mata aku duk pandang kek je.. tak amek port sangat pasal menu lain.. haha

happy la dia dapat air chocolate sedap..

masa aku singgah tu tak ramai sangat orang.. tu yang jadi seronok mengopi sambil bercerita.. yang banyak story mestila si sofia.. pasal kereta la, pasal kawan kawan sekolah la, pasal pokok la.. mommy dengar je.. 😄

total untuk tiga jenis air dan seketul kek dalam RM53 macam tu rasanya.. bagi aku mahal la sikit tapi enjoy je mengopi.. ihiks.. sekali sekala boleh kot reward diri dan family makan kat sini.. 😊

bye!
xoxo