assalamualaikum
petang semalam keluar niatnya nak ke karnival buluh gading, tapi tak jadi memikirkan kat situ padat dengan manusia tambah lagi cuaca panas.. kesian pulak kat sofia.. jadi aku pilih nak ke tempat berhawa dingin iaitu giant.. 😁 dalam giant tu ada guardian, entah la rasa macam tertarik nak ke guardian sebab dah lama sangat aku tak shopping barang mekap.. busy dengan diet je.. 😅
sementara aku pilih belek barang dalam guardian tu, suami aku berpeluh berkejaran dengan sofia.. budak kecik tu semakin lasak sekarang.. haha.. alhamdulillah.. syukur sangat dikurniakan seorang suami yang sangat memahami isteri.. 😂 bagi peluang kat isteri untuk me time sekejap walaupon kejap kejap sofia datang kacau.. 😆
ni hasil setelah setengah jam berhempas pulas melawan nafsu shopping..😆
perfume inspired by gucci flora RM 7.65
maskara maybelline magnum big shot RM19.15
micellar water loreal paris RM14.90
semua harga di atas after less kecuali micellar water tu.. tak pasti pulak ada less ke tak.. haha
tak banyak pon aku shopping setelah berjaya menyekat nafsu untuk shopping banyak banyak.. aku tak tau pulak guardian tengah sale sekarang.. bila bagitau kat member member kengkonon nak hebohkan pasal sale ni sekali diorang jawab sale dah lama berlangsung.. apakah aku telah ketinggalan zaman? 😐 jarang sangat terjadi, biasanya kalau pasal sale aku antara orang terawal tau.. faktor usia la kot.. 😂
perfume ni puas hati beli sebab wangi sangat.. harga asal aku lupa berapa, tapi boleh dapat dengan harga murah ni sangat berbaloi la! kalau banyak duit aku rembat sampai 10 botol.. haha
maskara maybelline tu baru je pakai tadi, sangat best! rasa ringan macam tak pakai maskara pon.. yang macam ni aku suka! boleh bagi 5 bintang.. disebabkan harga murah jugak aku rembat.. dan kalau aku kaya boleh rembat banyak banyak.. masalah sekarang aku tak kaya pon.. 😆
micellar water loreal paris tu pulak memang aku dah guna sebelum ni.. tapi yang botol colour biru ni baru nak try.. sebelum ni guna yang colour pink.. sangat serasi dengan muka aku.. paling best lepas remove mekap, kulit muka rasa lembut dan lembab! tu yang colour pink la.. yang colour biru ni harap sama jugak resultnya macam colour pink.. 😁
total habis duit semalam RM46.90 termasuk palstic bag guardian yang berharga RM0.19 dan jugak seketul barang suami..
bye!
xoxo