kopi satu : rumah tapi cafe?

assalamualaikum

khamis minggu lepas aku puasa.. petang tu macam malas nak masak untuk berbuka, ajakla suami ke cafe kopi satu yang terletak di durian burung, kuala terengganu.. itu hari tekak macam nak makan makanan western sikit.. tetiba tekak mengada ngada kan, padahal boleh je masak nasi kat rumah lepas tu goreng telur.. tekak jugak yang salah dasar pemalas tak sedar diri.. kehkehkeh

kopi satu ni sangat unik sebabnya cafe berbentuk sebuah rumah kampung yang sangat la cantik menarik dan tertarik untuk disinggah.. tahun lepas tak silap, ke awal tahun ni entah lupa pulak.. aku pernah mengopi kat kopi satu ni dengan adik aku.. masa tu dah boleh rentas negeri, dia balik kampung katanya nak mengopi kat cafe hipstur.. aku bawak la ke kopi satu..

*pic from google : credit to owner
ini la dia cafe kopi satu.. cantik sangat kan?
memang tenang jela mata memandang..
tenanggggg ributttt jiwaaaaa - baca je jangan nyanyi 😛

waktu operasi cafe kopi satu

masuk je kat dalam cafe ni ada kaunter pertanyaan eh kaunter order makanan la.. ihiks..
letak sofia sebagai model..

selain masakan berasaskan pasta, ada jugak menu nasi lemak.. kalau rasa nak makan makanan yang tak berat, boleh la order donut ke, croissant ke dan macam macam lagi dessert yang ada.. minuman pulak mesti la ada kopi.. dah nama pon kopi satu.. gittewww.. tapi jangan risau, kalau bukan peminat kopi korang boleh order air lain contohnya air coklat.. pandai pandaila jeling menu yang terpampang besar kat atas tu.. 😄

nampak comel pulak kopi ni ye..

disebabkan aku puasa, jadi tapau jela makanan.. sesambil tunggu order siap, mata melilau tengok keadaan dalam cafe.. sungguh menggamit memori.. tangan laju snap gambar dua tiga ketul.. walaupon pernah berkunjung ke cafe ni, tapi mata tetap tak puas nak tengok sekeliling.. boleh bayang tak macam mana perasaan sukanya aku kat cafe ni? 😆

ibaratnya datang rumah orang nak beraya tapi tengah mengopi.. haa gittew.. haha

order dah siap jom la pulang..
aku order pasta creamy tomyam, salted caramel vanilla, chocolate hazelnut dan banana latte.. alhamdulillah semuanya sedap sedap..

kat terengganu ni memang banyak sangat cafe cafe menarik untuk disinggah.. tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan tapi tu la.. tak terkejar aku nak singgah semuanya.. 😆 mana yang sempat, kita terjah.. nanti nanti kita singgah cafe lain pulak..

bye!
xoxo

pesta buku

assalamualaikum

pesta buku kali ni anjuran SMO Bookstores bertempat di KTCC Mall.. aku ni memang pantang sikit dengar pasal pesta buku, laju je nak pergi menjengah.. dulu dulu zaman takde anak memborong novel bagaikan tiada hari esok.. sekarang dah jarang jarang beli novel, hobi nan satu tu ibarat dah terkubur.. takde masa lahai nak fokus kat novel.. 😄

so hari ni lastday pesta buku ni.. ihiks

masuk masuk je sini sofia dah tak tentu arah.. mata dia meliar cari buku yang dia berkenan.. mana tak rambang mata, semua buku untuk kanak kanak murah je kot.. kalau tak beli sangatla rugi sebab pesta buku macam ni bukan selalu ada..

dia nak pilih sendiri, mommy biarkan je.. dah besar ye anak mommy.. tiberrr mommy sedih.. kehkehkeh

mommy pon amek peluang la pilih seketul novel.. beli je dulu, nak baca tu tak tahu la bila.. 😅

tak lama pon menjengah ke pesta buku, sofia beli buku seketul, mommy beli novel seketul.. lepas tu kitorang pergi makan kat food court.. perut berbunyi punca utama tak dapat shopping buku banyak banyak.. 😆 bagus jugak la kan dapat jimatkan duit.. 😛

sofia pilih buku barbie

jalan cerita macam menarik, so aku pilih yang ni..

bye!
xoxo

cawan air terapung

assalamualaikum

korang pernah tengok air terapung dalam cawan tak? tak pernah? huh lemahhhhh~! kehkehkeh.. ala gurau je jangan marah.. 😉 ni haaa aku nak meracun korang lagi.. aku beli cawan untuk kopi kopi kat tempat kerja tapi cawan tu harusla nampak aesthetic.. kalau buat video nampak wow sangat.. boleh je beli cawan kat kedai eco tapi aku nak cawan yang lain daripada kebiasaan.. 😁

comel tak? cantik tak? bergaya tak? cukup aesthetic tak? 😜
aku beli kat shopee.. beli pon seketul je cukup la tu untuk aku sorang..

dah tu kat mana air terapung nya? kau sabar jap.. kau sabar jap.. aku nak explain pasal cawan ni.. cawan ni aku tengok elok duk lalu lalang kat tiktok.. itu yang aku teracun lalu terbeli.. bila angkat cawan ni eh ringan je.. risau jugak kot kot pecah bila letak air panas.. tapi semalam dah test buat air kopi, alhamdulillah cawan ni tahan panas! sis suka! nah sis bagi 10/10 bintang! 😄

tadaa~ air terapung.. teruja tak kawan kawan? ihiks..
aku sorang je kot duk teruja kat sini.. 😆

untuk yang nak kan kelainan, boleh la try beli cawan ni.. untuk yang rasa macam tak berbaloi nak beli boleh terjah kedai eco.. kat sana cawan pon comel comel.. tapi itu la, citarasa masing masing.. raikan sajerrrrr!

bye!
xoxo

sofia naik kereta polis? 😨

assalamualaikum

tajuk entry bikin suspen aje kan.. kehkehkeh.. jumaat lepas hajatnya nak balik kampung suami jenguk ayah dan mak mertua tapi sekali tak jadi sebabnya abang sulong suami yang duduk kat kemaman ada balik.. kebetulan pulak abang ipar aku katanya nak jalan jalan kat bandar.. so kitorang pakat pakat jumpa jela kat KTCC Mall.. sementara tunggu ketibaan diorang, kami jalan jalan dulu dalam mall tu.. sofia pulak request nak naik kereta polis.. papa dia cakap haa jom la.. gembira la si kecik tu! 😁

berdua dengan papa..
mommy tunggu kat luar pagar sambil sambil merakam apa yang patut.. 😄

dah dapat naik kereta polis seround okay dah tu.. happy sampai ke malam.. tunaikan hajat dia dulu barulah kitorang dapat bertenang.. kehkehkeh.. lepas tu family abang ipar aku dah sampai sekali dengan ayah dan mak mertua.. takde la ke mana pon just bersua muka sambil makan makan.. kitorang jumpa tak lama sebab masa tu dah petang sangat..

sebab tengok sepupu sepupu dia makan aiskrim, dia pon nak jugak..
lepas tu mengadu sejuk, ajak balik.. 😆

jawabnya hujung minggu ni pulak gerak balik kampung.. alang alang ke sana berhajat jugak aku nak culik pokok keladi mak mertua seketul dua.. geram pulak tengok keladi cantik cantik.. kehkehkeh..

bye!
xoxo

petanque dan bola jaring

assalamualaikum

kalau tahun lepas aku masuk pertandingan suka suka main badminton, tahun ni cuba nasib main petanque dan jugak bola jaring.. hakikatnya tak pandai main pon ala saja nak suka suka.. sesekali munculkan diri dalam program sekolah barula tak nampak macam katak bawah tempurung.. haa gittew.. 😛

kalah takpe yang penting ada gaya

peserta petanque ni ramai, meriah jugak jadi berlangsungla acara petanque untuk dua hari.. satu team ada tiga orang.. serentak main empat gelanggang.. satu gelanggang tu akan bertanding tiga team.. memula aku ingat main kalah mati, rupanya main liga.. so sempat la merasa main tiga game lepas tu kalah.. kehkehkeh.. disebabkan kalah awal, esoknya takde dah aku dapat main.. mereput dalam makmal jaga budak jawab kuiz kimia.. 😂

seumur hidup, ni kali pertama aku main petanque tau.. orang cakap boleh la sekadar nak kan pengalaman tu kan.. mana tahu tiba tiba tahun depan aku terer main lepas tu jadi juara.. haa dasyat tak dasyat? berangan kan percuma tak salah pon.. 😝

team bola jaring
ada dua tiga orang tak masuk dalam gambar sebab balik awal.. mungkin ada hal penting kot..

untuk bola jaring pulak satu team tu ada empat orang.. kitorang main guna satu tiang je.. satu game main selama lima minit.. oiiii lima minit pon mengah.. rasa nak terkeluar jantung maklumla dah tua.. kehkehkeh.. dan macam biasa bila aku masuk je pertandingan mesti akan kalah.. tak bernasib baik sungguh tahun ni.. mesti menyesal siapa satu team dengan aku.. kahkahkah.. okay gurau yang penting kita enjoy! 😉

ni team aku..
walaupon kitorang dapat tempat tercorot, kitorang tetap maintain jelita.. ahaks..

seronok jugak sekali sekala join sukan macam ni.. kurang kurang dapat jugak bakar lemak yang bertenggek kat badan ni.. walaupon agak tak cukup oksigen nak berlari tapi tetap jugak bersemangat.. haha.. terima kasih KKGS anjurkan sukan untuk kami.. dengar khabar angin macam ada pertandingan bowling pulak lepas ni.. boleh saya join? 😆

bye!
xoxo

yang manis manis sajerrr

assalamualaikum

macam biasa bila dah lalu lalang video kat tiktok pasal makanan, laju jela aku nak mencuba.. kali ni pergi terjah MURAH SOKMO VENDOR yang terletak di telaga daing, seberang takir.. vendor ni buka setiap hari kecuali hari jumaat.. gigih petang semalam ajak suami ke sana sebab nak try coklat ala ala royce tapi harga mampu milik.. malangnya coklat tu dah sold out mungkin aku datang lewat sangat kot takpe nanti ada rezeki kita terjah lagi..

vendor tepi jalan je, search kat waze ataupon google map confirm dapat jumpa..
bukan setakat makanan je, pakaian pon ada tinggal nak pilih je mana satu berkenan di hati.. hehe

hasil tangkapan..
diet? esok jela.. 😜

yang memborong ni suami dan anak aku.. aku pakai kirim dengan air liur je sambil sambil tunggu dalam kereta.. malas nak keluar sebab tak bersiap.. orang lain tengok memang tak kisah pon aku bersiap ke tidak tapi aku yang kisah.. ala kalau dah malas tu malas jela banyak pulak alasan.. kehkehkeh

rate : 10/10
anak aku suka ni dia sedut habis dua botol merasa jugak sikit kat tekak aku ni..
tu pon dalam keadaan berebut dengan dia.. 😅

rate : 9/10
apa ke nama entah tapi sedap.. ada si bisscoff tu.. rasa tak manis sangat tapi kalau dah namanya cream memang rasa muak kalau makan banyak..
portion besar ni aku kongsi dengan suami.. tak habis pon makan semua..

rate : 9/10
tapak kuda versi kecik comel.. ada empat pilihan perisa milo, toblerone, cadbury dan jugak nutella..
anak aku makan yang milo tu habis seketul.. dia cakap sedap memang sedap la tu budak tak reti menipu..
aku pulak merasa yang nutella.. memang sedap..
yang lagi dua ketul tu tak rasa lagi.. harapnya sedap sedap belaka yang penting keknya gebu gebassss!

rasa yang tak mengecewakan ada harapan akan repeat lagi lepas ni.. tapi kalau boleh nak jugak merasa coklat ala ala royce tu! tak dapat versi ori dapat yang copy ori pon takpe dah.. setakat nak merasa kat tekak je pon.. 😄

vendor vendor macam ni dulu pernah je viral kan.. pantang ada event melibatkan vendor pasti aku terjah.. lepas tu macam lenyap kejap mungkin persaingan hebat kot.. sekarang vendor vendor kembali memeriahkan suasana.. kita support jela mana yang termampu.. 😉

bye!
xoxo

beli drawer besi ikea dan bekas tisu kat shopee!

assalamualaikum

lamanyaaaaaa rasa tak meracun korang shopping kat shopee 😜 aku duk meracun kat instastory je kadang kadang malas nak bukak laptop itu yang terabai je blog.. kihkihkih.. alang alang takde kerja nak dibuat, racun korang la kejap..

bergaya je kan bekas tisu aesthetic ni.. sis budak tiktok baru nak up, baru kenal binatang apa aesthetic tu.. kehkehkeh

aku beli bukan untuk rumah tapi letak kat workspace aku.. takde rumah sendiri nak mendeco deknon.. deco jela workspace yang sekangkang kera itu.. 😄 ikutkan boleh je beli bekas tisu kat kedai eco tapi biarlah.. aku nak jugak beli yang nampak macam aesthetic.. tak habis habis dengan aesthetic dak ezy ni.. kahkahkah

kacak sungguh drawer ni.. ihiks

dah lama mengidam nak drawer besi ikea ni, ada rezeki lebih dapat la beli.. yang ni pon aku letak kat tempat kerja.. boleh letak barang barang peribadi aku.. nampak la kemas sikit workspace tu dan tak makan ruang sangat.. sebelum ni letak rak kat belakang meja, tapi nampak serabut itu yang tukar letak drawer besi ni.. nanti aku update pasal workspace aku ni, sekarang dalam proses nak ubahsuai sikit sikit banyak benda lagi tak siap.. hee..

kadang kadang benda macam ni pon boleh buat aku happy dan bahagia.. semangat nak pergi kerja bila workspace kita cantik dan kemas.. ada orang berpendapat, ala tempat kerja je pon buat apa membazir beli tu semua, tapi pendapat aku pulak lain.. jadi raikan saja perbezaan ni.. yang penting tak guna duit orang.. 😝

bye!
xoxo

menyinggah ke pesta makanan thailand

assalamualaikum

scroll tiktok duk lalu lalang video pasal pesta makanan thailand yang bertempat di batu buruk.. ejah sikit dengan suami ajak ke sana.. nasib baik suami aku jenis follow je.. berani ke tak follow? nanti bini dia merajuk, bini dia pujuk diri sendiri.. suami aku bukan reti pujuk pon, nak merajuk sangat padan muka aku.. kehkehkeh

baru baru ni kontroversi jugak la pesta makanan thailand ni sebabnya netizen cakap harga mahal lepas tu peniaga peniaga tak pulak pamerkan harga kat menu masing masing.. kena serbu dengan pihak atasan, ada pulak peniaga larikan diri.. aduhai macam macam.. tapi kontroversi ke tak, aku tetap jugak menyinggah kat situ.. 😅

mula mula sekali beli pulut mangga.. sedap ni cukup lemak cukup manis cukup segala rasa

lepas tu try pulak pankek ala ala krabi yang ada pisang kat dalam.. sedap jugak tapi manis coklat tu tahap potong kaki.. 😆

aiskrim ni nampak menarik dalam tiktok, so kita try.. ni boleh bagi 10 bintang!

pusing pusing, terjumpa crepe ni nampak menarik jugak very colourful.. ihiks.. so beli la dua.. seketul RM5 lepas tu menyesal beli tak sedap dan mahal.. kalau gini, baik beli crepe yang jual kat vendor vendor je lagi sedap.. huhu

banyak lagi makanan makanan yang ada tapi tak la aku nak beli semua.. satu menu harganya RM10 matila nak kalau nak borong semua.. 😅 beli dua tiga jenis ni pon rasa dah menyesal sangat.. kehkehkeh.. oh ya sebelum gerak balik sempat jugak la beli kerabu kaki ayam tapi mahal nak mati.. semangkuk RM15.. disebabkan diorang tak pamer harga tu la aku main beli je.. menyesal pon tak guna nasib baik kerabu kaki ayam tu sedap..

berbaloi ke tidak menyinggah kat pesta makanan thailand ni? aku nak cakap tak berbaloi, tapi makanan sedap.. nak cakap berbaloi macam tak berbaloi sebab harga mahal.. entah la, tepuk dada tanya selera.. ehe

bye!
xoxo

eh eh jom heboh!

assalamualaikum

event besar macam jom heboh agak lama tak menjengah ke bumi terengganu.. seingat aku la last pergi jom heboh masa tengah sarat mengandungkan si sofia.. gigih sungguh masa tu bawak perut tapi tak sempat round sampai habis dah ajak suami balik sebab penat.. 😅 niat hati nak pergi hari jumaat tapi hujan tambah lagi dengan jem nak masuk pon tak boleh so bawak diri ke mall jela.. sofia cakap hujan tak payah pergi jom heboh, kita pergi ktcc je sofia nak beli mainan.. ktcc kan ada atap.. baiklah nak.. baiklah.. bab bercakap serah je kat kamu, kamu menang.. 😆

amboiii happy la tu dapat ngepaw papa

hujan kat luar, dalam mall kena aircond, elok sangat la isi perut dengan hot plate ni.. so yummy! lama betul tak makan.. 😋

hari sabtu pulak jadual penuh dengan kenduri sana sini.. harapan nak ke jom heboh agak malap.. tapi teruskan jela hidup dengan penuh ketenangan.. kehkehkeh.. siap siap pagi sabtu tu, terus ke bandar memenuhi jemputan majlis kahwin kawan kepada encik suami.. lepas tu terus ke besut ada majlis kesyukuran kat rumah kakak ipar..

matchy matchy dengan anak dara 😘

perjalanan dari bandar kuala terengganu ke besut lebih kurang dua jam lebih ye.. elok kenyang dah lapar balik bila sampai kat sana.. 😅 kat sana jumpa sedara mara ramai jadinya agak lama la berborak.. agak agak dah penat makan dan bersembang baru gerak balik.. dalam kereta sofia dah berzikir nak pergi jom heboh.. katanya nak bergambar dengan spiderman la, robot la.. tak sampai hati nak hampakan dia, terjah jugak la jom heboh lewat petang tu..

tanda hadir

nasib baik hujan manja manja je boleh la melayan budak ni nak sangat pergi jom heboh.. dia ingat macam taman permainan kot.. haha.. sofia tercari cari mana spiderman, batang hidung spiderman tak nampak.. agaknya spiderman dah balik kot yang jumpa maskot rabbit lepas tu robot transformer.. tercapai jugak cita cita sofia nak bergambar dengan maskot.. tak dapat spiderman, rabbit pon jadila.. hihik..

bukti bergambar dengan rabbit 😛

dah puas hati sofia dapat bergambar dengan rabbit, baru la kitorang boleh pusing dengan tenang dalam tu.. tapi disebabkan ramai sangat orang, penuh sesak dekat booth makanan tu, kitorang beli mana yang sempat jela.. dapat la merasa air vanilla supreme dari booth ngopi kuantan dan jugak beli crepe durian lupa nama kedai tapi sedap! 😆

RM10

RM13

tak lama pon kitorang pusing dalam tu, sofia pon dah penat.. gerak balik jela takde beriya sangat kitorang nak tunggu sampai malam.. 😅 walaupon kejap tapi okay la dapat penuhi permintaan sofia nak bergambar dengan maskot.. budak budak tiktok cakap "ejah sikit buat rasa rasa" kehkehkeh..

langit pon dah gelap

kalau orang kampung tanya, pergi ke tak jom heboh.. boleh la dengan bangganya jawab mestila pergi! walaupon sekejap.. 😜 tapi tu la, tak pulak aku terserempak dengan artis ke, tiktokers famous ke, instafamous ke.. kalau tak boleh jugak ajak berselfie seketul dua.. boleh tayang kat instastory.. boleh eksyen dengan kawan kawan.. tapi nan hadoooo! 😆

bye!
xoxo