dapat gambar percuma!

assalamualaikum

ikutkan semalam aku tak terlibat pon dengan program sekolah tapi ada cikgu mintak bantu dia bahagian minuman, geng geng makmal turun padang.. secara tak langsung kena terlibat jugak dengan majlis hari guru dan hari raya peringkat daerah semalam.. pagi pagi sampai sekolah dah tercongok kat kantin.. lepas isi perut terus ke dewan untuk buat minuman..

settle dua jenis air.. satu air detox dan satu lagi air sirap..
paling laku air detox tu la sampai tak menang tangan kitorang bancuh air tu semalam..

tengah tengah busy nak bancuh air ni la wartawan sibuk nak amek gambar.. kehkehkeh

geng bancuh air
terlalu cantik sebab guna filter.. 😝

kisahnya dalam dewan tu ada disediakan photobooth.. asalnya aku nak bergambar dengan kawan lama aku je tetiba kakak tu offer, dia cakap amek gambar, lepas tu nanti dia print bagi kat kitorang.. aku tanya la berapa harga kot kot kena bayar sebab tak bawak duit pon.. yela kata nak bergambar.. kehkehkeh.. kakak tu jawab free je.. biar betul kakak ni nak bagi free, ink printer je dah berapa ringgit lepas tu senang senang nak bagi free? tapi orang dah bagi aku amek je.. 😂

lepas settle bergambar dengan kawan lama aku tu, ajak pulak geng geng bancuh air ni bergambar.. benda percuma takkan nak makan sorang.. rezeki kena berkongsi.. haa gittew.. 😅

alang alang orang bagi free, aku mintak la tiga keping.. 😆
nanti nak letak gambar gambar ni dalam frame kedai eco..

kualiti gambar bagi aku okay-okay jela, lagi pon kakak tu tak edit gambar, amek gambar dengan handphone lepas tu print terus.. ala orang dah bagi free banyak pulak cekadak.. terima seadanya.. janji aku nampak cantik di situ.. *tiberrrrr

bye!
xoxo

dah jadi outdoor plants

assalamualaikum

ada satu pokok keladi ni yang aku beli dengan kakak ipar aku, itu hari silap percaturan macam mana entah pokok tu hampir hampir nak arwah.. aku tanya la anak saudara aku macam mana nak buat dengan pokok keladi tu, aku agak putus asa jugak siap cakap kalau mati pokok ni tanam yang lain jela.. 😅 anak saudara aku suruh bawak balik dulu nanti dia tolong tengok tengok kan apa yang tak kena..

pokok yang hampir mati, sekarang membesar dengan jayanya.. 😊

lebih kurang sebulan jugak la pokok keladi ni di bawah jagaan anak saudara aku, dia tukar pasu bagi baja siram hari hari lepas tu letak kat bawah sinaran matahari.. akhirnya kembali segar dan semakin sihat.. alhamdulillah.. rupanya pokok keladi ni bukan sejenis indoor plants ye.. memang kena banyak air dan kena duduk kat luar..

yang dua beradik ni tahan lasak so biar je diorang teman aku kat dalam makmal.. ihiks

disebabkan ada pasu pasu kosong yang terbiar, aku mintak la kakak sulung aku tanam dua tiga jenis pokok untuk aku letak kat luar makmal.. pasu kat sekolah pon ada, aku tanam je pokok keladi yang senang jaga.. alhamdulillah hidup subur semuanya.. aku letak baja kopi seminggu sekali lepas tu hari hari siram.. memang betul betul jaga sebab tak nak ada pokok yang mati nanti.. 😅

mereka hidup bahagia dan aman makmur.. kehkehkeh

aku bukan ada ilmu sangat bab menjaga pokok pokok ni, setakat letak baja dan siram tu boleh la.. kakak sulung dan anak saudara aku yang banyak tolong.. pasal baja kopi tu pulak, kawan aku yang bagitau.. dia cakap cari je kat shopee harga pon tak mahal.. aku beli sekilo dalam RM3 lebih macam tu.. minat jugak bab menanam tapi duk risau pokok mati.. haha..

bye!
xoxo

sekadar throwback : jejak kaki ke bandar baru kuala nerus

assalamualaikum

aku ni memang pantang nampak tempat cantik, laju la ajak suami pergi tengok.. duk belek belek facebook, lepas tu terpandang post pasal bandar baru kuala nerus.. tengok gambar terus terdetik di hati masyaAllah cantiknya tempat ni.. dapat berOOTD sedas dua mesti syok.. tunjuk kat suami, dia cakap jom kita pergi! happy la si isteri ni.. 😆

kitorang pergi masa bulan dua itu hari.. ye dah lama dah tapi tu la baru nak update.. banyak perkara terjadi dalam hidup kadang benda yang kita rancang tak selalu menjadi.. macam tu jugak entry dalam blog ni, tak semua boleh update di hari kejadian.. sudahnya jadi la sesi throwback.. boleh la asalkan update.. 😁

tempat ni baru bukak tau, jadi nak ke sana kena guna bantuan waze jugak.. masa hari aku pergi tu cuaca tak mengizinkan sangat tapi sejenis gigih nak jugak terjah.. sampai sana tengok ramai jugak umat manusia walaupon mendung.. turun dari kereta sangat yakin ye tak bawak payung, main aci redah je kalau hujan turun.. 😅


dari jauh pon dah nampak tau perkataan KUALA NERUS tu.. hajatnya nak panjat atas tu tapi memandangkan ramai orang tambah lagi masa tu covid tengah mengganas jadi lupakan jela hasrat tu.. mungkin boleh pergi lain kali.. hehe.. so bergambar je kat bawah tu nasib baik gambar cantik walaupon tak ready..

tempat ni boleh tahan luas jugak tapi kitorang tak habis pusing sebab hujan dah mula turun.. sempat la menjengah tasik kat sebelah sana sebelum hujan turun dengan lebatnya.. tu la yakin sangat tak bawak payung.. ihiks.. si sofia mujurla tak selsema lepas kena hujan.. 😅

berlatar belakangkan pusat islam.. cantik kan? memang rugi tak bergambar banyak banyak sebab views cantikkkk!

sofia tak bagi kerjasama pulak..
yang ni pulak berlatar belakangkan tasik..

eh elok pulak bergambar dengan papa.. 😒

hujan dah start turun tu, berlari lari anak la kami ni menuju ke kereta.. memang tak sempat nak pusing habis.. dapat snap gambar dua tiga ketul dah bersyukur sangat la tu.. takpe lain kali boleh datang lagi.. pastikan datang lagi nanti cuaca elok.. lighting cantik, baru la gambar letopsss haa gittew.. korang kalau rasa nak melawat terengganu, jemput la singgah kat bandar baru kuala nerus ni.. hee

bye!
xoxo

07/05 - happy birthday suami!

assalamualaikum

kek ni ditaja oleh kakak aku.. ihiks..
sambut sekali dengan adik ipar sebab birthday diorang dekat dekat je pon..

nak dijadikan cerita, hari jumaat lepas ada majlis kahwin anak saudara aku kat rumah kakak aku la.. kat situ semua sanak saudara aku berkumpul, plan jela nak sambut birthday suami dan adik ipar sekali.. tapi disebabkan semua busy, just ambil gambar dan potong kek saja.. yela tuan rumah sibuk melayan tetamu kau rasa siapa nak layan sambut birthday bagai? 😆

ini la dinamakan sambut birthday di majlis kahwin orang..
pasal majlis kahwin ni nanti aku up entry lain.. hee

dah settle potong kek hari jumaat, kitorang tiga beranak sambut lagi birthday suami hari sabtu pulak kat mall je.. makan makan kat kenny rogers lepas tu balik.. makan makan tu pon suami aku belanja.. birthday dia, lepas tu dia pulak kena perabis duit.. boleh gitu? 😂 ala takpe, orang cakap kalau berbelanja untuk anak isteri nanti lagi murah rezeki.. semoga melimpah ruah rezeki buat suamiku.. ihiks..

dua beranak ni banyak happy dapat makan sedap papa belanja.. 😄

DEAR MY HUSBAND, YOU ARE THE ONLY REASON FOR WHOM THIS LIFE IS FULL OF LAUGHTER.. IF I THANK YOU THEN IT WOULD NOT BE ENOUGH, I WANT TO WISH YOU A VERY HAPPY BIRTHDAY  THE KING OF MY HEART.. 💕💕

bye!
xoxo

beraya dengan BFF

assalamualaikum

aku berkawan dengan cik hani ni masa kitorang belajar sama sama kat politeknik dulu.. masa tu tahun 2003.. dah berpuluh tahun kenal, tapi tak selalu jumpa.. sebab dia kat selangor, aku kat terengganu.. satu masa dulu pernah je duk serumah sekali tapi tak lama.. lebih kurang setengah tahun macam tu.. masa tu aku kerja kat klang, kitorang sewa rumah sekali.. kalau nak cerita kisah kami memang panjang boleh buat novel.. 😄

setelah dua tahun dia raya di perantauan, tahun ni dapat jugak bersua muka dan beraya bersama.. raya ketiga aku pergi beraya kat rumah dia, raya keempat dia pulak datang beraya kat rumah aku.. sebelum balik nasib baik teringat nak amek gambar.. last kitorang bergambar masa sofia tak wujud lagi.. lama betul.. 😂 kalau jumpa sebelum sebelum ni selalu lupa nak bergambar sekali.. tanda tanda ke arah remaja purba..

masa aku susah dulu, dia selalu ada hulurkan tangan.. 😢
dia tahu jatuh bangun aku dulu..

berkawan sampai ke tua ye? 😆

katanya buat kenangan bergambar kat depan rumah aku.. 😆
walaupon view hauk, janji kitorang tetap cantik di situ..

satu je nak pesan kat cik hani, cepat cepat la update blog pasal raya oi! aku dah dua entry cerita pasal raya ni.. 😆

bye!
xoxo

aidilfitri 2022 very kalut kalut

assalamualaikum

dah masuk kerja baru berpeluang nak update blog.. kat rumah laptop tersadai tepi dinding mana sempat nak update, tapi kalau update kat social media lain boleh je sebab handphone sentiasa kat tangan.. kehkeh.. raya korang kalut ke tak? aku takde kalut mana cumanya kalut ribut jugak kemas barang nak balik kampung suami.. kita hanya merancang tapi Allah yang tentukan segalanya.. perancangan Allah lagi hebat bukan? 😊 

kalut ke ribut ke taufan ke gambar raya tetap onz.. haa gittew.. 😆

tahun ni aku pilih tema purple, suami aku jenis tak kisah dia memang ikut je.. tiada episod gaduh gaduh manja pilih tema untuk raya.. dan tiada jugak episod bermasam muka nak balik raya kampung mana dulu sebab kitorang satu negeri lain daerah je.. pagi raya sana, petang balik sini.. adil dan saksama.. 😆

gambar outdoor pon kena ada walaupon anak dah malas nak senyum sebab dah penat melayan maknya bergambar sampai penuh memory.. kehkehkeh.. kisah pulak mommy, janji gambar mommy helok kat situ.. 😝

sakan sungguh raya tahun ni setelah dua tahun kita semua beraya dalam keadaan sendu.. rindu sangat suasana raya macam ni kan dan alhamdulillah tahun ni kita dapat merasa.. paling penting dapat raya dengan family dan saudara mara.. harapnya tahun tahun seterusnya raya kita tetap meriah..

selamat hari raya aidilfitri dari kakak ezy sekeluarga.. maaf zahir dan batin.. 😍

bye!
xoxo