bergaya dengan handbag murah? takde hal

assalamualaikum

aku dulu dulu memang suka kumpul handbag.. kebanyakkan handbag yang aku beli memang murah murah je.. sejenis manusia yang tak berapa nak have have, takde la mampu nak beli handbag mahal uols.. sekarang dah kurang kumpul handbag sebab suami aku marah beli handbag banyak banyak tapi tak guna.. buat semak je.. 😅😆

masa pergi beli barang dapur kat mydin hari jumaat lepas, kebetulan lalu kat bahagian handbag, aku tertarik la dengan satu handbag ni.. nampak simple, kecik, ringan dan paling penting aku dah lama sangat minat dengan design handbag yang macam tu.. mula mula taknak beli, tapi fikirkan harganya yang memang mampu milik akhirnya aku tewas.. beli jugak.. 😁

harga asalnya RM39.90 lepas diskaun dapat RM29.90
murah je kan uolsss..
aku pilih colour brown sebab senang nak matchkan dengan mana mana baju.. 😇

hari ni pergi kerja bergaya dengan handbag baru..

mana lagi comel.. handbag ke tuan punya blog? ekeke

so far sangat puas hati dengan handbag ni sebab sangat ringan walaupon banyak barang dalam tu.. murah dan berbaloi la beli.. memang tak rugi! selain bawak pergi kerja, sesuai jugak la untuk bawak pergi shopping.. 😄

handbag murah pon takde hal la asalkan selesa nak pakai.. beli ikot kemampuan diri sendiri jangan ikot orang.. haa gittewww..

bye!
xoxo

resepi : grilled chicken mudah dan roti gulung pisang

assalamualaikum

ni menu yang cukup mudah untuk disediakan.. sesuai untuk wanita bekerjaya yang sibuk tapi tak berapa sibuk macam aku ni.. aku share sini untuk tatapan masa depan.. agak agak terlupa boleh tengok sini balik.. selalu kacang je lupakan kulit, manusia pon kadang kadang boleh lupa resepi mudah macam ni.. 😁

RESEPI GRILLED CHICKEN MUDAH

bahan bahan :
rempah hexa 4 in 1 (american BBQ & steak seasoning)
isi ayam
brokoli

cara cara
1. perap isi ayam dengan rempah hexa 4 in 1.. lagi lama perap lagi sedap.. terpulang kat korang la nak letak isi ayam banyak mana.. aku masak untuk sorang makan je ni..
2. panaskan sedikit minyak bunga matahari.. grilled ayam macam biasa.. aku guna kuali biasa je sebab takde kuali khas untuk grill grill segala macam ni.. hee.. tutup kuali supaya ayam tak kering..
3. masukkan brokoli dan tunggu sehingga masak.. jangan terlebih masak pulak brokoli tu nanti tak sedap..
4. grilled chicken mudah is doneeee~

ni rempah 4 in 1 yang aku guna tu ye..
*pic from google

RESEPI ROTI GULUNG PISANG

bahan bahan
roti wholemeal
pisang
peanut butter

cara cara
1. sapukan peanut butter pada roti
2. letak sebijik pisang dan gulung
3. roti gulung pisang is doneeee~

ni peanut butter yang aku guna.. versi diet gittewww
*pic from google

presentation taknak kalah.. macam nak tunjuk kat chef.. 😆
letak la salad sikit sebagai penyeri hidangan.. walaupon simple tapi sedap yang amat.. dan paling penting ni menu sihat.. 💓

bye!
xoxo

happy birthday umi!

assalamualaikum

hari ni birthday umi aku yang ke 30tahun.. 😆 umi sentiasa awet muda gittew sebab tu anak dia ni cantik, menawan, baik hati, sopan santun dan comel.. *melampau puji diri sendiri kahkahkah.. petang semalam balik dari kerja aku singgah kedai kek.. beli la sebijik kek untuk umi.. sambut awal satu hari sebab aku dah kembali diet.. no more cheat meal, no more cheat day.. 😁

sedap kek ni gebu gebas dan tak manis sangat.. 😋

masa sesi potong kek, si sofia sibuk nak pegang pisau nak potong sama.. praktis potong kek nanti bulan november nak sambut birthday dia.. haha.. gambar potong kek tak boleh letak sini sebab umi tak pakai tudung.. korang bayangkan jela macam mana gaya nenek dengan cucu potong kek ye.. 😂

happy birthday umi! semoga panjang umur dan diberi kesihatan yang baik.. love u so much my mom! 😘😍

bye!
xoxo

teman suami pergi interview

assalamualaikum

suami aku dapat panggilan temuduga untuk jawatan site supervisor kat paka.. paka tu agak jauh dari rumah, jadi tak sanggup nak biarkan dia pegi interview naik moto je.. kesian pulak.. aku apply cuti hari khamis untuk temankan dia ke tempat interview tu.. sweet tak aku? 😙

gerak dari rumah dalam pukul 11.00 pagi, sampai sana lebih kurang pukul 1 petang.. pusing pusing cari office tapi tak jumpa pulak.. suami aku call orang yang in charge interview tu, dia cakap jumpa kat KFC je..

interview secara santai kat KFC.. 😆

kisahnya office diorang kat shah alam sana, kat paka ni site je tu pasal interview pon kat KFC je.. ok la tu, nasib baik tak interview kat tepi jalan je.. ekeke.. bukan main suami aku bawak baju kemeja bagai ingatkan nak interview kat office yang berhawa dingin.. 😂 aku tunggu dalam kereta jela, takkan nak teman dia sampai ke dalam kot..

settle interview tengok jam macam awal lagi nak balik, lagipon tak berbaloi la datang dari jauh tak bersiar siar kan.. jadi kitorang gerak ke mesra mall jela.. nak gerak ke kuantan jauh sangat tu.. hee.. pegi mesra mall just cuci mata je maklomla tak gaji lagi kan.. nafsu shopping terpaksa tahan dulu.. kitorang lunch je kat sana.. 😁

bersiar siar di dalam mall..

perut kenyang lepas tu dah habis kedai kitorang jelajah, gerak balik rumah jela.. lagi pulak umi aku dah tak larat nak berjalan.. 😄 nak tengok wayang macam tak kesampaian je maklomla sekarang sofia dalam fasa tak duduk diam.. risau dalam panggung nanti dia kacau orang lain nak tengok wayang.. 😅

semoga dipermudahkan urusan suami aku dalam mencari rezeki.. nanti kalau dapat kerja ni terpaksa PJJ jela aku dengan suami buat sementara waktu.. takpe la.. berkorban demi sesuap nasi.. hehek..

bye!
xoxo

tukar spek baru

assalamualaikum

kejap lagi pukul 9 kena naik bilik mesyuarat pulak, aku update seketul entry laju laju untuk tatapan korang.. kalau bosan bosan kat office tu ada jugak bahan bacaan untuk korang hiburkan hati.. kehkehkeh.. ok macam ni, spek lama aku dah masuk tiga tahun dan power mata aku ni makin bertambah jadi aku kena tukar spek baru..

dua minggu lepas pegi kedai spek sekali dengan buat spek umi.. semalam baru siap.. tu pon yang umi punya tak siap lagi.. tak kisah amek masa yang lama pon sebab kedai spek tu memang servisnya tiptop.. 😁

spek baru aku.. 😎
gigih susun props nak bagi gambar nampak cantik tapi kalau tak pro tetap tak cantik jugekkk.. *sis redha

aku pilih spek mengikut trend sekarang baru la nampak muda walaupon umor semakin meningkat.. kahkahkah.. tapi takpe, petua untuk nampak sentiasa muda, selalu la perasan muda ok.. jangan sesekali merasa diri ni dah tua.. 😂

comel tak sis bergaya dengan spek baru? ternyata sis semakin muda.. 😎

pagi pagi datang kerja pandang kiri kanan takde orang, selfie banyak banyak dengan spek baru.. lepas tu pilih gambar paling comel untuk update di media sosial.. gambar buruk buruk terus delete.. keji tak perangai? 😆

ok la.. aku perlu settlekan kerja dulu..

bye!
xoxo

hadiah birthday yang awesome

assalamualaikum

seperti yang dijanjikan, aku nak jugak gebang pasal hadiah birthday yang aku dapat itu hari.. hehe.. kalau tak gebang nanti orang tak tau.. kalau orang tak tau, nanti aku kemurungan sebab takde orang nak amek tau pasal hidup aku.. 😂 *lapar perhatian budak ni..

ni yang aku dapat - tudung bawal dua helai dan kad ucapan.. 💗

alhamdulillah.. masih ada orang yang baik yang sudi hargai aku.. terharu tak habis lagi kot.. haha.. tudung colour biru dan kad tu si yana yang bagi.. tudung colour kuning tu pulak kak yana yang bagi.. aku memain je mintak tudung dengan kak yana, sekali dia betul betul bagi sebagai hadiah.. ni namanya rezeki.. ekeke.. aku terima dengan hati terbuka..

maka bertambahla koleksi tudung bawal aku yang dah hampir penuh satu almari.. dulu dulu duk minat pakai shawl sampai penuh jugak satu almari aku kumpul, sekarang ni duk minat bawal pulak.. shawl tu semua aku simpan elok dalam drawer tiga tingkat.. 😁

bye!
xoxo

shopping di kedai eco

assalamualaikum

ni cerita hari khamis lepas, bila dah dapat rempah ratus yang aku order kat shopee tu laju laju ajak suami ke kedai eco.. masa tu dah petang sangat tapi gigih jugak nak pegi cari bekas untuk letak rempah ratus.. 😆 nasib baik dapat suami yang memahami, ikot je kehendak isteri yang tak reti menyabar ni.. ekeke

kedai eco kedai kegemaran ramai
kalau nampak kedai ni, sofia cakap ni kedai mommy.. 😂
yela anak pon faham mommy suka kedai ni..

gigih la budak kecik ni heret bakul.. 😪

disebabkan keadaan kewangan tak mengizinkan, takde la aku memborong sakan sampai penuh satu bakul.. mungkin jugak saka kedai ni tak ikot masuk sekali dengan aku.. dapat la elak dari beli barang yang bukan bukan.. kehkehkeh.. umi aku pulak beli botol untuk isi air masak je.. nak letak dalam peti ais katanya.. botol lama nak buang..

tadaaaa~ hasil tangkapan..

botol rempah tu plastik je senang sikit kalau terjatuh takde la pecah berderai.. ok la kot setakat nak letak rempah empat jenis.. 😄 sebenarnya kecomelan bekas tu menarik minat aku untuk beli.. ala dah comel sape tak tertarik.. ye tak? hee.. klip kertas tu aku beli untuk jadikan penanda buku.. sebab comel jugak la aku beli.. 😂😂😂

nanti kalau ada rumah sendiri lagi syok shopping benda benda macam gini.. *berangan jap..

bye!
xoxo

shopping rempah ratus kat shopee

assalamualaikum

sebelum pelbagai persoalan berlegar legar di kepala korang pasal rempah ratus pon nak shopping kat shopee macam la kedai runcit takde, meh aku explain dulu.. rempah ratus jenama hexa ni payah sangat nak jumpa kat kawasan rumah aku, jadi amek jalan mudah klik klik di shopee je.. duit pon melayang.. 😆

jenama lain ada je tapi mahal sikit bagi aku berbanding dengan jenama hexa.. lagi satu banyak pilihan yang ada sampai rambang mata jugak aku nak membeli.. nasib baik dah baca ayat pendinding siap siap, takde la terbeli benda benda yang tak sepatutnya.. kikiki..


ok ni bukan paid review ke hape benda iklan ke, ni saja saja aku share dengan korang.. mana tau korang pon nak memborong rempah ratus jugak.. boleh la terjah kedai ni.. servis pon ok, barang dapat cantik je keadaannya takde pecah takde rosak.. sharing is caring haaa gittewww.. 😁

kisahnya nak beli oregano je tapi tersangkut sekali dengan yang lain.. tapi takpe, berbaloi beli semua ni.. kalau nak perap ayam ke, nak masak pasta ke semua dah ada.. 😊
HEXA HALAL American BBQ & Steak Seasoning (4in1) 85g - RM11.30
HEXA HALAL Italian Herbs Series (4in1) 24g - RM14.50

HEXA HALAL Mixed Herbs 20g - RM3.20
HEXA HALAL All Spice Powder 25g - RM4.20
HEXA HALAL Garlic Powder 40g - RM3.70
HEXA HALAL Tandoori Powder 50g - RM3.70

yang ni aku dapat free.. boleh la buat ayam goreng berempah nanti.. 😋

aku check harga tadi dah tak sama dengan harga yang aku dapat.. aku borong masa sale itu hari.. jumlah semua sekali RM40.70 dan postage percuma sebab dah beli lebih dari RM40.. hehe..

dengan adanya rempah ratus bagai ni senang la aku nak masak bento lepas ni.. dalam kepala dah macam macam idea muncul.. kengkonon hari ni kerja nak bawak bekal ayam bakar perap dengan rempah baru beli tapi nan hado.. sudahnya aku bawak bekal lain sebab malas nak masak malam tadi.. 😂

untuk korang yang nak beli jugak, aku ucapkan selamat shopping! 💁

bye!
xoxo

terharu sampai menangis ni..

assalamualaikum

semalam birthday aku yang ke 34 tahun (baca remaja purba).. dan ada kisah menarik terjadi semalam.. jarang jarang aku dapat suprise masa birthday.. suami aku pon takde nak suprise aku macam ni.. 😂 sebelum aku cerita lebih lanjut, elokla aku perkenalkan kat korang watak utama dalam cerita ni supaya korang tak confius..

yang pakai spek tu namanya yana.. yang sorang lagi tu tudung kuning namanya kak yana..
ye dua dua ni bernama yana..
dan aku kat depan tu mangsa keadaan.. haha

kisahnya macam ni.. aku macam biasa duk kat bilik aku sementara tu kak yana tengah mengajar dalam makmal.. sesambil tu aku berwhatsapp dengan adik aku.. ada sesi luahan perasaan sikit dengan adik aku.. aku ni hati tisu, sambil luah perasaan pon boleh berair mata.. tengah syok duk menangis sorang sorang, si yana tu masuk bilik aku.. gelabah aku lap air mata.. dia cakap nak pegi toilet kejap.. aku pon sambung sesi luahan perasaan balik..

tak lama lepas tu si yana lalu je depan bilik aku tak singgah.. kelam kabut budak tu macam ada hal je.. aku tak amek port la pulak.. teruskan luahan perasaan lagi.. tiba tiba pintu kat sebelah meja aku terbukak tengok tengok si yana pegang kek dan kak yana pulak pasang lagu happy birthday..

wehhh terkejut aku wehhh sampai menangis la sekali lagi.. ni menangis happy ni.. nasib baik tak gugur jantung aku.. 😆 dah la kak yana pasang lagu happy birthday tu kuat kuat sampai budak budak kat kelas depan tu semua tengok kitorang.. malu weh.. 😂😂

ni kak yana punya kerja disuruhnya tulis "ruhi kurus"
harap betul betul kurus la aku nanti.. haha

terharu dapat kek sampai mata pon tak berapa nak bukak..

tahun lepas dapat jugak kejutan tapi takde pulak terkejut sampai menangis.. ni pertama kali dalam hidup aku dapat suprise rupa gini.. dah selesai bab menangis, potong kek lepas tu si yana hulur hadiah.. terharu lagi sekali.. kak yana dah hulur hadiah sehari sebelum birthday aku.. 😁

happy sangat semalam sampai aku tak tau nak cakap macam mana.. ya Allah.. bersyukur sangat sangat aku dapat kawan kawan yang baik.. aku rasa sangat sangat dihargai walaupon aku ni seorang pembantu makmal dan diorang cikgu.. pangkat kita tak sama tapi diorang boleh hargai aku sampai macam ni.. wehhh terharu sampai tak terkata.. 😭😭😭😭

thank you so much yana and kak yana.. thank you for everything! love uolsssss~ 😘

nanti hadiah birthday aku cerita kat entry lain.. ni namanya taktik untuk banyakkan entry kat blog.. dan taktik untuk blog sentiasa diupdate.. 😂😆

bye!
xoxo

kotak ubat

assalamualaikum

today is awesome day.. tu je nak cakap.. haha.. ok nak cerita pasal kotak ubat yang macam first aid tapi tak layak dikategorikan sebagai first aid pon sebab ahli ahli dalam tu tak cukup lengkap.. 😁

ni kotak ubat kat lab aku yang aku labelkan sebagai medical kit.. 😄

layak la letak nama medical kit daripada first aid ye tak? kikiki.. bekas tu aku beli kat happy home tapi dah lupa harganya berapa dah lama kot aku beli.. awal tahun itu hari.. aku pilih warna grey sebab nak ikot tema lab aku grey + yellow.. tengok, label pon colour kuning kannnn.. 😉

jom tengok isi dalamnya ada apa.. 💁

tadaaa~

1. plaster
2. kapas
3. minyak gamat
4. balm
5. minyak angin

semua peralatan di atas aku beli kat kedai eco jeee.. kapas tu sepatutnya yang bentuk bulat bulat tapi nan hadooo.. yang macam gitu pon kira lulus jela.. ubat ubat pon macam tak banyak je kan.. takpe nanti slow slow aku topap.. 😁

medical kit ni penting sangat letak kat lab sebab korang sendiri faham la bila sebut makmal mesti berdepan dengan risiko kecederaan.. bukan pada pelajar je, tapi pada aku jugak.. contoh la tengah syok cuci bikar, sekali bikar tu terjatuh lalu pecah dan terkena tangan.. haaa cuak tak? cuak tak? sooooo, dengan adanya medical kit ni boleh la beri rawatan awal kepada mangsa.. haa gitu.. dah macam hakak hakak JPAM bagi ceramah dah aku rasa.. 😆

kadang kadang ada jugak pelajar datang mintak minyak angin.. sakit perut la.. pening kepala la.. ada medical kit ni senang jadinya.. boleh berkhidmat pada anda bila bila masa yang anda perlukan.. kehkehkeh..

eh jangan lupa, kat rumah pon kena ada tau!

bye!
xoxo

my workstation yang indah

assalamualaikum

elok je termenung datang idea nak update blog.. walaupon tujuan asal aku aktif balik berblogging ni hanya suka suka tapi tetap rasa nak update selalu.. rasa menyesal delete entry entry lama tak hilang lagi ni, jadi aku rajinkan update blog.. konon nak tebus kesalahan la tu.. 😆 ala masa delete entry entry lama, tak terfikir pulak akan aktif balik.. menyesal pon tak guna.. 😭

ok baiklah.. berbalik kepada topik kita kali ni.. aku nak share workstation aku.. sedia maklum aku ni pembantu makmal, jadi macam boss la gayanya ada bilik kerja sendiri.. kau hado? kehkehkeh.. riak pulak..

workstation aku masa tahun 2014.. kosong je tak pandai mendeco lagi masa ni..

aku posting kat sekolah ni tahun 2012 dan secara officialnya dapat bilik sendiri pada tahun 2014.. dua tahun menumpang bilik orang.. sadis jugakla faham faham jela kalau menumpang ni.. nak buat apa apa macam rasa tersekat sikit.. yela bukan hak kita kot.. so masa tu aku pasrah dan redha je.. 😁

workstation aku masa tahun 2016.. dah banyak aksesori tambahan kat situ.. dah mula pandai mendeco kononnya.. ekeke..
PC tu aku dah jual sebab nak guna duit.. yela aku bukan orang have have.. 😅

aku ni spisis yang suka ubah kedudukan perabot.. dalam setahun ada la tujuh lapan ratus kali adjust kedudukan meja.. kejap kejap pusing sana.. rasa tak best, pusing sini pulak.. dah ada bilik sendiri kan.. nak buat apa apa pon tak orang marah.. hee.. bahagia!

tadaaaa~ ni la workstation aku sekarang.. dah berubah kan..
dinding pon dah bertukar warna.. masa diorang renovate makmal itu hari, diorang offer nak tukar colour dinding bilik sekali.. aku on je.. nasib baik cantik.. 😊

ni bahagian belakang meja.. rak untuk file dan buku buku rujukan.. beli kat giant je.. atas rak tu penuh dengan hiasan kedai eco.. 😆

ni bahagian tepi meja.. board putih tu beli kat mydin.. sebelah board ada tempat gantung kunci.. pehal la banyak sangat kunci.. 😅

ni dekat pintu masuk bilik.. aku paling suka bahagian ni sebab cantik.. *puji diri sendiri 😂 sendiri deco sendiri cakap cantik..
aku gantung gambar gambar aktiviti dengan kawan kawan kat sini.. 😊

aku ni memang suka mendeco.. sekarang takde rumah sendiri lagi, jadi aku deco jela bilik aku ni.. walaupon banyak habis duit sendiri, hati aku puas.. tempat cari rezeki kot mesti la nak sedap mata memandang.. takkan la nak selekeh selekeh je kan.. boleh stress jadinya.. 😆 tempat kerja cantik dan kemas, kita jugak yang selesa.. buat kerja pon rasa seronok je..

selain bilik ni, makmal pon aku mendeco jugak tapi sekadar termampu jela.. makmal cantik, pelajar pelajar pon seronok nak belajar.. 😊

workstation korang macam mana? jom share!

bye!
xoxo

kenduri di hujung minggu

assalamualaikum

hari jumaat aku istiharkan sebagai cheatday aku sebab ada kenduri dan takkan aku taknak makan kot nasi kenduri.. rugi weh.. tapi lepas makan mesti menyesal kalau berat naik balik.. haha.. tapi takpe sekali sekala je kot.. hari sabtu aku pulun diet balik.. 😁

ada dua majlis yang aku kena attend, satu majlis kawin dan lagi satu majlis sambut birthday.. pagi jumaat tu aku ke majlis kawin dulu lepas sembahyang jumaat ke majlis sambut birthday pulak.. baru la adil dan saksama.. kat majlis kawin aku tak bergambar pon, rushing sikit suami aku kejar nak pergi sembahyang jumaat pulak.. ok je janji perut dah kenyang..

majlis sambut birthday kat rumah kakak aku je.. sambut birthday cucu dia merangkap cucu sedara aku la.. aku ni nenek vogue ok.. 😂 cucu sedara aku ni sama umur dengan sofia beza bulan je.. dia bulan september, sofia bulan november.. 😊

macam gini la agaknya kalau aku ada anak kembar sorang lelaki sorang perempuan.. 😆
happy birthday aliff! semoga jadi anak yang soleh.. 😊

kat rumah kakak aku ni ada taman cantik sebelah tu, jadi aku tak lepaskan peluang la untuk bergambar.. dah pakai cantik cantik mestila kena bergambar.. tehee.. aku pernah cerita pasal rumah kakak aku ni dalam blog tapi dah delete entry lama lama.. rasa menyesal pulak delete semua.. 😭😭😭😭

jom jom sape nak tumpang fia.. 🚴
budak ni taknak balik nak main basikal.. 😅

keluarga kecik sis.. 😘

alhamdulillah, makanan semua sedap sedap.. kenyang perut aku itu hari dah tak kisah pasal diet dah.. haha.. tapi tetap kawal portion makanan takut terlebih berat naik susah nak turun balik.. nanti dah dapat BMI normal boleh la makan ikut suka hati sekali sekala.. sekarang kena diet bersungguh sungguh.. 😅😅😁😁

ok la aku nak selit gambar selingan sikit.. 😄

2017 vs 2019
gambar tahun 2017 tu masa pregnantkan sofia 4 bulan.. perut tak nampak.. kikiki

sofia 45hari vs sofia 22bulan
lepas pantang aku slim sikit tapi slim lagi sekarang.. haha
berat lepas pantang dalam 85kg, sekarang 81.3kg.. alhamdulillah.. 😊

doakan aku terus istiqomah dan berjaya capai target! 💪💪💪💪💪
dah lari tajuk pulak.. haha

bye!
xoxo

sambut birthday dan makan makan

assalamualaikum

26 ogos 2019 itu hari birthday salah seorang ahli geng GG kitorang.. acara wajib mestila makan makan.. syok la macam gini, tiap tiap hari pon makan.. macam mana la aku nak diet bersungguh sungguh ni.. haha.. tapi sekali sekala meraikan kawan kawan ok je.. 😉

itu hari ada buat makan makan pulut durian tapi aku ni bukan makan durian pon.. menu special untuk aku, pulut gaul nyor je.. kalau tak tau nyor tu apa, boleh guna google translate.. 😆 alhamdulillah bertambah tambah aku makan pulut.. masa makan tu tak fikir pulak tengah diet.. dah kenyang baru kenal erti penyesalan..

yea~ birthday girl dapat kek.. masalah sekarang siapa yang terlebih teruja ni? 😂
birthday girl si tudung pink mira namanya.. 😊

harap diorang tak marah aku masukkan gambar diorang dalam blog aku.. haha

dah jadi tradisi kami geng gg, siapa punya birthday dia la kena belanja makan.. yippy! makan free lagi.. esoknya kitorang makan makan kat kantin sekolah je sebab malas nak keluar.. kat kantin pon ok je.. still boleh bergelak ketawa.. 😆

dah kenapa aku tunjuk lubang hidung? 😑

alhamdulillah.. kenyang perut dapat makan free.. hihik.. terima kasih birthday girl belanja kitorang.. semoga sentiasa dimurahkan rezeki.. dan happy belated birthday mira! 😘

bye!
xoxo

pertama kali makan udon

assalamualaikum

bulan september ni special sikit tau sebab bulan september ni bulan kelahiran aku tapi banyak guna duit bulan ni.. harap suami aku bagi hadiah duit banyak sikit untuk aku.. 😂 eh nak cerita pasal udon.. mesti korang tau udon tu apa kan.. ala peminat makanan korea mesti tau punya tapi aku bukan peminat makanan korea.. beli udon ni sebab nak rasa lagi satu udon ni lowfat.. sesuai untuk orang diet.. 😊

hari jumaat lepas aku masak tomyam cincai cincai untuk makan bersama udon.. bila nak masak baru perasan serai dengan daun limau purut takde.. takpe, jangan gelabah mari teruskan memasak sambil buat buat tak tau pasal serai dan daun limau purut.. tehee

ni bahan bahan yang aku guna.. udon tu sebenarnya dah lama beli tapi baru nak makan.. sebelum ni sibuk dengan gm diet.. 😁

udon tu tak perlu masak, aku just bersihkan dengan air panas je.. kalau korang rasa nak masak bersama tomyam terus pon takde hal.. asal korang bahagia je..

bila pertama kali makan udon, takde rasa pelik pon.. boleh diterima tekak dan rasa sedap jugak la.. aku boleh ratah macam gitu je weh.. haha.. selain tomyam, boleh jugak makan dengan sup, nak goreng pon boleh.. atas kreativiti masing masing nak masak macam mana.. macam aku cakap tadi la, asalkan korang bahagia.. 😆

lepas ni nak try makan dengan oden pulak.. 😋 korang pernah makan udon tak? nak try boleh je cari kat pasaraya berhampiran dengan rumah anda.. kehkehkeh..

bye!
xoxo