imej baru sofia

assalamualaikum

jarang jarang update pasal anak sebab mommy taknak anak mommy terjebak dengan dunia hiburan.. kehkehkeh.. *tiberrrr.. sofia tak pernah potong rambut tau dari kecik sampai la umur dia dua tahun dua bulan.. eh tipu pernah potong sekali tapi tu pon papa dia potong hujung hujung je.. 😅 sebab kesian tengok dia macam rimas dengan rambut panjang, jadi aku suruh encik suami potong rambut anak dia.. aku cakap potong pendek terus jela nanti senang nak jaga rambut dia.. suami aku ok je.. menurut perintah sangat.. 😂

sofia dengan rambut barunya.. handsome pulak anak mommy ni pehal.. boboy ke gegurl.. 😆

sebenarnya papa dia potong rambut macam hape je dengan senget benget lepas tu tak cantik.. nasib baik anak saudara aku merangkap sepupu sofia la tolong betulkan balik rambut sofia.. barula handsome sikit anak mommy ni.. haha.. kebetulan aku pon nak potong rambut, jadi aku suruh dia betulkan sekali rambut sofia.. nasib baik la budak kecik ni tak banyak ragam dan tak susah sangat nak potong rambut dia.. thank you anak mommy jadi anak yang sangat senang untuk mommy uruskan.. 💗💗💗

rambut sofia kerinting, bila dah pendek macam ni kerintingnya pon hilang.. nanti kalau panjang kita potong la balik.. haha.. umi aku cakap aku dulu masa kecik kecik mana pernah berambut panjang.. tapi kat anak macam sayang pulak nak potong pendek.. kalau rambut panjang boleh jugak ikat tocang.. comel je kan.. 😁 tapi tak kisah la rambut pendek pon sofia tetap comel..

bye!
xoxo

16 comments:

  1. ala nampak macam boboy je lah... lenkali janganla potong pendek sangat hehehe...
    tapi yelah potong pendek gini senang nk urus, takdelah rimas kan

    ReplyDelete
  2. memang comel pun.. hehehe..
    Sha pun lebih suka anak-anak rambut pendek.. senang nak uruskan..

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam. anak saya yg umur 5 tahun pun takleh nak simpan rambut panjang. jadi suami potong kasi pendek jugak. senang nak jaga :D

    ReplyDelete
  4. hensem sofea.. geng kaklong kawasan sangat!

    ReplyDelete
  5. comel ar rambut pendek. bebudak lasak kan, senang sikit rambut pendek ni, tak rimas if cuaca panas

    ReplyDelete
  6. hensem and cute haha. rambut pendek lg selesa and senang nak jaga

    ReplyDelete
  7. anak cape niii omey nyerrr dia...

    ReplyDelete
  8. comel je sofia walaupun rambut pendek

    ReplyDelete
  9. Tak apa la. Rambut pendek pun masih comel. Cuaca panas ni elok rambut pendek. Nak jaga pun senang

    ReplyDelete
  10. Nampak macam boboy bila potong rambut pendek. Tapi, bulu mata dia tu haa lentiknya. Geram tengok.

    ReplyDelete
  11. zaman sebaya sofea ni memang mak suka buat rambut lelaki... bila tanya, nk cepat keringkan rambut, tak panas bla bla. rupanya jimat duit tak payah potong rambut. hahaha

    ReplyDelete
  12. senang bila rambut dah pendek tak payah ikat. Dah besar sikit kot leh simpan rambut panjang lagi

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!