sibuk dengan aktiviti merentas desa

assalamualaikum

khamis lepas agak tak sempat nak mengadap laptop, usahkan nak hadap laptop nak termenung kat lab sendiri pon tak sempat sebab aku busy dengan aktiviti pertama sekolah tahun 2020 iaitu merentas desa.. memandangkan sekolah aku ni memang desa, jadi betul betul merentas desa la kekdahnya.. haha.. tahun ni aku bertugas kat bahagian hotspot ataupon titik panas.. titik panas ni laluan yang mudah untuk budak budak melarikan diri.. entahla aku nak explain pon tak reti sangat.. korang faham sendiri boleh tak? 😆

amek batu bata buat sandar handphone lepas tu selftimer selfie.. kau ingat ada ke nak layan kitorang amek gambar tengah tengah jalan kampung ni? nan hado.. usaha sendiri la kalau nak gambar cantik.. haha

tahun lepas pon aku bertugas kat hotspot jugak tapi dengan orang lain.. tahun ni dengan partner baru pulak geng pembantu makmal aku jugak ni.. dah siap siap isi perut, kitorang kena standby je kat sini.. tak perlukan tenaga yang banyak, just tunggu je bebudak lalu.. kalau ada yang terpesong dari jalan yang benar boleh buat report.. mudah je kan tugas aku.. tapi penat macam sama sama merentas desa.. penat hape pon aku tak tau.. 😂😂😂

dalam lebih kurang sejam je kot tercongok kat situ, kitorang pon pulang la ke jalan yang benar.. sementara tunggu majlis penyampaian hadiah berlangsung sempat la bergedik santai dengan geng geng staff.. maklumla tahun ni kitorang pakai baju sedondon.. rugi kalau tak bergambar kansss.. boleh buat kenangan di waktu pencen nanti.. 😆 *tak sanggup tulis waktu tua sebab tak mengaku tua.. boleh macam tu? 😎

geng makmal dan geng office.. lagi sorang pembantu makmal hilang dari radar..

geng makmal dan geng PPM.. haa ni geng makmal dah cukup korum..

masa majlis penyampaian hadiah aku sibuk membawang kat belakang sudahnya aku dah lupa rumah mana juara keseluruhan.. tak silap aku rumah merah kot? 😅 bawang mahal sekarang sibuk jugak nak membawang.. tapi apa apa pon tahniah kepada yang menjadi juara.. yang tak juara jangan sedih cuba lagi tahun depan.. hee..

agak susah la aku nak update blog di hari kejadian.. kadang lupa kadang kadang takde idea kadang kadang tak sempat.. kira ok la ni boleh update walaupon selepas hari kejadian.. haha.. boleh la dari tak update langsung nanti korang tertunggu tunggu pulak update dari aku.. 😆 macam la orang kisah sangat aku update ke tak.. ekeke..

bye!
xoxo

14 comments:

  1. Paham sangat titik panas tu sebab selalu guna masa sekolah dulu. Rentas desa ni acara paling saya benci sebab tak pernah dapat point. Dapat penat dan sakit dada je. Eh maaf teremo

    ReplyDelete
  2. Teringat pulak time sekolah menengah dulu... Ramai yang melarikan diri kawasan hotspot. Bila cikgu tau... Lepas tu memang takde peluangla nak melarikan diri. 😂😂😂

    ReplyDelete
  3. Sekarang dah la musim panas kan, kena merentas desa lak 😭

    ReplyDelete
  4. Hi2 hehe.. Besnye merentas desa.. Fhm titik pns tu.. Hehe..

    ReplyDelete
  5. dah sebab bukan kita yg masuk bertanding memang tak alert la sapa yg menang..haha

    ReplyDelete
  6. Hehehe... mujur ada batu kan ialah kalau manusia kekadang moncong mereka bila mintak tolong oooppsss...

    Sekolah anak-anak Mrs. A belum ada buat merentas desa lagi. Rasanya sekolah di bandar tak sesuai guna istilah merentas desa dah boleh tukar kot ke fun run eh!

    ReplyDelete
  7. untungla boleh keluar merentas desa jugak. kalau duk dlm lab je pdan duk slfie je..hehehe..
    ni baru betul2 merentas desa..

    ReplyDelete
  8. koko2 semuanya.. hehehe.. syok ohh merentas desa. lama dh tak buat

    ReplyDelete
  9. wahhh seronoknya aktiviti mcm ni. Haha rindu pula zaman sek yg dah lama ditinggalkan tu

    ReplyDelete
  10. Baju sama waaa... Sekolah syfi dah setel dah merentas bandar hihii

    ReplyDelete
  11. samalah kita sibuk sikit. Ada masa baru hadap blog kejap

    ReplyDelete
  12. memang awal tahun ni banyak aktiviti nak kena kejar kan..
    puasa cepat jadi cikgu2 kalut macam2 hehe..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!