sekarang agak susah sikit nak cari masa untuk ke bundle memandangkan suami aku kerja tak tentu masa.. kejap kerja pagi kejap kerja sampai ke malam, jadinya aku cari alternatif lain untuk beli baju murah murah.. apalagi terjah shopee la.. cari item bundle atau preloved nahhh sekelip mata terpampang kat skrin telefon.. ayat macam nak novel je kan.. mujurla sekarang zaman moden semuanya di hujung jari.. 😁
item pertama yang aku beli ni haa kemeja sumpah cantik weh.. dalam gambar nampak kusam pulak sebab aku tak reti nak amek gambar cantik cantik.. haha
material agak tebal so nice la.. harganya cuma RM8.00 sahaja..
item kedua pilihan aku kemaja kotak kotak.. cantik jugak.. harganya RM7.00 sahaja
last sekali baju ni macam tshirt tapi bukan tshirt tapi lebih kurang tshirt.. entah la aku panggil tshirt je senang.. kehkehkeh.. harga RM8.00
aku beli tiga helai baju ni dapat satu baju free tapi masa nak amek gambar baju baju ni, baju yang free tu duk dalam bakul nak basuh.. takde la gambar baju free tu ye.. maafkan daku kerana tak dapat nak tayang baju free.. 😆 tapi takpe nanti nanti kalau aku pakai ada gambar OOTD aku gebang kat blog okayyy..
so untuk korang yang nak beli baju mur mur jugak boleh la terjah kedai beliau ni kat shopee! [KLIK SINI] banyak lagi baju cantik cantik korang boleh pilih dan rasanya tengah ada sale tu.. murah je cik kak.. tunggu apa lagi pergi la terjah.. ekeke.. oh ini bukan iklan berbayar..
bye!
xoxo
menarik jugak harga pun murah kan.... senan saiz macam ezy kecik je mudah nk cari baju
ReplyDeleteYup! Di shopee pun ada bundle. Hehe... Kekadang baju bundle pun lawa. Fiza pun ada jugak beli... Sampaikan ada yang tak percaya harga baju bundle Fiza bawah RM10.
ReplyDeletefirst time aku tahu orang beli baju bundle kat shoppee. biasa kita ingat shoppee jual barang2 baru je. rupanya bundle pun ada... Btw, puas hati kan kalau baju bundle kite pilih, dapat yang cantek2 dan nampak baru
ReplyDeletepertama kali tahu ada bundle kat shopee..kena try tengok la ni..hehe
ReplyDeletewaalaikumussalam. dedulu kat beli bundle kat group fb ja. tak sangka sekarang dah ada kat shopee ^_^
ReplyDeletebaru tau ada kedai bundle kat shopee..
ReplyDeletecantik arr baju yang sis beli tu
Seronok shopping yang murah murah ni. Boleh beli banyak kan. Nak tengok OOTD nanti :)
ReplyDeleteMenarik dan cantik nampak macam baju baharu je
ReplyDeletesama lah suka cuci mata kat shopee jugak. adehhhhh~ hehehe
ReplyDeleteMurah dan berbaloi sesangat nie.. siap dapat free lagi.. memang bestlah berbelanja..
ReplyDeletebundle is not bad. kdg2 bertuah bila jumpe a good quality one.
ReplyDeletetak thu pulak ade kedai bundle kat shopee.. tq sharing..
ReplyDelete