Showing posts with label balik kampung. Show all posts
Showing posts with label balik kampung. Show all posts

culik anak keladi.. ihiks

assalamualaikum

sabtu lepas balik kampung suami kejap sofia jenguk atuk dan nenek dia.. sampai sampai je si sofia terus bukak buku mewarna dia, ajak mommy main kaler kaler.. maklumla dia sorang takde kawan, ajak mommy jela main..

main kaler kaler sampai dia bosan.. mommy dah naik jemu tengok buku mewarna ni.. 😅

sedang elok sampai sana memang waktu makan tengahari.. isi perut dulu lepas dah kenyang rilex rilex kejap.. si sofia ni mula dah kebosanan terperuk dalam rumah, ajak pulak papa main kat luar.. aku pon tumpang jenguk sekali kat luar cuci cuci mata.. terpandang pokok keladi yang mak mertua tanam.. eh banyak pulak anak pokok ye.. culik satu best jugak.. mak mertua aku cakap amek la.. dia pon tak kisah.. ihiks.. seronok!

cantik kan? mana tak jatuh cinta dibuatnya.. 😍

keladi keladi ni semua asalnya kakak ipar aku jugak yang tanam.. dia bawak balik dari temerloh.. bila dah banyak anak keluar, mak mertua aku asingkan letak kat pasu pasu lain.. makanya berpasu pasu la pokok keladi mak mertua aku ni.. haha

dapat anak keladi.. yeaaa!
ada lagi dua anak keladi yang mak mertua aku bagi, lupa amek gambar..
so total dapat tiga anak keladi.. yea yea yeaa!

bagi aku la, pokok keladi paling senang jaga.. tak perlu gigih sangat siram je selalu lepas tu baja seminggu sekali.. haa macam tu la aku buat.. alhamdulillah segar bugar pokok pokok aku.. hihi.. kalau yang jenis susah jaga aku tak berani lagi nak bela.. nanti kesian pokok mati bawah jagaan aku.. 😅

siapa suka keladi? kita geng!

bye!
xoxo

kisah balik kampung

assalamualaikum

aku dan suami memang satu negeri tapi daerah lain lain.. sepanjang PPN fasa satu dan fasa dua kitorang tak boleh rentas daerah untuk balik kampung.. walaupon itu hari aku dah lengkap vaksin tapi suami pulak masih dalam tempoh berpantang 14 hari.. ngam ngam dia habis pantang, sehari dua lepas tu terengganu pon masuk fasa tiga jadi boleh rentas daerah dah.. berdesup balik kampung suami..

orang paling excited nak balik kampung mestila sofia.. dia dah rindu sangat kat atok dia tu.. last jumpa sebelum raya puasa.. memang excited la budak kecik tu dah berbulan tak jumpa.. dalam kereta bukan main menyanyi nyanyi dia gembira punya pasal.. elok sampai kat rumah atok sofia, hujan turun dengan lebatnya.. maka mereput la kami dalam rumah sambil makan makan..

kesian dia tak boleh main kat luar.. main colour colour buku doraemon jela ye anak.. 😄

sebelum tu sempat singgah kat rumah kakak aku kejap amek kopi ni nak try rasa.. anak saudara aku yang jual.. fuhh sedap betol! rasa kopi creamy creamy memang padu..

aktiviti kitorang balik kampung itu hari borak-makan-borak-makan sampai la menginjak ke waktu asar.. memang tak dapat buat apa sebab hujan lebat sangat pakej sekali dengan guruh dan kilat.. nak layan tv pon tak boleh.. sabar jela.. lepas solat asar kitorang gerak balik.. tak dapat nak tidur sana esoknya suami aku kerja.. tak dapat nak berlama lama tapi takpe la asalkan dapat jenguk orang tua kita kira syukur dah tu.. lain kali boleh balik kampung lagi.. 😉

sebelum sampai rumah, singgah taman kejap sofia nak bergambar katanya sebab pakai baju cantik matchy matchy dengan mommy.. ihiks.. menurun perangai siapa lagi kalau bukan perangai maknya.. kehkehkeh.. suka sangat la bergambar kalau pakai cantik cantik.. alahai anak..

anak dara sorang ni kalau boleh semua benda nak sama macam mommy.. beli baju sedondon senang.. 😆

walaupon kisah balik kampung macam gini je tetap nak abadikan dalam blog.. untuk kenangan akan datang.. kadang kalau bosan belek blog sendiri sambil tunjuk gambar kat anak.. ada la modal sikit nak story kenangan dulu dulu kat anak.. 😁

untuk korang yang tak dapat rentas negeri nak jenguk mak ayah, sabar ye.. insyaAllah nanti dapat balik kampung.. kita doa sama sama semoga kita semua berkesempatan untuk jumpa dengan orang orang yang kita sayang.. aamiin.. 💗

bye!
xoxo