Showing posts with label anniversary. Show all posts
Showing posts with label anniversary. Show all posts

4 tahun penuh suka duka

assalamualaikum

post tanda meraikan empat tahun bersama sekolah sekarang.. kejap je macam baru semalam dapat surat berjaya tukar tempat kerja.. betul betul cepat masa berlalu ye.. masuk tahun keempat pon aku masih mencari rentak nak sesuaikan diri di tempat sekarang.. nak kenal pasangan pon ambil masa bertahun ni kan pulak tempat mencari rezeki.. kehkehkeh.. tapi tu la, best ke tak best ke pandai pandai la bawak diri.. ada yang tak best? jangan usik, sebab banyak lagi benda benda best yang kita boleh raikan..

letak gambar tuan rumah sebab nak gebang hari ni pakai baju baru pergi kerja.. 😚

sangat lain enviroment sekolah dulu dengan sekolah sekarang.. mula mula aku masuk sini rasa macam kena kejutan elektrik.. tak biasa dengan keadaan sekeliling.. sebab tu aku cakap sampai sekarang aku masih lagi mencari rentak.. ihiks.. tapi alhamdulillah semuanya baik baik je untuk aku kat sini.. alhamdulillah syukur jugak direzekikan dikelilingi dengan orang yang baik baik..

ni la workspace aku sekarang.. dah banyak aku ubahsuai dari deco yang asal asal dulu.. aku kan sejenis suka tukar deco deco.. kejap gitu kejap gini.. biarla janji tak guna duit orang lain.. 😝

aku memang saja letak rak atas meja macam tu sebab nak kan sedikit privacy.. manusia ni kan tak semua baik dengan kita.. lebih baik menjauh dari selalu disakiti.. dah tiber keluar ayat puitis bagai.. haha..

selamat empat tahun untuk aku di LeBEST!

bye!
xoxo

11 years 💕

assalamualaikum

gaduh baik gaduh baik, dah sebelas tahun rupanya aku kahwin.. ihiks.. terasa baru je lagi naik pelamin kepak kepung kepak kepung bunyi kompang.. sebelas tahun bagi aku belum cukup matang.. orang kata baru je kenal pasangan.. sebab tu banyak gaduh tapi alhamdulillah suami selalu mengalah.. kita orang perempuan mana pernah salah.. beras kita yang tanak.. kehkehkeh..

pandai jugak anak aku snap photo ni.. 😏

sempena anniversary kitorang semalam yakni 8 Jun 2024, kitorang pusing pusing dalam mall je.. tu pon sebab perut lapar belum lunch lagi.. pagi semalam aku ke sekolah sofia ada mesyuarat PIBG lepas tu terus keluar.. takde beli kek bagai, entahla laki aku ni tak reti reti nak buat suprise sikit ke? 😆

walaupon suami aku tak romantik tak reti nak bersweet bagai tapi aku bersyukur sebab dia sentiasa meringankan beban aku dari segala hal.. banyak tolong dalam urusan rumah dan anak.. kalau bergaduh memang dia banyak mengalah.. aku ni jenis degil jugak nasib baik dia boleh handle.. ihiks.. nanti raya i mintak maaf lagi okay.. 😜

happy anniversary untuk kami laki bini!

bye!
xoxo

12 years as a Lab Assistant

assalamualaikum

31 May 2024 genap la 12 tahun aku berkhidmat sebagai penjawat awam.. ada suka ada duka pelbagai rasa bermain di jiwa.. ewahh ayat kemain macam tengah mengarang novel.. tapi betul baru 12 tahun dah macam macam benda terjadi.. lagi 21 tahun aku nak pencen, esok esok macam mana pulak gayanya ye? malas lagi nak fikir.. 😆

letak la seketul gambar sendiri sempena 12 tahun berkhidmat.. ihiks

ni merupakan sekolah kedua aku berkhidmat.. dah masuk 4 tahun kat sini.. alhamdulillah.. semuanya baik baik je.. semoga aku diberikan kesihatan yang baik untuk terus berkhidmat demi anak bangsa.. walaupon peranan pembantu makmal ni kecik je tapi tetap berusaha nak beri yang terbaik untuk pelajar pelajar sekolah.. 😊

selamat 12 tahun untuk diri sendiri! 😘

bye!
xoxo

happy 8th anniversary!

assalamualaikum

alhamdulillah.. tahun ni dah masuk tahun ke lapan hidup berumahtangga.. empat tahun hidup berdua sebelum kehadiran sofia.. letih nak menjawab isu bila nak ada isi.. bila lahir seketul sofia ditanya pulak bila nak bagi adik kat sofia.. usah ditanya la soalan soalan macam tu.. doa yang baik baik jela.. kita tak tahu kehidupan orang macam mana.. lebih baik diam dan buat hal masing masing.. 😉

suami aku bukan jenis lelaki yang romantik.. bila tiba hari istimewa berangan jela nak dapat suprise dari dia.. kadang hati teringin nak suami romantik macam dalam novel tapi cepat cepat ucap syukur dengan apa yang ada.. walaupon tak romantik tapi tak pela asalkan dia sayang isteri dia ni.. haha.. sempena anniversary kitorang 8/6/2021 dapat la aku seketul kek dari secret recipe.. syukur alhamdulillah dengan rezeki yang Allah SWT berikan..

aku cakap nak kek lain dari yang lain tapi dapat yang ni.. tak tahu la nak nangis ke nak gelak..

nah seketul gambar kawen kitorang.. hehe..
saja pilih tema hitam konon nak bagi nampak aku slim tapi nan hado.. tetap berlengan sado macam tu..
terima kasih la encik suami kerana memilih saya yang sado ni.. 😆

kira gambar paling romantik la ni.. nasib baik anak bagi peluang.. boleh la gambar berdua..
daripada sado ke kurus sikit encik suami masih setia di sisi.. kehkehkeh.. sweet tak? sweet tak? 😶

alhamdulillah.. lapan tahun bukan la jangka masa yang boleh dianggap veteran.. masih lagi setahun jagung.. syukur masih lagi bertahan.. dalam masa lapan tahun macam macam jadi kita boleh hadap bersama.. gaduh gaduh tu normal la ye.. kalau tak gaduh tak meriah rumahtangga.. 😁

aku tak reti nak karang ayat manis manis cukupla wajah aku yang manis ni untuk tatapan encik suami.. kahkahkah.. happy anniversary untuk kitorang!

bye!
xoxo

happy 7th anniversary

assalamualaikum

alhamdulillah dah masuk tahun ke tujuh di alam perkahwinan ni.. dah lepas lima tahun pertama rasa macam dah agak senior tapi jauh lagi perjalanan tu sebenarnya.. dalam masa tujuh tahun ni bab bergaduh tak payah cakap la tapi aku je yang selalu menang.. biasala perempuan mana pernah nak kalah kan? 😂

lapar pulak tengok kek ni..

suami aku bukanla seorang suami yang romantik.. sepanjang tujuh tahun kahwin ni, ini la pertama kalinya dia suprisekan aku dengan sepotong kek.. walaupon hanya sepotong kek ni pon dah cukup buat aku happy.. mudah terhibur aku ni.. haha..

tak cukup dengan itu, dia hadiahkan aku pulak dengan sebijik novel.. dia tau aku memang suka novel dan dia jugak tau sekarang aku dah takde masa nak hadap novel tapi dia hadiahkan jugak aku novel.. so sekarang aku kena fikir macam mana cara aku nak fokus kat novel tu tanda aku menghargai pemberian dia.. 😅

tQ~ encik suami.. 😁

itu jela kisah anniversary kitorang yang ketujuh ni takde nak celebrate makan sedap sedap jalan jalan tempat best holiday ke hape.. simple tapi masing masing happy.. itu sudah memadai walaupon aku tetap berharap dia suprisekan aku dengan hadiah lagi besarrrr.. kahkahkah..

bye!
xoxo