cuti CNY 2020

assalamualaikum

payah jugak nak letak tajuk entry ye.. jenuh taip padam taip padam nak bagi tajuk gempak sikit.. baru la orang tertarik nak baca entry kita.. kalau tajuk pon sendu, aku sendiri pon malas nak klik.. kehkehkeh.. cuti chinese new year aku takde melancong ke mana pon just duk diam diam kat negeri sendiri sambil santai santai dengan family tambah lagi si adik bongsu aku balik kampung jadi meriah sikit nak jalan jalan.. 😁

sabtu pagi tu sempat aku ke KTCC mall kejap biasa la mall baru bukak aku pon sibuk nak memeriahkan majlis jugak.. jakun sikit kan kat terengganu baru nak ada mall.. 😂 takde yang menarik pon sebab banyak lagi kedai dalam tu tak bukak.. aku masuk pacific je tu pon shopping buah sikit.. petang tu bawak adik bongsu aku ke drawbrigde dia sibuk nak bergambar dengan suami dia kat situ.. aku layan jela..

anak anak duk diam diam dalam kereta panas sangat kot, mama dan mommy nak bergambar.. 😄

dah settle sesi bergambar dengan panas ceng ceng tu, kitorang gerak ke pantai tok jembal.. asalnya nak makan celup tepung tapi biasa la orang ramai musim cuti jadi makan je laksa sarang yang boleh tahan glamour jugak tu..

ni la rupa laksa sarang.. sarang tu sebenarnya telur dadar je tapi macam sarang.. haa gitu la lebih kurang.. rasa macam laksa penang biasa je viral sebab sarang tu jela kot.. boleh la kalo korang nak try jugak.. 😁

😍

esoknya pulak kitorang ke kenduri kawen anak kepada sepupu aku sebelah arwah abah.. haa gitu.. gerak ramai ramai ke kenduri kawen baru la meriah.. takde la ramai sangat tiga buah kereta je pon kalau semua adik beradik aku join mau lapan kereta jadinya.. 😆 meriah sangat woo adik beradik ramai tapi tu la nak kumpul semua bukan senang.. kalau yang sulung ada, yang tengah pulak ada komitmen lain.. sampai sudah tak dapat kumpul sekali.. 😅

ni je gambar kat kenduri yang ada tu pon adik bongsu yang amekkan.. boleh la dari takde.. masa ni suami aku hilang dari radar.. 😅 
besar dah anak mommy.. 😍

takde gambar kat pelamin sebab i is segan sikit nak huha huha kat pelamin orang yela sepupu sebelah arwah abah ni aku tak berapa rapat sangat.. 😅 kalau sepupu rapat tak jemput pon aku orang pertama yang nak bergambar kat pelamin.. sejenis gila gambar macam ni la.. 😆 dah siap makan semua gerak ke rumah kakak aku pulak area situ situ jugak.. anak saudara aku sambut birthday.. kalau bab makan ni rugi tolak rezeki.. 😁

birthday girl.. anak saudara lagi tinggi dari mak saudara.. 😑
happy birthday ira! semoga murah rezeki dan diberi kesihatan yang baik.. 😘

nak jugak laki bini ni.. bagi chance la sekali sekala.. ekeke.. anak aku tengah busy main dah tak kisah dah dengan mommy papa dia.. 😏

semalam adik bongsu aku dah gerak balik ke sarang, aku pulak amek peluang balik kejap rumah abah mertua.. sambil sambil tu shopping baju anak, shopping barang sendiri.. nanti aku update lain ok.. macam biasa la aku kalau shopping mesti akan gebang kat blog.. haha..

bye!
xoxo

planner cute rasa macam nak cubit

assalamualaikum

tahun lepas tak sempat nak beli planner sebab sibuk dengan urusan lain aku pon tak faham kenapa aku sibuk sangat sampaikan nak singgah beli planner sekejap pon tak sempat.. emm ke aku auta je ni? kehkehkeh.. untuk tahun ni aku beli planner kecik comel cute nak pengsan senang boleh letak dalam handbag boleh bawak pergi mana mana je.. kenapa planner penting? ketahuila aku sekarang semakin menuju ke arah remaja purba dan ingatan aku kadang kadang tak berapa kuat benda simple pon boleh lupa.. jadiiiiiii semua benda aku kena tulis dalam planner.. 😁

comel kan? 😊 harganya tak sampai RM4 je pon boleh beli kat MR.DIY..
pink la pilihan aku dari dulu, kini dan selamanya.. 😁

isi dalamnya macam ni tarikh boleh tulis sendiri boleh guna untuk tahun tahun seterusnya..

aku lebih suka planner jenis macam ni sebab kalau beli macam diari tu kadang kadang aku tak tahu nak tulis apa.. pelik je kan kalau kat blog bukan main panjang membebel tapi aku nak tulis dalam planner ala ala diari aku jadi blur.. complicated sungguh seorang ezy ni.. 😆

bila ada planner ni rasa hidup aku lebih teratur segala benda aku tulis dalam tu termasuk la menu yang aku nak masak untuk bawak bekal pergi kerja.. ye sangat complicated seorang ezy sampaikan suami aku tanya nak tulis apa dalam planner tu kenapa kena beli? aishhh orang lelaki tak akan pernah faham jiwa seorang perempuan.. 😎

korang suka planner tak?

bye!
xoxo

tak sangka menang

assalamualaikum

kalau masuk apa apa contest mesti aku letak harapan yang tinggi untuk menang tapi kali ni masuk contest sekadar suka suka tapi tiba tiba boleh menang.. PSS sekolah aku ada anjurkan satu pertandingan ni, namanya pertandingan selfie atau welfie paling kreatif kat mana mana bilik khas PSS bersama pelajar.. aku pon ajak la BFF aku si yana dan si akma masuk bertanding.. paksa diorang jadi model ajak sekali anak anak PPKI tiga orang.. maka bermula la misi kami berselfie berwefie macam macam gaya.. dah abis kreatif la gamaknya tu..

aku hantar lima gambar ni.. tak sangka pulak tersangkut satu gambar.. kehkehkeh.. cikgu PSS cakap hantar je banyak mana gambar tak kisah pon.. janji menetapi syarat syarat penyertaan..
antara lima gambar ni aku tak tau la mana satu menarik perhatian juri.. 😆

naluri aku kuat mengatakan yang gambar ni sangat menarik perhatian juri.. 😂
nampak yang ni paling kreatif dengan muka aku sebesar alam kat depan tu.. 😑

ni hadiah yang aku dapat.. aku menang nombor satu wehhhh! tak sangka pulak jadi juara.. kehkehkeh.. macam menang award pulak rasanya..

betul betul tak sangka dapat nombor satu aku target dapat nombor last sebab rasa macam tak kreatif pon gambar gambar aku tu.. bukan senang weh nak selfie atau wefie lepas tu nak paling kreatif.. pecah kepala otak fikir gaya macam mana kitorang nak buat.. haha.. walaupon bukan menang hadiah wang tunai ribu ribu tapi aku dah cukup bangga dah dapat hadiah pokok hiasan.. comel je yang penting bangga weh dapat naik pentas amek hadiah.. 😂 aku sorang je kot staff yang join macam mana lagi nak cakap yang aku cukup bangga dengan diri sendiri? 😎 ala riak takabur pulak.. 😅

bye!
xoxo

sibuk dengan aktiviti merentas desa

assalamualaikum

khamis lepas agak tak sempat nak mengadap laptop, usahkan nak hadap laptop nak termenung kat lab sendiri pon tak sempat sebab aku busy dengan aktiviti pertama sekolah tahun 2020 iaitu merentas desa.. memandangkan sekolah aku ni memang desa, jadi betul betul merentas desa la kekdahnya.. haha.. tahun ni aku bertugas kat bahagian hotspot ataupon titik panas.. titik panas ni laluan yang mudah untuk budak budak melarikan diri.. entahla aku nak explain pon tak reti sangat.. korang faham sendiri boleh tak? 😆

amek batu bata buat sandar handphone lepas tu selftimer selfie.. kau ingat ada ke nak layan kitorang amek gambar tengah tengah jalan kampung ni? nan hado.. usaha sendiri la kalau nak gambar cantik.. haha

tahun lepas pon aku bertugas kat hotspot jugak tapi dengan orang lain.. tahun ni dengan partner baru pulak geng pembantu makmal aku jugak ni.. dah siap siap isi perut, kitorang kena standby je kat sini.. tak perlukan tenaga yang banyak, just tunggu je bebudak lalu.. kalau ada yang terpesong dari jalan yang benar boleh buat report.. mudah je kan tugas aku.. tapi penat macam sama sama merentas desa.. penat hape pon aku tak tau.. 😂😂😂

dalam lebih kurang sejam je kot tercongok kat situ, kitorang pon pulang la ke jalan yang benar.. sementara tunggu majlis penyampaian hadiah berlangsung sempat la bergedik santai dengan geng geng staff.. maklumla tahun ni kitorang pakai baju sedondon.. rugi kalau tak bergambar kansss.. boleh buat kenangan di waktu pencen nanti.. 😆 *tak sanggup tulis waktu tua sebab tak mengaku tua.. boleh macam tu? 😎

geng makmal dan geng office.. lagi sorang pembantu makmal hilang dari radar..

geng makmal dan geng PPM.. haa ni geng makmal dah cukup korum..

masa majlis penyampaian hadiah aku sibuk membawang kat belakang sudahnya aku dah lupa rumah mana juara keseluruhan.. tak silap aku rumah merah kot? 😅 bawang mahal sekarang sibuk jugak nak membawang.. tapi apa apa pon tahniah kepada yang menjadi juara.. yang tak juara jangan sedih cuba lagi tahun depan.. hee..

agak susah la aku nak update blog di hari kejadian.. kadang lupa kadang kadang takde idea kadang kadang tak sempat.. kira ok la ni boleh update walaupon selepas hari kejadian.. haha.. boleh la dari tak update langsung nanti korang tertunggu tunggu pulak update dari aku.. 😆 macam la orang kisah sangat aku update ke tak.. ekeke..

bye!
xoxo

imej baru sofia

assalamualaikum

jarang jarang update pasal anak sebab mommy taknak anak mommy terjebak dengan dunia hiburan.. kehkehkeh.. *tiberrrr.. sofia tak pernah potong rambut tau dari kecik sampai la umur dia dua tahun dua bulan.. eh tipu pernah potong sekali tapi tu pon papa dia potong hujung hujung je.. 😅 sebab kesian tengok dia macam rimas dengan rambut panjang, jadi aku suruh encik suami potong rambut anak dia.. aku cakap potong pendek terus jela nanti senang nak jaga rambut dia.. suami aku ok je.. menurut perintah sangat.. 😂

sofia dengan rambut barunya.. handsome pulak anak mommy ni pehal.. boboy ke gegurl.. 😆

sebenarnya papa dia potong rambut macam hape je dengan senget benget lepas tu tak cantik.. nasib baik anak saudara aku merangkap sepupu sofia la tolong betulkan balik rambut sofia.. barula handsome sikit anak mommy ni.. haha.. kebetulan aku pon nak potong rambut, jadi aku suruh dia betulkan sekali rambut sofia.. nasib baik la budak kecik ni tak banyak ragam dan tak susah sangat nak potong rambut dia.. thank you anak mommy jadi anak yang sangat senang untuk mommy uruskan.. 💗💗💗

rambut sofia kerinting, bila dah pendek macam ni kerintingnya pon hilang.. nanti kalau panjang kita potong la balik.. haha.. umi aku cakap aku dulu masa kecik kecik mana pernah berambut panjang.. tapi kat anak macam sayang pulak nak potong pendek.. kalau rambut panjang boleh jugak ikat tocang.. comel je kan.. 😁 tapi tak kisah la rambut pendek pon sofia tetap comel..

bye!
xoxo

OOTD mur mur #5

assalamualaikum

minggu lepas aku ada beli dua pasang baju kat satu kedai ni namanya kedai salbiha.. tak pasti ada ke tak kat negeri lain tapi kalau kat terengganu ni kedai salbiha banyak.. aku suka beli kat kedai ni sebab baju baju nya cantik dan harga mampu milik.. biasa la sis, i suka baju mur mur.. selesa bagi i cukup la.. haha.. aku beli satu baju kurung moden dan satu baju kebaya.. harganya RM39 jerrrrr sepasang.. murah kan? jadi pembeli kena bijak.. 😁

ni baju kurung moden.. simple je pakai dengan tudung hadiah birthday kawan i bagi.. 😄

ni baju kebaya simple je jugak pakai dengan tudung aidijuma beli kat shopee tak ingat dah berapa ringgit.. 😅

material tak la berkualiti sangat tapi bagi aku ok je kalau setakat pakai nak pergi kerja.. dari jauh nampak je macam baju mahal, takde nya orang datang nak menilik baju kita pakai ni murah ke mahal.. 😆

aku ni dah banyak bertukar size sejak diet ni.. dulu pakai size 46 kot tu pon kadang kadang tak muat.. sedih teringat zaman kegemukan aku dulu.. 😔 sekarang dah pakai size 42 tapi macam longgar je lagi.. takut nak try size 40 risau tak muat.. masih fobia dengan zaman size 46 dulu.. 😅 tu pasal la aku selalu beli baju baru murah murah sebab baju lama boleh pakai lagi tapi dah longgar habis.. menggelebeh sana sini.. tak vogue la uolssss.. 😂

bye!
xoxo

deko bajet lagi guna barang barang kedai eco

assalamualaikum

aku rasa kedai eco patot wujudkan kad keahlian dan lepas tu ahli ahli kedai eco boleh kutip point setiap kali shopping kat kedai eco.. lepas tu nanti boleh tebus point dengan hadiah hadiah menarik.. dan aku antara manusia terawal yang akan register sebagai ahli kedai eco.. 😂 takpon diorang amek jela aku ni sebagai duta eco kan senang.. aku pelanggan tetap diorang tau..

untuk entry kali ni aku nak tunjuk sikit hasil deko aku tak seberapa.. almaklomla aku ni tak kreatif tapi tetap jugak nak mendeko.. dah minat nak buat macam mana.. cantik tak cantik tolak tepi janji hati aku ni puas.. jom tengok hasilnya..

tadaA~ comel tak?

semua perkara di atas adalah hasil rembatan di kedai eco.. percaya ke tidak? tolongla percaya aku ni pelanggan tetap kedai eco kot.. *tiberrrr.. dah lama siap sebenarnya tapi aku duk cari daun berjuntai juntai tu baru jumpa.. deko lain tu guna yang sedia ada je cumanya daun berjuntai tu la baru beli.. dah dua kali ulang pasal daun berjuntai ni.. 😆 walaupon tak kreatif, hasil tangan aku ni tetap nampak vogue kan? yela siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri.. 😏

untuk makluman korang la kan, kotak kotak tu aku tampal kat dinding guna eva sheet dan gam polistrin je.. aku tak pakai tebuk tebuk lubang ke guna double tape ke sebab akan rosakkan dinding je nanti terutama sekali kesan double tape tu la.. sumpah stress tengok.. haha.. nak drill pon aku takde alat malas nak pinjam dengan orang nanti banyak songeh, jadi aku cari alternatif lain yang penting sekali takkan rosakkan dinding.. 😊

eva sheet aku tampal kat belakang kotak kotak biarkan kering satu hari lepas tu tampal kat dinding guna gam polistrin biarkan kering satu hari, lepas tu baru letak deko deko okayyyy..

ni rupa eva sheet dan gam polistrin tu.. ponnnnnn ada kat kedai eco jugak.. ekeke..

tapiiiiiiii yang aku cerita ni untuk benda benda yang ringan jela jangan kau pergi tampal benda berat kat dinding tak lekat lepas tu maki aku pulak dalam hati cakap boleh tampal guna gam polistrin tapi menipu tak lekat pon.. haaa padan muka baca takde titik.. kahkahkah.. ok gurau je.. ingat ye kawan kawan, ni sesuai untuk benda benda yang ringan je.. 😁

deko macam ni simple je sesuai untuk aku yang memang sukakan benda simple tapi comel.. korang boleh try samada kat rumah ataupon kat tempat kerja atau mana mana sekali pon tempat korang nak mendeko termasuk la rumah jiran.. kot la terlebih rajin nak mendeko sekali untuk jiran.. kehkehkeh.. nanti kalau ada idea mendeko lagi menarik aku share okay..

bye!
xoxo

jom selongkar handbag seorang ezy

assalamualaikum

bila terbaca entry pasal beg kat blog cik hani tetiba datang idea nak buat entry pasal handbag jugak.. handbag aku bukan handbag mahal pon tapi biasa la aku kan suka gebang segala benda.. handbag cikai cikai pon banyak berjasa tau.. dengan handbag tak berapa mahal tu la aku bawak ke hulu ke hilir mencari rezeki.. ok dah start melalut, jom tengok apa yang ada dalam handbag aku..

tak banyak barang sangat sebab handbag pon kecik aje.. dan tak membebankan bahu.. 😁

  1. buku kecik - untuk tulis segala password dan segala hutang piutang.. maklom saja la dah veteran ni banyak benda lupa.. tak ingat je bukak la buku hikmat tu haa.. 😆
  2. bedak muka in2it - sumpah best giler guna bedak muka ni.. tu je nak cakap..
  3. kunci kereta - ada dua sebenarnya, kunci pendua pon aku simpan sekali dalam handbag sebab senang nak tukar tukar.. arwah abah aku pesan kena guna dua dua sekali takot nanti rosak kalau tak guna.. faham ke tak? haha
  4. purse - wajib ada dalam handbag la kot, naya ni kalau tertinggal segala mak nenek kad lesen duit semua dalam tu.. 😅
  5. lipmatte sobella, liptint sobella dan perfume avon - ni kalau nak touch up senang.. sama jugak kisahnya macam bedak muka tadi.. 😂
  6. kunci lab - haa ni pon penting kalau takde tak dapat masuk lab macam mana nak buat kerja.. balik rumah tido.. haha
  7. pen hitam - untuk catat segala benda dalam buku.. eh fungsi pen takkan tau.. takkan tu pon aku kena bagitau.. *tetiba emosi
  8. segala ubat ubatan - suami aku selalu pesan letak la ubat dalam handbag sebab kita tak tau bila kita akan sakit.. aku ingat pesan dia sampai sekarang.. aku isteri mithali.. kahkahkah
  9. pil sakit perot - ni itu hari aku sakit perot tapi sampai sudah tak makan ubat ni.. tu pasal sampai ke hari ni ubat tu terperuk je dalam handbag.. boleh jadi pekasam.. 😂
  10. handphone - takde dalam gambar yela aku guna untuk amek gambar kot.. aku guna handphone oppo cap ayam je.. 😅
dalam handbag korang ada apa? banyak ke sikit barang barangnya? jom la share.. hehe

bye!
xoxo

baju baru untuk si oppo

assalamualaikum

bukan setakat tuan blog je nak berbaju baru di tahun baru ni, handphone pon nak join jugak.. kemain ko eh si oppo.. taknak kalah jugak kan.. aku ni biasa la kalau beli benda baru semua nak gebang kat blog.. kalau tak gebang rasa macam kehilangan sesuatu je dalam hidup.. 😆

ada banyak sangat pilihan tapi kenapa aku pilih doraemon? comel kan.. 😁 harganya cuma RM4.80 sahaja..

baju baru si oppo ni aku beli kat shopee.. tapi bukan aku yang order jadi aku tak dapat nak share kedai mana jual casing ni.. korang boleh search je kat shopee, insyaAllah banyak pilihan.. kisahnya itu hari kawan aku order dia punya tapi macam tak berbaloi kalau order satu sebab postage lagi mahal.. so kitorang pakat pakat order jadi dapat la free postage.. bijakkan aku? jadi pembeli kena la bijak.. haa gittew..

itu jela nak share..

bye!
xoxo

menyelam bundle di shopee

assalamualaikum

sekarang agak susah sikit nak cari masa untuk ke bundle memandangkan suami aku kerja tak tentu masa.. kejap kerja pagi kejap kerja sampai ke malam, jadinya aku cari alternatif lain untuk beli baju murah murah.. apalagi terjah shopee la.. cari item bundle atau preloved nahhh sekelip mata terpampang kat skrin telefon.. ayat macam nak novel je kan.. mujurla sekarang zaman moden semuanya di hujung jari.. 😁

item pertama yang aku beli ni haa kemeja sumpah cantik weh.. dalam gambar nampak kusam pulak sebab aku tak reti nak amek gambar cantik cantik.. haha
material agak tebal so nice la.. harganya cuma RM8.00 sahaja..

item kedua pilihan aku kemaja kotak kotak.. cantik jugak.. harganya RM7.00 sahaja

last sekali baju ni macam tshirt tapi bukan tshirt tapi lebih kurang tshirt.. entah la aku panggil tshirt je senang.. kehkehkeh.. harga RM8.00

aku beli tiga helai baju ni dapat satu baju free tapi masa nak amek gambar baju baju ni, baju yang free tu duk dalam bakul nak basuh.. takde la gambar baju free tu ye.. maafkan daku kerana tak dapat nak tayang baju free.. 😆 tapi takpe nanti nanti kalau aku pakai ada gambar OOTD aku gebang kat blog okayyy..

so untuk korang yang nak beli baju mur mur jugak boleh la terjah kedai beliau ni kat shopee! [KLIK SINI] banyak lagi baju cantik cantik korang boleh pilih dan rasanya tengah ada sale tu.. murah je cik kak.. tunggu apa lagi pergi la terjah.. ekeke.. oh ini bukan iklan berbayar..

bye!
xoxo

selamat datang 2020

assalamualaikum

maaf semua kalau sis tak sempat nak menyinggah ke blog korang.. ketahuila sis sangat sibuk dua tiga menjak ni dan hari ni baru tenang tenang sikit.. boleh la update seketul entry untuk tatapan korang.. hehe.. so macam mana hari pertama di tahun baru? ada ok ke? aku ok je harap tahun 2020 ni lebih indah untuk aku.. 😄

nah i belanja OOTD satu kali.. sempena tahun baru harusla pakai baju baru pegi kerja.. kasut pon baru okayyy tapi tak nampak pulak kasut baru aku.. haha.. tudung je tak baru sebab tudung dah banyak.. 😆

baju kurung ni aku beli kat shopee dengan harga RM22 tapi dapat free lagi sepasang.. jadinya harga untuk sepasang baju ialah RM11 sahaja.. bijak kan sis? kehkehkeh

kalau masuk tahun baru mesti orang akan bercakap pasal azam.. azam aku untuk tahun ni tak fikir lagi.. buat masa sekarang nak fokus turunkan berat badan.. tak banyak dah nak buang lagi 10kg untuk capai target.. doakan aku ye korang! 😘

ok throwbacak sikit ni gambar aku 1 Januari 2019.. nampak ada perbezaan tak? 😁

taknak bebel panjang panjang, aku ucapkan selamat tahun baru untuk korang semua! semoga yang baik baik aje di tahun 2020.. lupakan kisah lama jom buka buku baru.. 😍

bye!
xoxo