Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

ramadhan 2022

assalamualaikum

masuk ramadhan kedua baru sempat nak bagi ucapan sepatah dua kat blog.. semalam busy siapkan larutan kimia untuk amali.. sekali amali tak jadi hari ni sebab dapat jadual baru.. tapi kakak okay je prepare awal awal baru tak kalut.. tiberr padahal semalam kalut giler siapkan semua.. 😅


alhamdulillah.. meriah sungguh bulan ramadhan tahun ni.. dengan negara kita dah masuk fasa endemik.. seronok! ramai yang ambil kesempatan berbuka puasa di kampung setelah dua tahun tak dapat merasa.. selagi berpeluang, kita raikan bersama yang tersayang.. haa gittew! tapi jangan lupa tetap jugak kena jaga diri masing masing okay.. covid masih ada.. 😊

selamat menjalani ibadah puasa buat semua kawan kawan blog, semoga ramadhan kali ni lebih bermakna buat kita semua.. psst! tema raya tahun ni kaler apa? kehkehkeh

bye!
xoxo

ramadhan 2020 penuh keistimewaan

assalamualaikum

lama betul aku tinggalkan dunia blog ni ye bukan main lagi macam pergi holiday kat oversea dah gayanya.. haha.. aku kalau kat rumah memang susah sikit nak mengadap laptop sebab ada budak kecik ni akan kacau aku.. malam ni alang alang dapat bukak laptop kejap aku update la seketul entry membuktikan yang aku masih wujud dalam dunia blogging.. kahkahkah..

dikesempatan ini aku nak ucapkan salam ramadhan buat semua pembaca blog aku.. semoga ramadhan kali ni lebih bermakna untuk korang semua.. memang sangat istimewa ramadhan tahun ni.. akan jadi sejarah dan akan menjadi kenangan pahit manis untuk kita semua.. tiada bazar, tiada terawih kat masjid tapi percayala pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi.. 😊

bagi aku pulak ramadhan tahun ni sangat best sebab aku boleh sambung tidur lepas subuh sebab tak perlu fikir untuk siap siap pergi kerja.. dah la kena drive jauh lepas tu balik kerja mesti penat giler sampai malas nak masak.. haha.. tahun ni rilex je walaupon takde bazar boleh memasak kat rumah hari hari.. tapi ada jugak hari malas nak masak aku akan keluar cari makanan untuk berbuka.. kat sini banyak je peniaga bukak gerai tepi jalan.. tapi masih mematuhi SOP yang ditetapkan.. risau kena kecam aku bagitau awal awal pasal SOP.. 🤣

malas nak taip panjang risau takde pulak yang nak baca.. haha.. selamat menyambut bulan ramadhan untuk semua.. eh sebelum terlupa macam mana persiapan raya korang? walaupon raya kat rumah je sekurang kurangnya buatla persiapan untuk keluarga.. ala buat mana termampu je kita sambut raya ala kadar.. pagi raya jangan lupa bergambar.. untuk kenangan masa depan.. persiapan raya aku setakat ni alhamdulillah hampir siap sepenuhnya.. aku kan sentiasa semangat nak beraya.. 😆

ok la jumpa lagi di lain entry..

bye!
xoxo