how to prepare my bekal

assalamualaikum

jarang jarang update blog tetiba keluar entry dengan tajuk omputeh.. kurlasss sangat makcik sorang ni kan.. korang hado? ececeh nak riak pulak.. haha.. nak riak pon check dulu betul ke tidak grammar tu.. aku ni bukan terer sangat english.. dulu masa SPM dapat 7D.. nasib baik lulus je.. 😂 seperti yang sedia maklum la aku ni memang hari hari bawak bekal pergi kerja.. kecuali kalau ada event ke ada jamuan ke memang tak bawak bekal la.. memandangkan aku ni pergi kerja pon matahari tak muncul lagi jadi mesti ada yang nak tau macam aku prepare bekal aku kan? ke takde pon yang nak amek tau? sedihnya tapi takpe aku gebang jugak kat sini.. 😎

1. barang barang keperluan
first sekali aku nak cerita pasal barang barang nak masak la.. kalau takde barang masak macam mana nak jadi bekal? ok biasa aku shopping hari minggu, kalau tak ke mydin, giant la jawabnya.. sekarang dah ada mall baru kat terengganu menyinggah jugak kat pacific.. kehkehkeh.. aku takde list pon nak beli apa, main amek je bila dah nampak barang barang baru aku fikir menu.. bajet untuk shopping memang tak lebih dari RM50 seminggu..

2. list menu
part ni pening sikit nak fikir yela kalau menu sama hari hari bosan jugak kan.. ada masa aku rujuk buku resepi lepas tu olah sendiri untuk jadikan menu sihat.. kadang kadang tengok facebook je.. aku pilih menu simple simple je janji perut kenyang.. hidup ni simple je sis tak perlukan sulitkan keadaan.. haa gittew..

ni contoh menu untuk minggu ni la.. maaf ye tulisan buruk dulu cita cita nak jadi doktor.. 😆
berguna jugak planner kecik comel ni kan.. 😏

3. masa
disebabkan jarak perjalanan rumah ke tempat kerja aku agak jauh jadi aku kena pandai bahagikan masa.. maksudnya kat sini kalau masak pagi hari, kena pandai agak la nak bangun pukul berapa supaya aku tak lambat nak pergi kerja.. kalau masak malam kena tengok masa jugak sebab malam tu la nak main dengan anak, nak lipat kain, nak iron baju jadi pandai pandaila nak hidup.. haha

ni contoh bekal yang sangat simple jadi aku boleh prepare di pagi hari je.. terbangun lewat sikit pon takde hal..

ni pulak contoh bekal yang aku masak dan prepare malam.. pagi tu bangun just panaskan je sambil sambil tu potong buah.. 😄

dan ni contoh bekal yang aku kena prepare malam dan pagi.. sayur dan buah potong siap siap malam tu.. bangun pagi rebus telur dan sapu jem kat roti.. lepastu prepare la apa yang patut.. 😁

4. kerajinan dan kesungguhan
yang last sekali ni sepatutnya kena prepare sebelum prepare benda lain.. kalau takde kerajinan dan kesungguhan semua perkara di atas takkan jadi.. haha.. aku dulu malas jugak, rajin pon macam tak ikhlas tapi kalau dah betul betul nak, automatik datangnya kesungguhan tu.. dan sekarang aku happy buat semua benda ni.. alhamdulillah.. 😊

nak tengok banyak lagi bento yang aku share boleh follow ig aku ezy.fia okayyy? 😄

bye!
xoxo

9 comments:

  1. salute akak, akak pun tak serajin Ezy... akak kalau takat bekal bawak buah golden pear sebijik pastu belah dua kat opis hehehhe...
    sekarang dah malas nk bawak bekal...

    ReplyDelete
  2. memang pening nak prepare bekal ini.. Sha selalu prepare untuk anak-anak sekalilah untuk sha..

    ReplyDelete
  3. Fiza pun walaupun tak kerja, still bangun awal before subuh. Anak² dan suami memang hari² bawak bekal.

    ReplyDelete
  4. akak penah rajin jap bawa bekal ke ofis..tapi lepas tu penyakit M lagi tinggi..haha..adeh..bila nak rajin semula ni..

    ReplyDelete
  5. mmg kena rajin baru la jd bekal tu..jimat bw bekal ni

    ReplyDelete
  6. Simple segala menu tu. Fiza pun siapkan bekal hari-hari untuk husband. Bawa bekal ni senang anytime nak makan, jimat pun jimat dan paling penting kebersihan terjaga.

    ReplyDelete
  7. Bagusnya.. boleh jimat Dan semestinya lebih sihat Dan puas hati buat sendiri.. btw tulisan mama lagi teruk tau. Kalau velum join giveaway mama.. jemput la ye

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!