zon ria haul

assalamualaikum

entry haul lagi sebab yang ni je sempat aku nak update.. seriusla banyak sangat benda nak cerita tapi aku busy sikit dengan hal dunia.. aku sendiri pon tak tahu apa hal busy sangat aku ni.. sampai takde masa nak bukak laptop.. kejap lagi nak ke dewan pulak ada mesyuarat PIBG, busy kan aku?

zon ria ni sebuah pasaraya kecik je jual pakaian, kasut dan beg.. semua barang yang dijual harganya mampu milik dan sangat sesuai untuk aku rakyat marhaen kelas ketiga.. kehkehkeh.. tujuan utama masuk zon ria nak beli baju tidur sofia.. anak aku tu dah bambam dah tinggi dah besar banyak baju tidur dia dah tak muat.. aku selalu lupa anak aku dah besar, tu pasal baru kelam kabut nak cari baju tidur baru untuk anak.. 😅

baju tidur strawberry RM13

baju tidur unicorn RM13

baju tidur takde gambar kartun RM16

terbeli tshirt jalan jalan 😁 RM8.50

maaf gambar kurang menarik sebab aku tak reti nak amek gambar cantik cantik dengan lightingnya tak menarik tapi takpela janji nampak seketul seketul baju aku beli tu.. 😆 baju baju ni walaupon murah tapi material ok sangat.. berbaloi je beli.. lagipon anak cepat besar baju mahal mahal buat apa? untuk tidur je kan.. 😁

masuk zon ria bagitau suami nak beli untuk anak je tapi biasa la perempuan yang mempunyai nafsu membeli belah yang tinggi mesti ada jugak terbeli untuk diri sendiri.. yela dah tengok harga murah lepastu cantik rasa berkenan je kan sambar la jugak.. 😚

untuk diri sendiri, seluar jeans RM32 + tali pinggang dua ketul, RM3 seketul dan RM7 seketul..

nampak gayanya dapat gaji nanti kena terjah zon ria lagi.. misi mencari baju tidur sofia belum selesai.. 😄😄

bye!
xoxo

9 comments:

  1. Budak² cepat membesar. Samalah... Beli baju harga biasa² je kat anak².

    ReplyDelete
  2. gegurl mesti nk pink2..bdk2 mesti suka unicorn tu

    ReplyDelete
  3. rasanya akak pernah masuk kedai ni dulu masa kat KT, cuma takde beli apa just masuk belek-belek... sebab takde baju saiz si aiyan hehehe...

    cantik-cantik baju tidur untuk anak dara tuh

    ReplyDelete
  4. murah dah tu. sesuai dgn budak yang cepat besar..

    ReplyDelete
  5. dah le comel harganya pun murah aje.. mmg best laa

    ReplyDelete
  6. harga berpatutan. Baju budak budak pun comel.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!