holiday atas air

assalamualaikum

agak basi sikit cerita ni tapi takpe la aku nak update jugak untuk kenangan di hari tua.. kehkehkeh.. kakak aku ajak join family dia bercuti atas houseboat.. houseboat tu kepunyaan suami dia merangkap abang ipar aku la.. dia cakap kita tidur je atas houseboat tu tak gerak ke mana mana pon.. aku memula macam malas nak join tapi ubah fikiran yela bila lagi nak merasa tidur atas air kan.. bukan selalu pon free pulak tu.. mesti la syokkkkk! 😆

houseboat abang ipar aku ni namanya camar houseboat terletak di tasik kenyir la.. biasa kat tasik kenyir memang glemer la dengan houseboat ni.. tengah hari sebelum sembahyang jumaat 31hb januari itu hari family aku gerak ke rumah kakak aku.. senang gerak awal nanti tak kelam kabut aku suruh suami aku sembahyang jumaat kat sana je.. ekeke.. lepas jumaat dah siap prepare barang semua kitorang pon gerak la menuju ke tasik kenyir.. 😄

dah selamat sampai harusla bergambar dulu.. barang barang bersepah kat belakang tak nyempat nk simpan dulu.. 😆

bertiga.. 💗

beramai ramai 💗
ni baru suku tau family aku.. kalau join semua tak muat houseboat ni.. haha..

aktiviti pertama kitorang atas houseboat ni ialah makan.. kakak aku yang masak semua kitorang tolong makan je.. kengkonon nak shellout sekali plastik nak lapik makanan tak beli.. makanya bershellout jela dalam pinggan mangkuk periuk kuali.. 😂 tak kisahla asal perut kenyang.. best woiii makan ramai ramai atas boat ditemani angin sepoi sepoi.. tapi tak silap aku masa makan tu bukan angin sepoi sepoi dah sekali hujan datang la.. 😆

shellout tak jadi tapi perot kenyang.. haa gittew..

dah siap makan masing masing sibuk nak chop bilik.. lepas tu rehat rehat sambil berkaroke.. malam tu aktiviti kitorang bakar ayam.. tengok pada cuaca itu hari memang gelap je manjang ingatkan tak jadi dah nak bakar ayam.. nasib baik hujan berhenti.. 😅

simple je menu malam tu, ayam bakar + mee goreng + nuget + fries + kek
jangan tanya aku pasal diet.. tengah tengah holiday nak fikir diet apanya?? 😂

ikot plan asal pagi pagi esoknya lepas breakfast nak gerak balik la sebab aku cakap nak pergi kenduri.. sekali tak jadi balik.. abang ipar aku cakap nak gerak boat ronda ronda sebelum balik.. so kitorang pakat pakat nak singgah pengkalan gawi nak beli coklat.. lepas breakfast boat gerak ke destinasi dengan misi mencari coklat.. 😄

ni menu breakfast, nasi lemak + sandwich + kek sikit
sandwich tu air tangan aku tau.. 😎

dah sampai ke darat wefie satu kali.. sama tak muka kitorang? 😚
perjalanan dari jeti ke pengkalan gawi aku lupa la berapa minit.. atas boat pon sibuk bergambar ala ala titanic mana sempat nak tengok jam.. 😆

done memborong coklat tapi tu bukan aku punya.. aku beli 2-3 ketul je coklat.. 😂

dah selesai beli coklat kitorang gerak ke air terjun saok pulak.. budak budak nak mandi manda kat situ layan jela kan.. aku tak mandi pon sebab tak bawak baju lebih.. yela ikot plan asal sepatutnya pagi hari dah balik.. ni dah tengah hari duk bermandi manda lagi.. kenduri pon aku tak jadi nak pergi.. haha.. terlebih syok layan angin atas boat..

si sofia ni tengok orang lain mandi dia pon sibuk nak main air jugak.. lepas tu nak jugak pakai life jacket.. sukati la nak oi.. asal awak bahagia.. 😆

lama jugak parking kat air terjun saok ni yela budak budak syok sangat main air kot.. lepas settle mandi semua kitorang gerak balik ke jeti.. tak silap aku perjalanan amek masa satu jam kot lebih kurang.. sambil boat bergerak sambil makan tengah hari.. menu makan tengah hari tu tak gempak pon sebab makan nasi lemak yang breakfast tu je.. asal kenyang sudah.. haha.. sampai kat jeti, kemas kemas barang semua lepas tu terus balik rumah.. kepenatan sampai lupa pasal kenduri.. 😂

dua hari satu malam atas houseboat rasa macam tak cukup punya la syok berholiday atas air.. berbanding dengan tidur kat hotel bagi aku atas houseboat lagi seronok kot.. bagi aku la bagi korang aku tak tau.. 😆😆

untuk korang yang teringin nak bercuti atas air macam aku ni boleh contact abang ipar aku ok.. nah link FB CAMAR HOUSEBOAT [KLIK SINI]
detail semua dah ada kat situ korang baca je okaayyyyy! rasa berminat terus booking tarikh.. 😊

p/s : sorrryyy kengkawan aku tak sempat lagi nak jengah blog korang.. nanti aku terjah ok!

bye!
xoxo

13 comments:

  1. bestnya Ezy oi...
    kalau akak compom lah best, lagi lah bila dengan family kita.. memang tak cukup 2hari 1 malam, mau nak lebih lagi... makan simple pun seronok bila dah ada family kumpul2

    yang best dapat sekali singgah beli coklat tu

    ReplyDelete
  2. seriously seronok weh walaupun aku takut air. tapi first time tau ada houseboat ni. syg jauh.

    ReplyDelete
  3. bestnya dapat kumpul ahli keluarga ramai2

    ReplyDelete
  4. wahhh seronok betul ramai-ramai berkumpul macam ni

    ReplyDelete
  5. waa bestnya.. dah lama family mama ajak dan ngidam nak bercuti dalam kapal

    ReplyDelete
  6. masa pegi Tasik Kenyir ada la tnaya2 pasal boathouse..
    tapi kena ada ramai rupanya kalo seorang dua xleh hahaha.. ingatkan kot boleh nyelit2..

    ReplyDelete
  7. Pernah baca pasal houseboat dari kartunis Ujang kalau tak silap kat tasik Kenyir jugak.

    Happening jugak bercuti di houseboat ni takde aktiviti memancing ke?

    ReplyDelete
  8. Syoknya bercuti macam nie.. lain dari biasa.. tapi sha takut atas2 air ini.. huhuhu..

    ReplyDelete
  9. syoknya..betul..bukan selalu dapat offer vacation free..hehe..org dh offer, jangan tolak..rugii..haha

    ReplyDelete
  10. Memang syoklah kalau satu family bermalam kat sini. Lagi syok kalau family member punya tempat kan.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!